~⌨︎~
Hans berlari daripada kejaran Brandon. Dia cuba untuk menyelamatkan diri tetapi Brandon lebih pantas daripada Hans.
TUP. Hans terbangun daripada mimpinya. Dia tercungap-cungap akibat panik dan takut menyelubungi dirinya.
Peluh dikesat dengan belakang takut. Hans menghela keluh panjang. Dia menunduk. Air mata bergenang di tubir matanya.
Perlahan-lahan air mata dia turun. Hans lemah. Ya, dia lelaki lemah. Dia pengecut! Dia bukan putera yang ada di kisah-kisah dongeng, yang berani dan gagah.
Hans hanyalah seorang putera yang memakai gaun dan lemah di mata semua orang. Itu adalah kelemahan seorang Hans. Mudah mengalah.
Hans menumbuk ke dadanya. Sakit sungguh dadanya itu mengenang betapa malang nasib dia. Di sekolah dia dibuli. Di rumah pula di kejar bayang-bayang Brandon.
Sampai bila hidup dia harus dihantui dengan Brandon dan kawan-kawan Brandon itu?
-☯︎-
Hans menyiapkan sarapan di awal pagi. Memandangkan Adi dan Que belum bersiap, jadi Hans la yang menyiapkan sarapan.
"Hans. Kita jalan lambat sikit la eh. Que tu buat hal pula." kata Adi.
Hans sekadar mengangguk sebagai jawapan. Entah kenapa tapi Hans memang tidak ada mood pagi ini.
"Weh, kau okey tak ni?" tanya Adi.
Hans mengangguk. Dia tidak membalas pada Adi. Hanya angguk dan geleng yang dia balas. Adi mengerut dahi, hairan dengan perangai Hans.
"Kau ada masalah ke Hans?" soal Adi dengan riak risaunya itu.
"Takde apa pun la Adi. Aku okey. Biasala penat sikit," bohong Hans.
Adi memerhati lama wajah Hans. Sepertinya Hans ada sembunyikan sesuatu pada dia. Adi mendekati Hans.
"Mata kau ni apasal bengkak?" tanya Adi. Baru dia perasan mata Hans itu bengkak semacam.
"Takde apa la. Aku-"
"Kau menangis kan?" teka Adi.
Hans mendiamkan diri. Walaupun Adi sekadar meneka tapi itu sememangnya apa yang jadi. Hans menangis.
"Aku dah agak dah. Eh Hans sampai bila kita nak hidup dalam kejaran diorang tu ha?"
Hans mendiamkan diri lagi.
"Kalau macam ini la memang tak akan ke mana hidup kita weh." kata Adi lagi.
"Korang! Aku dah siap!" celah Que.
Kedua mereka menoleh ke arah Que. Tahu sangat kenapa Que lambat bersiap. Siap letak entah apa krim dekat muka dia itu. Silap tengok dah macam perempuan.
"Korang kenapa ni?" tanya Que. Pelik dia bila mereka berdua hanya senyap.
Hans kembali menyiapkan sarapan. Adi menghela keluh panjang. Que menggaru kepala tidak faham situasi.
"Ada apa-apa ke ni?" soal Que. Dia melabuhkan punggung di kerusi makan.
Adi duduk di sebelah Que. Dia membuat muka seperti orang tidak berpuas hati. Memang Adi tidak puas hati pun.
Kasihan pada Hans kerana Hans yang paling teruk kena antara mereka bertiga. Sebelum Hans datang, memang Que dan Adi jadi sasaran.
Hans pindah ke sekolah itu, makin teruk pula Brandon kerjakan Hans. Entahlah apa yang ada di otak Brandon hingga berbuat demikian kepada Hans.
Tak akan sebab nasi lemak tumpah di baju sekolah dia saja Brandon nak berdendam sampai ke mati kan?
Lagipun Hans tidak sengaja. Waktu itu dia tersandung, tidak sengaja la nasi lemak yang ada di pinggan Hans tertumpah atas baju Brandon.
Dari situ la Brandon mulai membuli Hans teruk. Dia sangkakan Hans ini kuat. Rupanya hati tisu!
Di meja makan, mereka hanya mendiamkan diri. Hans bukannya tidak mahu melaporkan tentang perangai Brandon.
Tapi tiap kali nak lapor, emak Brandon itu pasti akan membuang semua bukti pasal kes Brandon.
Cikgu yang lain mana nak bagi kerjasama kalau semua dah kena rasuah dengan Cikgu Maria.
Manusia. Mana saja lagi dengan perangai begini bukan? Duit. Siapa sajalah tak mahukan duit. Lebih lagi zaman sekarang ini semua nak kena pakai duit.
Sebab itu bila Cikgu Maria tawarkan RM1000 seorang untuk berdiam diri soal Brandon dan gengnya, mereka semua akur. Sebabkan mereka buta dengan duit.
"Kita buat laporan dekat pengetua sekolah la." cadang Adi.
"Pengetua? Sedangkan cikgu yang lain dirasuah oleh Cikgu Maria, inikan pula pengetua? Sudah la kita mengalah je la." kata Hans.
"Apa dia? Mengalah? Sampai bila tu? Nak bertahan sampai bila? Kita kena buli tau tak. Buli teruk. Bukannya buli sikit. Kau rasa patut ke kita terus diam macamni?"
Hans memandang kepada Adi.
"Apa yang kita boleh buat? Cuba kau cakap. Takda apa benda kita boleh buat Adi. Semua akan jadi sia sia je." kata Hans.
Sudahlah. Dia sudah tidak mahu tau apa akan jadi. Yang penting, dia bagi tamatkan pelajaran dia sampai spm.
Adi menjeling, rasa tidak puas hati dalam dirinya.
"Suka hati la."
Que pula mendiamkan diri saja. Melihat Adi dan Hans dalam situasi yang tegang. Kalau Que masuk campur, karang makin teruk pula.
Hans termenung. Dia pun sebenarnya tidak mahu hidup dengan ketakutan...
...TBC
YOU ARE READING
KNIGHT PRINCESS ✅️
Teen Fiction[ 09 | COMPLETE teenfiction - short ] *unedited* Ini kisah tentang Hans, si mangsa buli. Berjumpa dengan Elly, untuk meminta pertolongan. Mampukah Hans terus bertahan? start: 3.SEPTEMBER.2021 end: 8.SEPTEMBER.2021 ©nurshyn