09

154 18 0
                                    

~⌨︎~

Hans segera meluru ke tandas. Sakit perut dia kerana terpaksa makan daun kering kemarin. Teruk Brandon kenakan dia dan Que.

Lihatlah Que, pucat satu wajahnya sebab kegelian dengan apa yang dia dipaksa makan. Bagi Brandon itu tidak ada apa-apanya.

Adi menggelengkan kepala memandang Que. Sakit pula hati Adi bila lihat kawan kawan dia dibuat begini.

Tapi Adi juga tidak mampu nak melawan. Ibu bapa dia bukan sekaya ibu Brandon. Yang mampu keluarkan duit beribu-ribu untuk bayar rasuah pada guru lain.

Kalau Adi dikenakan bayaran itu ini, tentu akan menyusahkan sahaja kedua orang tuanya. Tapi Adi tidak tahan asyik diseksa keji begini.

Perbuatan Brandon itu lebih keji daripada binatang!

Adi menyiapkan bubur buat kawan-kawannya. Dia tahu mereka tidak berselera untuk makan tapi mereka tetap harus makan.

Nanti kesian pada tubuh mereka yang tidak ada tenaga itu.

-☯︎-

Brandon dengan sengaja menuangkan sup soto ke buku latihan Hans. Hans hanya mampu diam. Brandon tersenyum.

Dia meletakkan cup yang masih tersisa mi soto itu ke atas kepala Hans. Habis melekatlah mi soto itu di atas rambut Hans.

Brandon tertawa puas.

"Weh Az. Kau tengok ni ha." Brandon menyiku lengan Azhar.

Azhar menoleh. Dia tertawa sebaik saja melihat penampilan Hans.

"Fuhyo! Macam mambang oh!" ejeknya. Tertawa mereka berdua melihat Hans. Lebih lagi bila mi itu melekat di rambut Hans. Lawak.

"Kalau satu je mana cukup. Kena ada lagi satu," kata Azhar. Dia mengambil cup yang berisi sotonya itu.

Dia letaklah di atas kepala Hans. Membiarkan sup soto itu terus membasahi kepala Hans hingga ke badan Hans.

"Hah! Pikachu!" ejek Azhar. Brandon dengan Azhar tertawa.

Hans mengetap bibir.

-☯︎-

"Seronok betul diorang kan dapat buat orang macamni? Kalau aku-"

Belum lagi Adi sempat menghabiskan kata-katanya, Brandon mencelah.

"Kau nak buat apa?" tanya Brandon sinis.

Adi menoleh ke arah Brandon. Mata mereka berlaga.

"Kau ingat kau hebat sangat ke ha?!" marah Adi.

"Oh?" Brandon menjongket kening. Dia mengorak langkah menuju ke arah Adi.

"Kau fikir aku tak hebat ke?" senyum miring Brandon ukir.

Brandon menarik kolar baju Adi, ditariknya kasar Adi menuju ke baldi bekas air mop kotor itu. Brandon menarik rambut Adi.

"Kau fikir aku tak hebat kan? Meh aku tunjuk betapa hebatnya aku sekarang." kata Brandon. Dia menceburkan wajah Adi lama ke dalam ait kotor itu.

Tangan Adi sudah memukul-mukul lengan Brandon tapi Brandon tidak kisah. Dia merendam wajah Adi itu selama sepuluh detik lamanya kemudian barulah dia angkat kembali.

Brandon melakukan hal yang sama berulang-ulang kali. Hans yang tidak tahan melihat Adi terseksa terus menarik lengan Brandon dan menolak tubuh Brandon.

Brandon sedikit terkejut dengan perbuatan Hans.

"Kau berani eh?" kata Brandon.

"Sudahlah..." pinta Hans.

Brandon mengetap gigi. Dia meluru ke arah Hans lalu satu tamparan hinggap di pipi kiri Hans.

"Kau jangan berani nak melawan aku!"

Brandon mengambil baldi tadi kemudian menyimbahkan air itu semua ke badan Hans dan Adi.

Tidak cukup dengan itu, Brandon melemparkan keras baldi itu kearah Hans.

"Ini tak cukup Hans. Lepasni, kau melawan lagi aku akan buatkan kau jilat satu tandas!!" amaran Brandon.

Dia meludah kemudian mengorak langkah meninggalkan kedua orang yang habis basah dengan air kotor.

Hans menunduk. Rasa bersalah kerana ikut campur tadi. Tapi dia tidak juga sanggup untuk membiarkan kawannya di buat begitu di hadapannya.

"Tak guna punya Brandon." marah Adi.

Itulah Adi. Mulut saja yang reti maki itu ini, cakap itu ini, tapi tak pernah nak buat. Dia penakut, sama saja macam Que dengan Hans.

Adi menumbuk tangan ke lantai.

Hans menghela keluh kemudian dia bangun daripada duduknya. Dia membantu Adi sekali untuk bangun.

"Dahlah. Tak guna kita buat macamni. Benda ni takkan ubah apa pun dekat kita." kata Hans.

Adi melepaskan keluhan. Jadi beginilah hidup mereka? Terus dijadikan kuli oleh lelaki bernama Brandon?

-☯︎-

Hans meluru menuju ke kelas Elly namun dia ditarik oleh Azhar. Dia dibawa kasar oleh Azhar menuju ke kantin.

"Apa ni?" soal Hans memandang ke arah nasi goreng yang dibuang di atas tanah.

"Kau tanya apa? Aku nak kau makan biar kasi licin habis. Amacam?" Brandon menjongket kening ke atas.

Hans mengetap bibir. Bukannya tidak mahu tapi nasi goreng itu pasti sudah basi, sebab itulah dibuang.

"Ei, korang nak buat apa tu?" tanya si mak cik kantin.

"Makcik! Jangan nak bising eh. Kitorang tengah sibuk ni buat kajian," seloroh Azhar.

"Kajian? Kajian apa bendanya?"

"Eleh makcik kalau sekolah setakat darjah 5 takyah la acah nak bertanya. Makcik diam jela!" marah Azhar.

Bercekak pinggang mak cik itu memandang ke arah Azhar. "Kurang ajar!" desisnya kemudian masuk semula ke dalam dapur.

"Hah, apa tunggu lagi? Makan la oi."

Brandon menarik baju Hans sampai Hans melutut di hadapan nasi goreng yang basi itu. Hans kemudian memandang ke wajah Brandon.

"Kenapa? Tak mampu nak makan? Elok je kau minum air tandas semua. Takkan nasi goreng ni tak mampu nak cekik kan?"

Hans kembali memandang ke arah nasi goreng itu. Jijik? Ya memanglah jijik. Tapi...

"MAKAN!" tengking Brandon membuatkan bahu Hans terjongket.

Dia dengan terpaksanya makan saja nasi goreng basi itu. Brandon sudah tersengih sinis. Itulah balasan kalau suka sangat melawan dia.

...TBC

KNIGHT PRINCESS ✅️Where stories live. Discover now