11

178 20 0
                                    

~⌨︎~

Elly berjumpa dengan Brandon. Dia dengan Brandon berlaga mata.

"Kau ke Brandon?" tanya Elly.

Brandon tertawa bila Hans, Que dengan Adi membawa Elly bersama mereka di belakang sekolah ini.

"Kau siapa ni ha?" tanya Brandon.

"Aku penjaga diorang. Kenapa?"

Brandon tertawa mendengar jawapan Elly.

"Penjaga? Perempuan jadi penjaga? Pfft!" dia tertawa lagi.

Tanpa berlengah, satu tamparan Elly hadiahkan tepat di muka Brandon. Semua terkejut bila Elly melancarkan tamparannya. Begitu juga dengan Brandon.

Selama ini tidak pernah orang berani naik tangan ke mukanya ataupun ke badannya. Tapi Elly sudah buat demikian.

Brandon memandang kembali ke wajah Elly.

"Kau salah orang tau kalau nak cari pasal." Brandon memberi amaran kepada Elly.

Elly menjongket kening ke atas. Dia mahu menampar lagi pipi Brandon tapi tangan Brandon itu pantas menangkap tangan Elly. Elly menggunakan tangan sebelahnya menampar muka Brandon.

Brandon jadi marah. Dia kemudian mahu menumbuk Elly tapi Elly mengelak. Tangkas Elly bergerak memberi serangan balas kepada Brandon. Kaki Brandon di tendang hingga tubuh Brandon terhempas ke belakang.

Elly memijak dada Brandon.

"Kau salah orang kalau nak cari gaduh." kata Elly sinis. Elly memijak kuat ke dada Brandon hingga Brandon terbatuk.

Hans terpukau melihat aksi Elly. Dia tidak salahlah memilih Elly sebagai 'penjaga'nya kan?

Mereka berempat beredar daripada situ.

Brandon memegang dadanya. Dia memandang tajam ke arah Elly.

"Kau tunggu perempuan. Ada ubi ada batas, ada kesempatan aku balas!" ucap Brandon.

Azhar dan Faez menahan tawa mereka dari meletus. Tidak sangka seorang lelaki pembuli ini kalah dengan seorang perempuan.

"Gelak apa tu? Tolong la aku!" kata Brandon.

Kedua mereka pun membantu Brandon untuk bangun. Brandon menahan sakit di dadanya. Kurang ajar, kuat pula tendangan perempuan tadi...kata hati Brandon.

-☯︎-

"Sekarang macam mana? Dah settle kan?"

Hans mengangguk.

"Terima kasih sebab sudi selamatkan kitorang." ucap Hans.

"Hm sama sama," balas Elly. Elly kemudian duduk santai di sebelah kerusi Hans. Memandangkan dia sudah jadi penjaga Hans, kenalah dia sentiasa ada dengan Hans.

Terkejut Brandon bila lihat Elly ada bersama dengan Hans. Mata Elly bertembung dengan mata Brandon. Elly menjengilkan matanya kepada Brandon.

Brandon mengetap gigi kemudian segera beredar. Elly tersenyum. Memang salah orang kalau mereka mahu melawan Elly.

Hans disebelah Elly sudah tersenyum-senyum. Baru kali ini dia merasa selamat. Selama ini asyik hidup dengan ketakutan.

Seorang guru wanita masuk ke dalam kelas, dia baru saja mahu menyuruh ketua kelas ucap selamat pagi, matanya terarah kepada Elly.

"Kelas ni ada murid baru ke?" soal cikgu itu.

Para pelajar yang lain memandang ke arah Elly.

"Ya cikgu. Saya murid baru. Dari kelas tiga, dipindahkan ke sini." selamba saja Elly menjawab.

Cikgu itu hanya mengangguk faham.

"Baiklah kalau macamtu. Welcome ya murid baru. Okay class, hari ini cikgu terus masuk kepada bab lima ya."

Si ketua kelas mengangkat tinggi tangannya.

"Yes?"

"Cikgu taknak kami ucap selamat pagi dulu ke?" soal si ketua kelas.

"Tak payah. Baiklah, open your textbook to page 40."

Pelajaran pun dimulai.

Elly selamba badaknya saja dia belajar di sana. Dia tidak tahu jikalau Ayda dengan Sara yang habis diceramah dengan guru kelas mereka.

Semuanya sebab Elly nak tukar ke kelas satu. Jadinya guru kelas Elly itu marah-marah. Yang kena tadah telinga mendengar bebelan cikgu, Ayda dengan Sara juga.

Tapi mereka faham kenapa Elly buat demikian. Elly mahu menjaga si putera yang bergaun itu. Kasihan pula kalau Hans asyik-asyik mendesak Elly buat melindungi dia.

Tapi itu tidak sia-sia buat Hans, kerana dia sangat memerlukan perlindungan daripada Elly. Dia tidak dapat bayangkan jikalau dia terpaksa hidup dengan kejaran bayangan Brandon.

-☯︎-

"Korang bertiga ni tinggal sekali?" tanya Sara.

"Haah. Sebab nak temankan Hans ni ha. Dia sorang je kat rumah," jawab Adi.

Sara mengangguk faham.

"Eloklah macamtu. Okeylah, nanti jumpa esok lagi." Kata Elly kemudian menarik tangan Sara beredar daripada situ.

Hans, Adi dengan Que pun beredar. Mereka segera pulang ke rumah Hans. Takut pula karang Brandon kejar mereka.

Nasiblah rumah mereka ini agak jauh daripada sekolah. Kena naik teksi untuk balik dan pergi ke sekolah. Jadi tidaklah Brandon nak kejar mereka.

Di dalam teksi...

"Kau rasa Elly boleh ke lindungi kita sampai kita tamat sekolah ni?" tanya Adi.

"Lindungi kita? Bukan Elly lindungi Hans sorang je ke?" tanya Que pula.

Adi mengedipkan matanya beberapa kali. Dia memandang ke arah Hans.

"Yeke Hans?"

Hans menjongket bahu. Dia tidak tahu siapa saja yang Elly lindungi. Tapi apa yang dia tahu sekarang, Elly lindungi dia sampai tamat persekolahan di sekolah menengah ini.

...TBC

KNIGHT PRINCESS ✅️Where stories live. Discover now