02

189 21 0
                                    

~⌨︎~

Di atas lantai yang kotor, Hans disuruh bertiarap disitu. Memang inilah apa yang Hans hadapi tiap harinya. Dia tidak pernah memberitahu ibu bapanya tentang hal dia dibuli kerana tidak mahu membuat ibu bapanya risau.

Brandon menuang air minumannya di hadapan wajah Hans yang sedang bertiarap.

"Aku nak kau jilat tu sampai bersih. Jangan tinggal sisa tau. Kalau tidak kau siap!" ugut Brandon.

Hans mengetap bibir. Siapa sajalah yang cukup gila mahu membuat seperti apa yang Brandon katakan. Tiada! Tapi kerana takut, Hans tetap buat.

Dia menjilat air minuman yang ada di lantai. Brandon tersengih sinis. Inilah apa yang dia suka. Mendengar kata.

"Bagus Hans. Teruskan, teruskan! Hahaha!" tawa Brandon. Dia suka memperlakukan keji kepada orang lain.

Hans sudah menahan air matanya daripada keluar. Tidak cukup dengan itu, Azhar pula menuangkan sabun cuci tangan di atas minuman itu.

Hans mendongak memandang Azhar yang tersenyum sinis.

"Kenapa? Tak boleh nak minum? Kalau tak boleh, kau lap pakai baju!" kata Azhar.

Hans menunduk kembali.

Azhar menggeleng kepala. Lembap betul si Hans ini. Nama saja budak cemerlang. Azhar menarik kasar baju Hans. Biarlah sampai koyak, dia tidak kisah.

"Kau lap pakai baju kau sampai bersih!" kata Azhar. Kedengaran tawa daripada Brandon dan Azhar.

Sungguh keji perbuatan mereka!

"Pastikan kau lap bersih bersih lantai ni. Kalau kitorang balik kau tak lap bersih lagi, nahas kau." Brandon memberi amaran.

Mereka berdua beredar daripada sana. Sempat pula Brandon meludah lagi ke kepala Hans. Mereka tertawa.

Air mata yang Hans tahan kini jatuh berguguran di lantai. Dia masih saja meneruskan arahan mereka tadi.

"Hans!" panggil Que.

Que dan Adi segera ke arah Hans. Mereka kasihan melihat Hans. Tiap tiap hari Hans menjadi mangsa. Adi dengan Que pun tak mampu nak melawan Brandon.

"Dahlah Hans, cukup tu. Kitorang tolong kau." kata Que.

Que mengambil mop, Adi pula membantu Hans berdiri. Hans menggeleng.

"Jangan. Teruk kita kena nanti kalau diorang dapat tau." kata Hans.

"Tapi kitorang tak sanggup tengok kau kena macamni!" kata Adi pula. Dia juga sakit hati melihat perbuatan Brandon.

"Lebih baik aku buat sorang. Kalau korang tolong, lagi teruk kita kena. Korang pergilah balik dulu." Hans tidak mahu menyusahkan mereka berdua.

Que menepuk bahu Hans.

"Kitorang tetap akan tolong kau." kata Que tekad.

Que mulai mengemop lantai yang kotor itu. Adi pula membantu Hans. Membersihkan pakaian Hans.

"Oh ulalala, hebat!" tiba-tiba suara Brandon mengejutkan mereka bertiga.

Mereka serentak menoleh. Wajah Brandon dan Azhar sedang memandang ke arah mereka.

"Hebat eh? Aku suruh sorang je buat tapi ada pula anjing lain nak tolong sama? Bagus!"

"Brandon...cukuplah. Apa salah Hans sampai kau buat dia macamni? Tak cukup ke lagi kau nak seksa dia tiap hari?" tanya Adi.

"Wah, berani kau eh pengawas?" Brandon tertawa sinis. "Memandangkan korang suka sangat nak tolong kawan korang ni, aku bagi ganjaran lah eh."

Brandon dan Azhar meluru menangkap Adi dan Que. Mereka berdua dimasukkan ke dalam satu tandas. Brandon mengunci mereka berdua di dalam.

"Weh!" jerit Adi.

Setelah dikunci, air yang ada di dalam baldi itu Brandon letakkan sabun kemudian dia dengan bangganya menyimbah air sebaldi itu kepada Adi dan Que. Habis basah mereka berdua.

"Tak guna kau!" marah Adi.

Brandon tertawa. Dia kemudian membuang baldi itu ke dalam. Tepat mengenai kepala Que.

"Sakitlah!" marah Que.

Brandon beralih pula kepada Hans. Ditariklah kolar baju Hans.

"Kau berani nak melawan aku?" Brandon tersenyum sinis. "Salah orang Hans." ujar Brandon sinis.

Dia menolak kasar dada Hans. Hans terduduk di atas lantai. Mop yang tadi Brandon ambil kemudian disapu di muka Hans.

Azhar sudah tertawa melihat Hans yang menggeliat di atas lantai sana.

"Inilah makanan kau harini. Makan!"

Brandon kemudian memukul mop itu ke belakang badan Hans. Hans mengerang kesakitan.

Brandon tersenyum sinis. Dibuang mop itu kepada Azhar. Azhar menyamput kemudian dibuang mop itu ke dalam tandas tadi.

"Eh apa main campak ni!" marah Que.

"Diamlah anjing!" marah Azhar.

"Kau dengar sini Hans. Sekali lagi kau ingkar arahan aku atau cuba cuba untuk lawan aku, aku tak akan teragak-agak untuk pukul kau teruk." amaran Brandon.

"Jom cau." kata Brandon. Azhar melepaskan kunci di tandas kemudian mengikut langkah Brandon keluar daripada sana.

Adi dan Que berlari mendapatkan Hans.

"Hans!" jerit Adi.

Hans memegang belakangnya yang masih terasa sakit itu. Bukan perlahan pukulan yang diberi Brandon tadi, kuat tau!

Adi membantu Hans berdiri.

"Jom keluar daripada sini." kata Adi.

Mereka pun pulang ke rumah Hans dengan pakaiannya yang habis kotor semuanya. Nasib sajalah orang tua Hans itu tidak ada di rumah. Kalau tidak, memang habislah mereka dimarah.

...TBC

KNIGHT PRINCESS ✅️Where stories live. Discover now