12

167 19 0
                                    

~⌨︎~


Mereka menjalankan hari-hari mereka dengan tenang. Tanpa gangguan daripada Brandon atau daripada Azhar ataupun daripada Faez.

Hidup mereka sepanjang di sekolah itu tenang saja. Dari mula sekolah sampailah balik sekolah. Baru kali ini Hans, Que dan Adi mampu bernafas dengan tenang.

"Terima kasih sebab selalu ada dengan kami," ucap Hans kepada Elly.

Elly tertawa kecil mendengarnya.

"Aku ada dengan kau sorang je la."

"Oh..." jawab Hans.

Elly tersenyum. Dan ini adalah kali pertamanya Elly tersenyum kalau bersama dengan lelaki. Selama ini pasti muka cemberut saja dia tunjukkan.

"Aku pun nak berterima kasih dekat kau sebab buat aku rasa selesa dengan kau. Aku ingatkan berkawan dengan lelaki ni cuma akan menimbulkan masalah. Rupanya tak."

Hans yang mendengar tersenyum kecil.

"Saya gembira sebab awak rasa selesa dengan saya," balas Hans.

Elly tertawa kecil.

"Eh dahlah, kelas dah nak mula dah ni. Jom kita masuk kelas." kata Elly.

Hans mengangguk. Mereka berdua bangun dari bangku kemudian berjalan bersama mendaki tangga mahu balik ke kelas.

Tidak sehingga Brandon dengan gengnya menahan perjalanan mereka berdua.

"Halo halo halo. Fuhyo! Siap bergandingan lagi kalau nak jalan eh. Ei perempuan, kau ingat kau boleh lepas macamtu je ke ha?"

"Aku nak kita berlawan. Satu lawan satu. Macam mana?"

Elly berlaga mata dengan Brandon. Senyum miring Elly tunjukkan kepada Brandon.

"Okey, deal."

Mereka pergi ke belakang sekolah. Kalau dekat padang sekolah nanti malu pula kalah. Jadi Brandon bawa mereka ke belakang sekolah, senang sikit nak sabotaj. Heheh.

"Kau dengan aku, kita lawan cara lelaki." kata Brandon.

"Baik. Aku tak tolak. Aku setuju!" Elly menyahut cabaran Brandon.

Hans menarik lengan baju Elly. Elly menoleh ke arah Hans.

"Tak payah la Elly...nanti ada apa-apa bahaya."

Elly menepuk tangan Hans.

"Kau janganlah risau." Elly menyakinkan Hans.

Elly kemudian berjalan menuju ke arah Brandon. Brandon terus saja melancarkan tumbukkannya tapi Elly tangkas mengelak.

Satu tamparan hinggap di muka Brandon. Brandon mendengus marah, dia mula menyerang balas kepada Elly.

Elly mengelak, kemudian di tampar lagi wajah Brandon. Brandon tertawa kecil sebelum Azhar ikut campur dalam perlawanan mereka. Kini jadi satu lawan dua.

Hans terkejut. Lebih lagi bila Faez dari belakang memegang kedua belah tangan Hans.

"Elly!" panggil Hans.

Elly menoleh. Dan itu adalah kesilapan dia. Satu tendangan terus mengenai perut Elly. Azhar tersengih melihat Elly yang sudah terbaring.

Brandon tersenyum puas.

"Amacam ni? Baru tendang sikit takkan dah tumbang?"

Brandon dan Azhar tertawa.

Hans menggelengkan kepala. Dia tidak akan memaafkan dirinya jikalau ada apa-apa terjadi kepada Elly.

"Oi! Sudahlah! Korang tak kesian dekat dia ke hah? Dia tu perempuan la!" jerit Hans.

Brandon menoleh ke arah Hans.

"Ei pengecut, aku kisah apa? Lantak dia la jantina dia apa. Salah dia sendiri sebab sahut cabaran daripada aku." Kata Brandon lalu tertawa lagi.

Hans mengetap bibir.

Elly bangun daripada baringnya.

"Wah, dia larat lagi la nak bangun!" kata Azhar tapi dalam nada menyindir.

Brandon tersenyum.

"Kau ni betul tak serik kan?"

Elly mengetap gigi. Dia memandang tajam ke mata Brandon. Cukup elok Elly sekadar menampar Brandon. Tidak sampai pun Elly nak guna kekerasan.

"Nampaknya kau betul-betul nak cabar aku kan?"

Elly membuka langkah silatnya.

Brandon dengan Azhar membuat-buat riak terkejut kemudian mereka mentertawakan Elly.

Elly mulakan serangan kepada Brandon. Elly menumbuk bahagian dada kemudian menendang kaki Brandon. Tubuh Brandon jatuh ke belakang, Elly menendang dada Brandon.

Brandon terbatuk. Azhar pula terus berlari mahu menyerang Elly. Tapi Elly mengelak dan mula menyerang balas.

Dia menangkap tangan Azhar, kemudian tangan Azhar dibawa pusing 360 darjah sampaikan Azhar naik ke udara dan terus jatuh ke tanah.

Azhar pula yang terbatuk-batuk.

Elly memandang wajah Brandon dan Azhar. Kemudian dia berjalan ke arah Brandon.

"Kau nak tau tak siapa pengecut?"

Brandon memegang dadanya yang terasa sakit.

"Kau adalah pengecut yang sebenar Brandon. Kau! Kau kata satu lawan satu tapi bila dah sampai sini, kau main cara tahi! Itu adalah taktik seorang pengecut!" tengking Elly.

Elly menoleh ke arah Faez. Faez menelan air liur kemudian segera melepaskan pegangan daripada Hans. Dia berlari menuju ke arah Brandon.

"Geng Triple Bad eh? Korang semua ni layak dipanggil Triple Pengecut!"

Elly membetulkan ikatan rambutnya kemudian menarik lengan Hans.

"Kalau korang semua berani dekat lagi, aku akan pastikan hospital tempat korang lepasni." Elly memberi amaran.

Setelah itu mereka berdua pergi daripada sana.

Faez membantu Brandon.

"Kenapa kau tak tolong tadi?!" marah Brandon.

"Macam mana nak tolong. Aku sendiri pun takut nak masuk campur!" balas Faez.

Brandon menyiku perut Faez. Brandon memandang tajam ke arah bayang Elly yang semakin hilang.

"Tak guna punya perempuan!!" marahnya.

...TBC

KNIGHT PRINCESS ✅️Where stories live. Discover now