~⌨︎~
Faez dimasukkan ke dalam hospital. Teruk Brandon belasah Faez.
Hans memandang wajah Faez. Dia perasan yang hanya Faez seorang saja tidak ada ketika Brandon memukuli atau mengerjai Hans.
"Aku nak tanya kau sesuatu boleh tak?" tanya Hans.
"Hm?"
"Mana kau waktu Brandon dengan Azhar buli aku? Aku perasan kau jarang ada dengan diorang." Kata Hans.
Faez tertawa kecil. Dia memandang wajah Hans kemudian tersenyum.
"Aku kumpul bukti untuk tangkap penjenayah," jawab Hans membuatkan Hans berkerut tidak faham.
"Kau ni apa? Anak polis ke apa?" soal Hans.
"Aku anak polis? Hahaha. Kalau aku anak polis, tak adalah aku nak kena pukul dengan Brandon. Dan aku tak akan ikut dia buat jahat," balas Faez.
Hans mengangguk.
"Jadi...kau sebenarnya siapa?"
Faez tersenyum.
-☯︎-
*BERITA HARI-HARI*
" Dilaporkan bahawa di Sekolah Menengah XXX, seorang guru disiplin merasuah para guru-guru di sekolah menengah itu untuk kepentingan dirinya. Dilaporkan juga bahawa anak kepada guru itu adalah seorang pelajar yang bermasalah. Lima orang guru ditangkap atas kerjasama mereka dalam membiarkan pembulian terus berleluasa hingga menimbulkan rasa ketakutan di dalam diri pelajar Sekolah Menengah XXX itu. "
Faez tersenyum. Akhirnya, pesalah sudah ditangkap. Itulah apa yang Faez sedang rancang. Dia mengumpulkan bukti-bukti untuk dihantar kepada polis.
Siapa Faez? Bagus.
"Tahniah atas kegigihan anak Tuan Pengetua untuk membantu kami dalam kes ini," ucap seorang pegawai polis itu.
Faez tersenyum. Dia mengangguk kepada pegawai polis itu.
"Terima kasih juga kerana sudi bekerjasama dengan anak saya," ucap Tuan Pengetua.
Faez.
Anak kepada Tuan Pengetua di Sekolah Menengah XXX.Dia sudah lama sebenarnya melaporkan hal ini di balai polis tapi tidak diterima kerana tidak cukup bukti. Akhirnya, Faez dengan gigihnya mahu mengumpul bukti agar kes ini cepat-cepat diselesaikan.
Bermula dari meletakkan perakam suara, kamera...di seluruh tempat kejadian. Bukannya dia tidak mahu memberhentikan semua perbuatan Brandon tapi dia mahu kumpulkan bukti.
Sekarang, lihatlah...tidak sia-sia Faez membuat semua rancangan ini. Sebab itu orang kata, usaha akan dibalas sesuai dengan apa yang diusahakan. Faez sendiri tidak menyangka rancangan dia akan berjaya dengan jayanya.
Apa jadi dengan Brandon dengan Azhar?
Mereka di gantung persekolahan selama dua bulan. Cikgu Maria pula dibuang dari kerjanya dan di penjara selama 12 tahun.
YOU ARE READING
KNIGHT PRINCESS ✅️
Teen Fiction[ 09 | COMPLETE teenfiction - short ] *unedited* Ini kisah tentang Hans, si mangsa buli. Berjumpa dengan Elly, untuk meminta pertolongan. Mampukah Hans terus bertahan? start: 3.SEPTEMBER.2021 end: 8.SEPTEMBER.2021 ©nurshyn