00

297 23 1
                                    

~⌨︎~

Peperiksaan percubaan dilaksanakan pada hari ini.

Brandon masuk ke dalam kelas satu. Semua pelajar memandang ke arah Brandon. Brandon berjalan menuju Hans.

Mata Hans berlaga dengan Brandon. Lama mereka begitu. Brandon tiba-tiba melutut di hadapan Hans.

Hans terkejut.

"Aku minta maaf Hans...Aku minta maaf..." ucap Brandon. Air matanya berjujuran jatuh ke lantai.

Hans duduk di hadapan Brandon. Bahu Brandon disentuh kemudian diangkat naik. Brandon memandang wajah Hans.

Hans tersenyum.

"Aku maafkan kau Brandon," ucap Hans. Makin deraslah air mata Brandon jatuh.

"Terima kasih Hans..." ucapnya.

Brandon menunduk. Kalau diikutkan, dia tidak layak dimaafkan tapi semua orang berhak mendapatkan peluang yang kedua. Mengapa tidak diberikan kepada Brandon kan?

Hans mengusap bahu Brandon. Menenangkan lelaki itu. Dia tahu apa yang dia buat ini agak mengejutkan tapi itulah apa yang sepatutnya dia buat.

Meminta maaf dan memaafi itu kan perkara mulia?



EPILOGUE

Hans tersenyum melihat ke arah Elly. Elly turut membalas senyuman Hans. Mereka saling berpandangan walaupun kerusi mereka agak jauh.

Sara menyiku lengan Elly.

"Amboi, bukan main sengih-sengih siap tatap-tatapan ea..."

Elly menyiku pula lengan Sara. Sara ini celupar betullah. Diam-diam sudahlah.

"Dijemput naik ke pentas pada nama pelajar yang saya sebut." kata si guru yang mengacara. "Hans Samien, Adika, Quezan, Sara, Ayda, Elly Lia dan...Brandon."

Ketujuh-tujuh mereka naik ke pentas. Semua guru tersenyum memamdang kearah mereka semua.

"Tahniah diucapkan kepada mereka bertujuh kerana berjaya mendapatkan keputusan cemerlang pada tahun ini. Berikan tepukan yang gemuruh buat mereka!"

Semua pelajar dan guru bertepuk tangan tanda tahniah kepada mereka bertujuh. Brandon tersenyum, dia tidak sangka berjaya mendapat keputusan cemerlang.

"Tahniah!" jerit Faez dari bawah. Brandon tersenyum ke arah Faez. Faez bersyukur kerana Brandon berjaya dalam mendapat keputusan yang cemerlang.

Faez juga cemerlang, cuma tidak secemerlang mereka bertujuh.

Brandon memeluk erat bahu Faez. Kalau tidak kerana Faez, tentu dia tidak dapat menyambung pelajarannya sekarang.

"Terima kasih Faez..." ucap Brandon.

"Alahai, takpela. Semua orang berhak dapat peluang kedua." Kata Faez. Kecuali untuk Azhar. Barulah terbongkar bahawa Azhar merupakan bekas juvana.

Ingatkan Azhar sudah berubah, tapi dia salah. Lima bulan menjadi pelajar juvana, bukannya Azhar sedar diri malahan semakin menjadi-jadi perangainya.

KNIGHT PRINCESS ✅️Where stories live. Discover now