06

164 21 0
                                    

~⌨︎~

Hans menghembuskan nafas panjang. Sekarang apa pula yang harus dia buat? Padahal, dia baru saja mahu meminta bantuan daripada Elly.

"Aku dah kata dah dekat kau Hans. Dia konfem tak terima. Siapa je nak gadaikan nyawa untuk selamatkan kita daripada pembuli terkutuk tu." kata Adi.

Brandon mendekati Hans dan Adi.

"Hai," ucap Brandon.

Adi menjeling. Lihatlah budak tak guna ini. Ada saja di mana mana.

"Kau kalau sehari tak ganggu kitorang boleh tak?" bidas Adi.

Brandon membuat muka mengejek Adi.

"Aku punya suka la pengawas oi. Kau tak payah la nak sibuk." balas Brandon.

Adi menjeling kemudian menggeleng kepala. Dia benar-benar tidak faham dengan lelaki bernama Brandon ini. Ada saja yang dia tidak puas hati.

"Heh pengawas. Kau blah. Aku tak nak tengok muka kau dekat sini." kata Brandon.

Namun Adi tidak berganjak. Mana mungkin dia mahu tinggalkan Hans sendirian. Brandon menarik kasar kolar baju Adi.

"Kau tak faham bahasa ke apa?"

Brandon menolak tubuh Adi hingga Adi terduduk di atas lantai. Adi cuba bangun tapi di tolak lagi oleh Brandon.

"Aku paling pantang bila orang melawan aku. Kau ni pegawas patutnya tunjuk contoh yang baik. Bukannya kurang ajar!"

Satu tendangan Brandon bagi di kaki Adi. Adi mengerang sakit. Pelajar lain hanya mampu melihat saja. Mereka tidak mahu jadi mangsa kepada Brandon.

Hans kasihankan Adi. Dia mahu membantu Adi tapi di tahan oleh Brandon.

"Kau nak tolong dia kenapa? Kau nak aku pecahkan hidung kau tu dekat meja ke apa?!"

Hans kembali duduk di atas kerusi. Adi cuba bangun namun kali ini tangan pula yang ditendang oleh Brandon.

"Inilah dia kalau suka sangat cari pasal!"

Satu tendangan lagi Brandon bagi pada belakang Adi.

"Argh!" erang Adi.

Hans mengetap bibir. Dia mahu menyerang Brandon dari belakang tapi sikit pun dia tidak mampu bergerak dan hanya mampu diam.

Dia tidak berani untuk menyelamatkan kawannya sendiri. Dia lebih rela melihat kawannya diseksa daripada dia menyelamatkan. Dia tahu, dia seorang pengecut.

"Lepasni, kalau kau cuba untuk cari masalah lagi dengan aku. Aku akan patahkan terus tangan dengan kaki kau tu." Brandon memberi amaran.

Adi mengetap bibir menahan sakit. Hans yang duduk di kerusi itu turut sakit melihat keadaan Adi. Tapi dia tidak mampu untuk selamatkan Adi!

Air mata Hans berjujuran turun ke pipi. Dia lemah. Dia lemah. Dia lemah!

Brandon menoleh ke arah Hans. Brandon membuat buat muka sedihnya bila nampak Hans menangis.

"Alolo, nangis eh? Alolo kesiannya dia..." ejek Brandon.

Dia mengesat air mata Hans.

"Kesiannya dia.." kata Brandon.

Seketika setelah itu dia tertawa. Dia menepuk nepuk pipi Hans.

"Kau ni betul-betul la Hans. Lelaki jenis apa kau ni?" tanya Brandon bernada sindiran.

Dia tidak sangka jikalau Hans ini berjiwa tisu. Usik sikit nak nangis. Usik sikit nak nangis. Memang dasar tisu!

"Weh, ada permainan la!" celah Azhar yang baru siap membeli di kantin.

"Ei, kau tengok kawan dia ni. Alolo, kesian dia nangis weh! HAHAHA" Brandon mentertawakan Hans.

Azhar memandang ke wajah Hans. Dia turut tertawa. Lelaki macam apa nak menangis bagai ni? Aduhai, dasar lemah!

"Kesiannya hati tisu ni..." ejek Azhar pula.

Mereka tertawa terbahak-bahak. Merasa lucu bila buat begitu terhadap Hans.

Hans hanya mampu menunduk. Adi pula sudah merasa sakit hati melihat Hans diperlakukan begitu. Kasihan sungguh!

...TBC

KNIGHT PRINCESS ✅️Where stories live. Discover now