~⌨︎~
Elly cuba untuk menghubungi Hans namun tidak disambut oleh Hans. Bila dia mahu ke rumah Hans, Que dan Adi melarang. Bahkan mereka berdua tidak mahu bagitahu di mana rumah Hans.
Faez datang menemui Elly. Elly sedikit terkejut kerana Faez datang kepadanya.
"Aku nak bagitau kau sesuatu," kata Faez bersungguh.
Mulanya memang Que dan Adi tidak benarkan kerana takut Brandon merancang sesuatu pada Elly. Tapi Elly tetap pergi walaupun sudah dihalang mereka berdua.
Elly datang menemui Faez di perpustakaan. Tidak ada tempat selamat di sekolah ini. Mata-mata Brandon ada di mana-mana. Susah untuk geng Brandon nak belot.
"Apa dia kau nak cakap?" soal Elly.
Faez menghela nafas panjang.
"Aku tau aku patut buat awal lagi benda ni tapi...aku tak mampu buat sorang-sorang."
Berkerut dahi Elly.
"Maksud kau?"
"Aku sebenarnya nak tolong Hans tapi aku tak boleh. Aku sendiri bukan tandingan Brandon." jawab Faez.
Faez melepaskan keluhan panjang. Dia sebenarnya tidak bermaksud mahu masuk dalam geng Triple Bad tapi dia terpaksa. Untuk mengumpul bukti.
"Aku bagitau dekat mana Hans. Tapi kau janji kau kena tolong aku lepasni. Okey?"
Elly mengangguk setuju.
-☯︎-
Elly mengetuk pintu rumah Hans. Dia tahu Hans ada di dalam.
"Hans! Aku ni! Bukalah pintu!" jerit Elly.
Hans mengintai dari tingkap biliknya. Terkejut dia bila Elly ada di depan pintu rumahnya. Tapi Hans tidak akan keluar ataupun membuka pintu.
"Hans! Bukalah pintu ni..." pinta Elly.
Hans turun ke tingkat bawah. Dia berdiri lama di hadapan pintu. Dia tidak mahu lagi berjumpa dengan sesiapa. Lepas saja ibu dan ayahnya pulang bulan hadapan, dia akan terus minta kebenaran untuk pindah ke Spain.
"Weh Hans! Aku tau kau dekat dalam rumah. Tolonglah buka pintu ni Hans! Tolonglah!" pinta Elly.
Hans mengetap bibir.
Baliklah Elly...
"Hans! Kalau kau tak buka pintu ni aku akan panjat naik ke tingkat dua. Buka pintu ni Hans!" jerit Elly lagi.
Hans menunduk. Dia tidak mahu menyusahkan sesiapa lagi. Cukuplah sudah sampai di sini.
Elly mengetap bibir. Dia mendengus kasar. Nampaknya terpaksalah dia buat cara kasar.
Elly mengetuk pintu rumah Hans berkali-kali. Biarlah sampai jiran marah pun Elly tidak kisah. Selagi Hans tidak buka pintu, Elly tidak akan berhenti!
Hans terus membuka pintu membuatkan Elly yang bersandar di pintu itu terjatuh ke hadapan. Hans sempat menyambut tubuh Elly.
YOU ARE READING
KNIGHT PRINCESS ✅️
Teen Fiction[ 09 | COMPLETE teenfiction - short ] *unedited* Ini kisah tentang Hans, si mangsa buli. Berjumpa dengan Elly, untuk meminta pertolongan. Mampukah Hans terus bertahan? start: 3.SEPTEMBER.2021 end: 8.SEPTEMBER.2021 ©nurshyn