~⌨︎~
Hans yang kebetulan mahu mengambil buku di suatu rak, terdengar suara dari beberapa rak. Hans cuba mengintai dari mana suara itu datang.
"Aku bagi kau amaran eh. Kalau kau berani buat benda tak senonoh ni lagi. Bukan setakat jari aku patahkan tau. Dengan 'barang' kau tu pun aku putuskan sekali. Kau faham?!" tegas suara perempuan itu memberi amaran.
"Faham..." kata si lelaki yang menunduk. Si lelaki itu terus saja beredar daripada situ.
Perempuan tadi pusing menghadap kawannya. Yang menahan air mata daripada jatuh.
"Dahlah tu Sara. Jangan nangis." kata perempuan itu menenangkan si kawannya yang bernama Sara.
"Tapi dia raba aku tau tak Elly!" kata Sara kepada si perempuan yang bernama Elly.
Elly menghembuskan nafas. Dipegang bahu Sara.
"Kau dengar ni Sara. Kalau ada orang yang cuba kacau kau lagi. Jangan risau, aku ada untuk selamatkan kau." kata Elly.
Seketika Hans terpukau mendengar apa kata si gadis yang mengikat rambut ponytail itu. Hans terbayang jikalau dia dilindungi oleh perempuan bernama Elly itu.
"Oi!" panggil Elly melihat kearah Hans yang menghendap mereka.
Elly menarik lengan Sara. Mereka berjalan menuju ke arah Hans berada.
"Kau apahal intai kitorang ha? Kau pun nak kena ke?" sinis Elly berkata. Bergetar lutut Hans mendengarnya.
"Tak...saya tak sengaja pun." kata Hans.
Elly menjeling kemudian menarik Sara keluar daripada perpustakaan itu.
Hans masih memandang ke arah mereka. Hans mengukir senyum. Rasanya dia boleh meminta bantuan daripada Elly.
-☯︎-
Terbuntang luas mata Adi bila dengar Hans kata nak minta tolong daripada perempuan bernama Elly.
"Kau gila ke apa? Macam mana kalau Brandon tu pukul perempuan tu, tak ke kesian nanti?"
Hans menggeleng. Dia yakin pada Elly, tentu Elly dapat mengalahkan Brandon.
"Kau gila ni Hans. Aku tak nak ambil risiko. Jangan nak libatkan perempuan dalam hal lelaki ni Hans. Karang naya perempuan tu Brandon belasah." kata Adi.
Adi tida setuju kalau Hans meminta bantuan daripada anak perempuan. Takut ada apa apa jadi, kasihan pada perempuan itu. Brandon itu mana tahu erti belas kasihan. Lelaki atau perempuan, dua-dua dia pukul.
"Tak. Kau percaya dengan aku Adi." kata Hans meyakinkan Adi.
Adi menghela keluh.
Mereka berdua meminta Que untuk cari tahu tentang perempuan bernama Elly ini. Dan ternyata Elly adalah pelajar yang ada di kelas ketiga teratas. Sama umur mereka, 17 tahun.
Maka, Hans pun pergilah berjumpa dengan Elly. Diikuti dengan Adi dan Que. Setahu Que, kelas yang mereka pergi ini semuanya adalah kelas yang terdiri daripada pelajar perempuan semuanya.
"Ada apa korang terhendap-hendap dekat sini?" tanya seseorang daripada belakang.
Mereka bertiga menoleh. Tertulis pada nametag pelajar perempuan itu 'Ayda'.
"Hai Ayda," sapa Que sambil tersengih.
Ayda mengedipkan matanya. Dia kenalkah dengan pelajar lelaki ini? Setahu Ayda, dia tiada kenalan pelajar lelaki.
"Ada apa ni?" tanya Elly.
Hans menoleh. "Elly!" sebut Hans.
Berkerut dahi Elly. Kenapa pula lelaki itu mengenalnya? Lama Elly memandang wajah Hans. Baru dia perasan wajah Hans itulah yang dia nampak kemarin di perpustakaan.
"Kau!" Elly menjengilkan mata memandang Hans.
"Kitorang datang ni sebenarnya ada bawa hajat." kata Hans.
Ayda dan Elly saling berpandangan. Hajat?
Setelah menceritakan apa yang terjadi kepada mereka bertiga, Hans meminta bantuan untuk Elly menyelamatkan mereka.
"Kau ingat aku ni bomba? Aku bukannya kerja nak selamatkan orang." kata Elly.
"Tapi kitorang dah tak tau nak minta bantuan dekat siapa. Tolonglah Elly..." rayu Hans.
"Aku tak nak. Aku tak suka didesak-desak. Dan kau lelaki, sepatutnya reti la berlawan. Apa guna jadi lelaki kalau pengecut macamni?"
Hans menunduk. Pengecut?
"Maafla kalau kedatangan kitorang ni cuma menyusahkan. Maaf." ujar Que. Mereka bertiga segera beredar daripada sana.
Elly hanya melihat saja mereka berlalu pergi.
"Tak baik la cakap macamtu dekat diorang." kata Ayda.
"Apa pula? Aku terus terang kan? Daripada aku menipu, lagila tak elok."
"Yela. Tapi cakap la elok-elok dekat diorang. Aku tengok Hans tu dah nak nangis bila kau cakap kasar dengan dia." kata Ayda.
"Ala, dia lelaki. Kenala tahan tukul!" celah Sara.
"Ini la kelemahan perempuan. Suka fikir yang lelaki ni kuat. Hakikatnya lelaki tak kuat pun."
Elly menghembus keluh.
"Sudah la. Diorang pun dah jalan. Biar je la. Lagipun aku tak berminat nak jadi pelindung. Aku ni bukannya bomba." kata Elly sinis.
Ayda menggeleng kepala. Aduhai kawannya ini. Kalau iya pun tidak mahu, boleh cakap elok sikit. Kasihan mereka terasa tadi.
...TBC
YOU ARE READING
KNIGHT PRINCESS ✅️
Teen Fiction[ 09 | COMPLETE teenfiction - short ] *unedited* Ini kisah tentang Hans, si mangsa buli. Berjumpa dengan Elly, untuk meminta pertolongan. Mampukah Hans terus bertahan? start: 3.SEPTEMBER.2021 end: 8.SEPTEMBER.2021 ©nurshyn