~⌨︎~
Selama dua hari Hans dikerjakan teruk oleh Brandon. Mereka memang tidak berhati perut. Tidak sekadar disuruh membeli dengan duit Hans, bahkan Hans disuruh minum air yang kotor!
Hans berkurung di dalam rumah. Dia tidak membenarkan sesiapa pun masuk ke dalam rumahnya, termasuklah Que dan Adi.
Que dengan Adi sedaya upaya memujuk Hans untuk keluar dan berjumpa mereka tapi Hans enggan. Setelah apa dia alami dua hari itu, dia semakin trauma!
"Hans! Kau keluar la Hans!" jerit Adi.
Namun Hans hanya mendiamkan diri di dalam bilik. Dia sudah buat keputusan untuk berhenti sekolah dan hanya akan terus berkurung dalam rumah.
"Hans!" jerit Que. Namun sama saja, tetap tidak ada balasan.
Punyalah terkejut mereka berdua bila Hans tiba-tiba mengirim mesej mahu berhenti sekolah. Bila ditelefon, Hans tidak membalas panggilan.
Hans akan membiarkan saja telefonnya berdering. Biarlah sampai 100 kali pun dia tetap tidak akan jawab.
-☯︎-
Elly seperti biasa menunggu Hans di kelas. Namun tidak ada kelibat Hans masuk ke dalam kelas. Dia mengerutkan dahi.
'Mana Hans ni?' desis Elly.
Que dan Adi masuk ke dalam kelas. Mata mereka bertembung dengan Elly. Cepat saja mereka melarikan pandangan.
"Que, Adi!" panggil Elly tapi kedua mereka enggan memandang Elly. Elly hairan dengan kelakuan mereka.
"Oi, korang kenapa ni?" soal Elly mendekati mereka berdua.
Que dan Adi hanya diam. Adi memandang wajah Elly kemudian menghela nafas panjang. Dia kemudian berjalan menuju ke tempat duduknya.
Elly menarik beg Que.
"Kenapa ni Que?" soal Elly bersungguh mahu tahu.
Que menggelengkan kepala, dia kemudian berjalan ke tempat duduknya. Elly berkerut dahi. Ada apa sebenarnya ini?
Elly tidak berpuas hati. Dia berjalan ke arah Adi.
"Bagitau aku kau kenapa?" tanya Elly.
Adi hanya mendiamkan diri. Dia tidak mahu bagitahu. Biarlah. Hans masih perlukan masa untuk bertenang, jadi biarkan sajalah.
"Adi!" herdik Elly.
"Hans tak pergi sekolah!!" bagitahu Adi. "Dia...Dia kena buli dengan Brandon teruk waktu dua hari kau tak pergi sekolah."
Elly terkejut.
"Korang tak tolong dia?"
"Kitorang? Sedangkan kitorang pun kena sekali, nak tolong macam mana tu?" kata Adi. Mereka memang ada bantu Hans. Tapi lain pula yang jadi.
Niat nak bantu, alih-alih mereka sendiri pun terkena sekali. Kena pukul dengan Azhar. Tak akanlah mereka nak minta bantuan Sara dengan Ayda? Tak ada pun mereka dapat bantu.
Budak perempuan macam Ayda dengan Sara tu tak mampu nak lawan Brandon. Lawan mulut mereka reti lah.
"Aku nak jumpa Brandon bedebah tu!" kata Elly. Dia menggepal penumbuknya.
Adi menarik lengan baju Elly.
"Kau gila ke? Nak mati? Kau tu perempuan, apa-apa jadi teruk nanti." kata Adi. Dia tidak mahulah Elly pula yang jadi mangsa.
"Kau nak aku buktikan tak aku ni lagi bagus daripada dia?" Elly menjongketkan kening. Dia menarik tangan Adi dan Que.
Mereka pergi ke kelas Brandon. Kelas lima.
"Oi pengecut! Kau keluar sekarang!" panggil Elly.
Brandon menoleh ke arah luar. Dia lihat Elly dengan dua orang lelaki bersembunyi di belakang Elly. Brandon tersengih.
"Welcome princess!" kata Brandon bernada menyindir.
Elly menggepal penumbuknya erat. Nampak benar riak wajah Brandon yang langsung tidak takut dengan Elly. Sedangkan Elly dah siap bagi pengajaran pun tak juga sedar diri!
Elly masuk dan meluru ke arah Brandon.
"Kau bangun sekarang setan," kata Elly. Panas hatinya melihat Brandon yang begitu santai. Lepas apa yang dia buat dia boleh duduk santai? Tak takut ke balasan?
"Wah wah wah princess, janganlah marah. Duduk dulu kita bincang sikit kan?"
Elly menolak kasar meja dihadapannya hingga meja itu terkena ke dada Brandon.
"Argh! Sial kau perempuan!" maki Brandon.
"Sial? Aku ke kau yang sial? OI! Kau bodoh sebab buli orang lemah!" marah Elly.
"Sebabkan dia lemah la aku buli! Kalau dia tak lemah dia takkan duduk bawah tapak kaki aku la!" balas Brandon.
Panas hati Elly mendengar. Dia menarik kolar baju Brandon. Dengan kekuatan Elly, dia menghentakkan Brandon ke meja.
"Kau tak guna! Kau ingat orang selamanya akan ikut cakap kau ke?! Tak akan Brandon! Satu hari nanti kalau diorang dah bosan bersabar diorang pasti akan kerjakan kau juga!"
"Kau tengoklah dekat sekeliling kau sekarang. Semua pelajar ni kau buli. Kau ingat diorang tak simpan rasa dendam ke dekat kau? Kau ingat diorang takut kalau nak balas dendam? Kau salah!"
"Pelajar dekat sekolah ni kalau bergabung, diorang lebih kuat daripada kau dan geng kau. Kau takkan mampu nak kalahkan diorang. Diorang ni semua dah mula rancang dah untuk kenakan kau teruk, seteruk yang kau buat dekat dorang!!"
Mata Brandon berlaga dengan Elly.
"Kau dengar sini Brandon. Jangan ingat mak kau guru, aku takut. Tak. Dia buang aku daripada sekolah ni aku akan pastikan kau ikut sama dengan aku," kata Elly tajam.
Elly melepaskan genggamannya. Dia menolak bahu Brandon. Ikutkan hati Elly, memang dia akan belasah teruk si Brandon ini. Tapi dia berhati perut. Bukan macam Brandon!
Elly dan dua orang tadi itu segera beredar dari situ. Pelajar yang lain mula menjeling dan saling berbisik antara satu sama mereka.
Brandon mengetap giginya.
...TBC
YOU ARE READING
KNIGHT PRINCESS ✅️
Teen Fiction[ 09 | COMPLETE teenfiction - short ] *unedited* Ini kisah tentang Hans, si mangsa buli. Berjumpa dengan Elly, untuk meminta pertolongan. Mampukah Hans terus bertahan? start: 3.SEPTEMBER.2021 end: 8.SEPTEMBER.2021 ©nurshyn