04

169 21 0
                                    

~⌨︎~

Hans yang baru siap membersihkan diri itu duduk di atas katil. Adi dan Que akan sampai sebentar lagi katanya.

Telefon Hans berdering. Dia menyambutnya.

"Hello?"

Mama: Hello Hans. Mama ni.

Hans tersenyum. "Ye mama, ada apa?"

Mama: Mama call sebab nak tanya pasal anak mama la. Macam mana? Okey tak dekat sana?

"Okey je ma. Adi dengan Que datang tinggal temankan Hans dekat sini sementara mama dengan papa takda."

Mama: Oh bagus la. Tak ada la Hans sunyi duduk rumah sorang diri.

"Mama dengan papa macam mana dekat sana?"

Mama: Okey je. Tapi mama kena duduk dalam kondo ni hah. Papa tak bagi mama keluar.

"Oh..."

Mama: Ni, mama nak pesan dekat Hans. Jaga diri elok elok dekat sana.

"Hehe, iya mama. Hans tau."

Mama: Ah yela. Nanti mama call lagi. Kalah Hans ada apa apa masalah call mama tau. Jangan simpan masalah sorang sorang. Ya?

"Iya mama."

TUT. Panggilan ditamatkan.

Hans melepaskan keluhan panjang. Macam mana dia mahu bagitahu mama dengan papa dia tentang masalah dia? Dia tidak berani dan bahkan berfikir dia hanya menyusahkan saja nanti.

TOKTOK. Pintu di ketuk.

Hans segera membuka pintu. Terlihatlah wajah Que dan Adi di hadapan pintu. Dengan beg pakaian mereka. Fuh!

Mereka menapak masuk ke dalam rumah Hans.

"Mana bilik tidur kitorang?" tanya Adi selamba. Alah, sudah terbiasa.

"Korang tidurla macam biasa dekat sebelah bilik aku."

"Oh haah lah! Bilik sebelah kau ada bilik kosong kan? Lupa pula!" kata Que.

Mereka menyimpan barangan mereka di dalam bilik kosong tadi. Sebenarnya bilik itu bersambung dengan bilik Hans. Cuma tiada pintu masuk dari bilik Hans. Saja dibuat dinding sebab bilik Hans terlalu besar pula.

"Apa yang kita nak buat dulu eh?" tanya Que.

"Kita makan la. Lapar dah ni." kata Adi.

"Ah boleh. Kita masak la. Bahan-bahan masak pun masih banyak." balas Hans.

Mereka pun pergi ke dapur dan mulai memasak. Mereka saling membantu. Tak ada maknanya sorang masak lauk lain. Memang huru hara nanti jadinya.

-☯︎-

"Weh, Brandon. Aku nak tanya sikit boleh tak?" tanya Faez.

"Hm. Apa dia?"

"Kenapa eh kau suka buli Hans tu?" tanya Faez. Dia sebenarnya pelik kenapa Hans saja banyak dia buli.

Brandon memandang ke arah Faez.

"Kenapa tanya?"

"Yela aku saja nak tau. Orang kala nak membuli mesti ada sebab kan? Takkan kau buli dia tak bersebab pula?" kata Faez.

Brandon menjongket bahu.

"Entah. Takde sebab apa pun. Saja buli. Kau kenal kan aku macam mana. Adi dengan Que tu pun memang dah lama kita buli. Takda sebab apa pun." jawab Brandon.

Faez mengangguk faham.

"Kenapa? Kau rasa bersalah ke?" tanya Brandon menjongket kening ke atas.

"Eh tidakla. Aku saja tanya. Yela. Manala tau kut kut kau dendam ke apa kan dekat buda kacukkan tu." kata Faez.

"Sebab itu dah memang hobi Brandon!" celah Azhar. Dipukul bahu Faez.

"Halah kau sibuk je. Orang tanya Brandon. Engkau pula nak sibuk. Ni, kau daripada mana ha? Asyik lambat je kalau nak lepak." kata Faez.

Azhar tersengih.

"Kau faham faham jela. Mak aku tu kalau aku cakap nak keluar, dia tanya banyak soalan. Itu yang lambat nak keluar."

"Jadi kau datang sini ni ada minta kebenaran tak?" tanya Faez.

"Eh mestilah ada. Kau ingat aku ni apa? Aku bukannya anak derhaka macam kau." Sindir Azhar.

"Fuh, sedap mulut kau je nak cakap aku anak derhaka eh. Karang makan kaki kau ni." marah Faez.

"Lek la. Orang gurau je la." kata Azhar tertawa kecil.

-☯︎-

Hans termenung menatap silingnya. Dia cuba untuk melelapkan mata namun dia tidak boleh. Entah ke mana fikirannya melayang.

"Korang dah tidur ke weh?" tanya Adi.

"Belum." balas Que dan Hans serentak.

Mereka bertiga tidur sekatil dengan Hans. Kononnya saja mahu ajak sembang sampai tertidur padahal mereka takut sebenarnya.

"Kau rasa kita boleh tak lawan dengan geng Brandon tu?" soal Adi.

"Entah. Kenapa? Kau nak lawan ke?" soal Que pula.

Hans melepaskan keluhan panjang.

"Tak guna pun kita lawan. Kita tak setanding diorang la. Korang pun tau diorang bertiga tu lagi kuat daripada kita."

"Habistu, kau nak biar je diri kita kena jadi alas kaki diorang?" soal Adi. Dia tidak mahu hidup jadi anjing suruhan geng Brandon itu.

"Siapa la yang cukup bodoh untuk biar diri dia terus dipijak? Tiada Adi. Aku pun nak hidup bebas. Tapi siapa kita nak melawan?" kata Hans.

Que dan Adi hanya mampu berdiam diri. Betul apa kata Hans. Siapalah mereka...

...TBC

KNIGHT PRINCESS ✅️Where stories live. Discover now