03

170 21 0
                                    

~⌨︎~

Hans melihat belakangnya dari cermin. Habis merah belakangnya itu bekas pukulan mop kemarin. Hans menghela nafas panjang.

"Macam mana aku nak teruskan hidup aku dekat sekolah tu kalau tiap tiap hari macamni?" soal Hans sendiri.

Dia memandang wajahnya dalam ke cermin. Dia tidak tahulah apa yang salah pada dia sampaikan Brandon begitu benci kepada dia.

TOK
TOK

Pintu bilik Hans diketuk. Hans segera menarik bajunya menutup belakangnya tadi. Dia kemudian membetulkan duduknya.

"Hans, mama ni. Boleh mama masuk?" kata Puan Tania daripada luar.

"Ye mama. Masuklah." balas Hans.

Puan Tania memulas tombol pintu kemudian dibuka daun pintu, dia melakar senyum ketika matanya memandang ke arah Hans yang ada di atas katil sana.

"Hans sibuk ke?" tanya Puan Tania. Dia mendekati Hans.

Hans menggeleng kecil.

"Tak sibuk pun. Kenapa? Mama ada nak cakap sesuatu ke?" tanya Hans.

Puan Tania duduk di sebelah Hans.

"Mama sebenarnya nak cakap yang mama dengan papa akan pergi London untuk beberapa bulan ni. Tapi..."

Hans menunduk.

"Hans faham...Mama tak boleh nak ajak Hans sekali kan?"

Puan Tania merasa bersalah. Bukannya dia tidak mahu bawa anaknya itu ke London bersama mereka tapi pelajaran Hans bagaimana nanti?

"Hans faham. Takpa, mama dengan papa pergilah. Hans boleh jaga diri Hans." kata Hans.

Puan Tania memegang bahu Hans.

"Mama minta maaf tau. Kalau bukan sebab kerja papa, mama tak akan pergi."

Hans mengukir senyum kemudian menggeleng kecil.

"Takpa mama. Hans faham pasal kerja papa. Lagipun mama sendiri cakap kan yang tempatnya seorang isteri adalah disisi suami. Hans tak kisah pun kalau tinggal sorang-sorang."

Puan Tania memeluk erat bahu Hans.

"Mama janji mama dengan papa akan balik secepat yang mungkin okey?"

Hans mengangguk kecil. Dia tidaklah kisah mana kalau mama dan papanya mahu pergi. Tapi apa yang menjadi kerisauan adalah dirinya tiap kali mahu melangkah ke sekolah.

Sekolah, bukan lagi tempat belajar pada pandangan Hans. Tapi sekolah adalah tempat penyeksaan kepadanya. Hans bahkan berfikir mahu tamatkan persekolahan tapi lihat kerja keras papa dan mamanya yang mahu dia sampai ke menara gading membuatkan Hans tetap tekad mahu bersekolah.

Tapi, jikalau diikutkan kata hati sekarang. Tentu dia akan berhenti dan pergi jauh daripada tempat ini. Sakit bila dia mengenangkan dirinya yang asyik menjadi anjing suruhan Brandon.

Sejak mula dia masuk ke sekolah sampailah ke hari ini tetap saja Brandon mahu membuli. Apa salah Hans pun tidak ada yang tahu.

-☯︎-

"Jadi mak dengan ayah kau tak ada dekat rumah lah selama beberapa bulan ni?" tanya Adi.

Hans mengangguk.

"Eh, eloklah tu. Nanti kitorang datang temankan kau nak?" tanya Que.

"Tak menyusahkan ke? Karang korang pula kena marah dengan mak bapa korang, tak nak la jadi macamtu." kata Hans.

Adi tertawa.

"Takda apa la Hans. Lagipun untuk beberapa bulan je. Mak bapa kitorang pun kenal dekat keluarga kau kan. Rasanya takda masalah kalau kitorang tinggal dengan kau sementara ni." kata Adi.

Hans mengangguk faham. Baiklah jikalau begitu. Itu keputusan mereka. Tidak ada paksaan buat mereka.

"Wah wah wah, rancaknya bual? Sembang apa ni?" celah Brandon. Dia duduk tepat di sebelah Hans.

Diikuti dengan Azhar yang duduk di sebelah Adi dan Faez disebelah Que.

"Korang ni takda kerja lain ke?" soal Adi. Rimas dia bila geng Triple Bad ini asyik mengejar mereka bertiga.

"Amboi. Mulut tu jaga sikit eh pengawas. Sebelum aku tarik mulut tu buat gula getah." kata Brandon.

Azhar menolak bahu Adi. Adi sekadar menjeling. Bila nak aman hidup mereka begini?

"Aku dengar la kan, dekat belakang sekolah ada kerja kosong. Korang tak nak join?" kata Brandon.

"Kau merepek apa ni? Dekat belakang sekolah mana ada tempat kerja. Tempat kau buang perangai adalah." bidas Adi.

Brandon tersengih sinis. Kurang ajar sungguh Adi ini. Azhar sudah meletakkan lengannya ke atas bahu Adi.

"Rasa rasanya la kan. Kalau kita campak dia ni dekat hutan. Babi nak makan tak?" tanya Azhar bernada menyindir.

"Eh eh, jangan katakan babi. Tapir pun tak lalu nak makan!" kata Faez. Mereka tertawa.

Entah apa yang lawak. Padahal tapir bukannya makan orang. Hambar.

Brandon memberi isyarat mata pada Azhar dan Faez. Mereka menarik kasar lengan Adi, Que dan Hans.

Triple Bad itu membawa mereka bertiga sekawan ke belakang sekolah.

"Mari aku tunjukkan kerja baru korang." kata Brandon. Ditolak tubuh mereka bertiga ke dalam kolam...lumpur.

Geng Triple Bad tertawa.

Sekarang, habis hitam seluruh baju Adi, Hans dan Que kerana di cebur masuk ke dalam lumpur.

"Kau memang setan la Brandon!" marah Adi. Panas hatinya melihat geng itu tertawa.

Brandon membuat acah terkejut. Dia kemudian mendekati Adi. Tajam matanya memandang Adi.

Tangan Brandon menarik rambut Adi kemudian diceluplah wajah Adi ke dalam lumpur.

"Sedap tak? Ada rasa apa? Coklat kan?" Brandon mencelupkan lagi wajah Adi.

Que menolak tubuh Brandon. Brandon segera mengelak. Nasib baik bajunya itu masih bersih putih lagi. Kalau tidak, memang kakinya naik masuk ke dalam mulut Que.

Que membantu Adi yang sudah terbatuk batuk. Mungkin tertelan barangkali lumpur tadi.

Geng Triple Bad dengan tawa mereka itu terus meninggalkan mereka bertiga di sana.

"Sialan!" kata Adi.

...TBC

KNIGHT PRINCESS ✅️Where stories live. Discover now