10

169 18 0
                                    

~⌨︎~

Hans menarik lengan Elly. Elly terkejut kemudian segera menarik kembali lengannya daripada Hans.

"Kau kenapa ni?!" marah Elly.

"Awak...boleh tak tolong saya?"

Elly menyilang tangan ke dada.

"Tolong apa?"

"Tolong lindung saya. Tolong?" pinta Hans.

Elly tertawa sebaik saja mendengar pintaan daripada Hans. Gilakah dia nak meminta suatu hal yang tidak akan Elly buat?

"Tak nak." balas Elly kembali ke wajah datar. Dia mahu meneruskan kembali langkah namun Hans menarik lagi lengan bajunya.

"Tolonglah awak...saya merayu dengan awak..."

Elly dengan kasar menarik lengannnya.

"Kau tak faham bahasa ke apa? Aku cakap aku tak nak. Kenapa susah sangat nak faham?" marah Elly. Malas benar dia bila ada orang yanh tidak reti bahasanya ini.

"Tolonglah awak. Dah takde siapa boleh bantu saya, awak sorang je boleh bantu saya..." pinta Hans lagi. Sampaikan berair matanya memandang Elly.

"Tak nak," balas Elly. Dia mengorak langkahnya kemudian kembali ke kelas meninggalkan saja Hans.

Hans melepaskan nafas. Dia dengan rasa kecewanya beredar daripada situ. Dia tidak akan berhenti di sini sahaja. Dia mahu Elly membantu dia!

-☯︎-

Elly mengambil surat yang diletak atas mejanya.

Dari Hans...Baca Elly. Elly menggelengkan kepala seraya melepas keluh.

"Memang tak faham bahasa betullah budak lelaki ni."

Elly mengoyakkan kertas itu kemudian dia buang ke sampah. Tidak ada masa buat dia membaca surat bodoh itu.

-☯︎-

Kali ini Brandon menyuruh Hans membeli makanan di kantin buat dia dan seluruh kelasnya dengan menggunakan duit Hans.

Brandon memang tidak berhati perut.

Hans yang kelelahan turun naik tangga itu merehatkan dirinya di atas tangga. Tidak sehingga Azhar menemuinya dan mengatakan yang Hans curi tulang.

Brandon dengan sukanya membawa Hans ke longkang yang ada di belakang tandas. Hans disuruh minum air longkang itu biar sampai Hans termuntah.

Hans pulang ke rumah dengan wajah yang pucat, kaki bergetar dan badannya yang lesu. Dia berjalan menuju ke kamar mandi.

Dia membersihkan badannya dan termuntah untuk beberapa kali. Adi dan Que saling berpandangan di luar.

Mereka hari ini tidaklah teruk dikerjakan oleh Brandon. Cuma disuruh menulis nama Brandon sebanyak satu ribu kali di atas kertas.

Brandon memang begitu. Salah atau tidak, dia tetap akan jadikan alasan untuk membuli para pelajar.

Sebab itu para pelajar yang lain hanya menurut ketika disuruh Brandon. Tapi selama ini tidak pernah lagilah mereka kena seteruk Que, Adi dan Hans kena.

Hans keluar daripada kamar mandi. Wajahnya masih pucat lesu kerana banyak kali muntah. Sampaikan tiada sudah isi perut Hans.

"Aku tak sedap badan la..." kata Hans.

Memanglah dia tidak sedap badan. Kalau disuruh minum air longkang, sedap ke badan kau?

"Takpa. Aku buatkan kau bubur." kata Adi.

Que memapah tubuh Hans dan dibawanya Hans ke atas katil. Que kemudian menyelimuti badan Hans. Lama Que memerhati wajah Hans.

"Kau bersabar je la Hans." kata Que.

Hans tidak mampu untuk balas apa-apa. Dia sudah tidak bermaya.

Adi masuk ke dalam bilik Hans semula. Dia membawa bubur dan segelas air suam buat Hans.

"Aku dah siap masak bubur ni Hans. Kau makan la dulu." kata Adi.

Baru satu senduk Adi suap di mulut Hans, Hans sudah bergegas ke tandas semula dan memuntahkan bubur tadi.

Hans tidak boleh nak menelan makanan buat sekarang. Hans masih lagi merasa air longkang yang dipaksa masuk ke dalam perut.

"Macam mana ni?" tanya Adi. Risaulah dia lihat Hans begitu. Bahaya kalau sampai Hans tidak mau makan.

"Kita bawa dia pergi klinik la," cadang Que.

"Hm...tak payah," suara Hans memberitahu dari dalam tandas.

"Tapi susah kau nak makan nanti Hans!" kata Adi.

"Takpe...aku bole--werrk..." Hans termuntah lagi. Ini sudah lebih teruk daripada orang mengandung.

-☯︎-

"Kita sebenarnya nak pergi mana ni?" tanya Que kepada Hans. Hans yang memegang perut itu tidak membalas.

Dia hanya menyuruh Que untuk memapahnya hingga ke suatu kelas. Kelas Elly.

"Elly." panggil Ayda. Dia menunjuk ke arah pintu, terlihatlah wajah Hans yang pucat dan wajah Que yang kebingungan.

Elly menggeleng kepala. Tidakkah serik lelaki itu ditengking dan dimaki olehnya? Elly segera berjalan mendekati Hans dan Que.

"Kau ni memang tak faham bahasa kan? Aku dah cakap kan aku tak nak! Aku tak nak la!" marah Elly.

Hans melutut di hadapan Elly. Elly terkejut bila Hans buat begitu.

"Tolong la..." pinta Hans. Air matanya terus deras mengalir. Dia tidak kisah memalukan dirinya di hadapan semua pelajar yang lain.

Ayda dan Sara saling berpandangan.

Elly segera melutut di hadapan Hans. Dia mengangkat bahu Hans agar Hans memandang ke wajahnya.

"Tolong saya..." kata Hans dengan air matanya.

Aduhai, ini yang Elly jadi lemah ini. Manalah Elly sanggup tolak kalau sudah sampai begini? Lama Elly memandang wajah Hans itu.

"Baiklah. Aku tolong kau," kata Elly setuju.

Hans kemudian menunduk menandakan terima kasih kepada Elly. Elly menghela nafas panjang, nampaknya dia terpaksalah jadi pelindug tak bergaji kepada Hans.

...TBC

KNIGHT PRINCESS ✅️Where stories live. Discover now