01

206 22 2
                                    

~⌨︎~

Hans masuk ke dalam bilik disiplin. Bukannya dia yang buat masalah tapi dia tetap di panggil. Hans membuka pintu bilik disiplin.

"Ohayo Hansue!" ucap Brandon. Dia duduk di atas kerusi, tersenyum miring memandang Hans.

"How's your day today Hans?"

Hans menelan air liur. Dia takut melihat Brandon. Kerana lelaki itulah, hidup Hans penuh dengan rasa takut. Bahkan di kejar oleh bayang-bayang seorang Brandon.

"Huh? Kenapa? Dah tak boleh bercakap ke?" tanya Brandon.

Hans mengetap bibir. Dia takut mahu menjawab. Dia menundukkan kepala. Brandon tersengih sinis. Pada pandangan Brandon, semua pelajar di sekolah ini adalah rakyat kepadanya.

"Kau takut ke dengan aku Hans Samien?" soal Brandon.

Brandon bangun daripada kerusi. Dia berjalan perlahan-lahan menuju ke arah Hans berdiri. Kakinya terhenti tepat di hadapan Hans. Ketinggian mereka hampir sama, 170cm. Brandon mendekatkan mukanya.

"Aku paling tak suka orang yang tak jawab soalan aku tau," ujar Brandon sinis.

Hans menelan air liur.

"Aku-"

"Eps, shh!" Brandon meletakkan jari telunjuk ke mulut Hans. "Dan aku tak suka kalau orang menjawab," kata Brandon.

Brandon mengukir senyum miring.

"Dan kau tahu apa akibatnya kalau cari pasal dengan Brandon kan?"

Brandon mendengus. Satu tumbukan tepat di perut Hans. Hans mengerang sakit kemudian perlahan-lahan kakinya melemah ke lantai.

"Kau tau tak satu benda? Kau l e m a h." ucap Brandon.

Satu tendangan hinggap di bahu Hans. Brandon tersengih bila melihat Hans yang jatuh ke lantai.

"Ini adalah tempat kau Hans. Dekat bawah, jadi alas kaki aku." kata Brandon sinis.

Hans hanya mampu mendiam diri. Dia siapa mahu melawan kata Brandon? Dia siapa nak mempertahankan dirinya? Dia tidak mampu. Tiada siapa mampu!

Brandon tertawa sinis.

-☯︎-

Hans berjalan ke kelasnya, di tangan dia membawa tiga buah buku latihan milik geng Triple Bad. Brandon menyuruh Hans untuk menyiapkan semua kerja rumah mereka.

Adi melihat ke arah Hans. Dia mendekati Hans. Dapat dia lihat wajah Hans yang dibasahi air mata itu.

"Brandon buli kau lagi ke?" tanya Adi.

"Macam biasa la." jawab Hans. Dia berjalan menuju ke tempat duduknya.

"Sampai bila kita nak hidup bawah kaki Brandon tu?" tanya Adi.

Hans tidak menjawab. Sampai bila? Dia juga tidak tahu. Mereka harus bersabar kerana masa mereka bersekolah di sini pun tidak lama lagi.

Selesai saja spm, mereka bolehlah berpisah. Dan semuanya akan baik-baik sahaja.

"Weh Hans. Kau nak buat ke semua kerja diorang ni? Kenapa kau tak campak kat kolam je? Ni kerja diorang, kau tak payah la sibuk nak buat!" marah Adi.

"Oh wau. Campak kat mana tadi? Aku tak berapa dengar la. Campak dekat mana tadi Adi?" tanya Brandon. Dia dengar apa Adi cakap.

Adi mengepal penumbuknya.

"Kau ni memang tak guna tau tak! Kerja dengan tugasan sekolah kau tu kau buat sendiri la! Kenapa nak kena suruh Hans yang buat?!" marah Adi.

Brandon tersenyum sinis.

"Wah, sangat menakjubkan ya. Weh Adi, kau ingat sikit aku ni siapa dan kau siapa ya. Bila bila masa je kau boleh kena buang sekolah tau."

Adi terdiam.

"Kau ni nama je pengawas tapi bodoh. Untuk pengetahuan kau...Yang lantik kau jadi pengawas ni mak aku tau. Jangan sampai aku tarik pula jawatan kau tu," ugut Brandon sinis.

Brandon menepuk bahu Adi. Dia duduk si hadapan Hans. Hans sudah gementar. Habislah dia!

"Kau buat apa aku suruh. Jangan nak ikut pula kata kata kawan kau yang sewel ni." sindir Brandon.

Azhar dan Faez ikut tertawa. Mereka berdua turut ke arah Brandon. Sempat mereka sengaja melagakan bahu dengan Adi.

Adi menahan rasa saja di hati. Ikutkan hatinya yang panas, tentunya akan dia kerjakan Brandon cukup cukup. Tapi bila terkenangkan ibu dia di rumah, dia tidak sanggup.

Kasihanlah pada ibu dia yang sudah tua itu akan dipanggil ke sekolah atas diri Adi yang telah buat masalah.

"Kau buat betul betul!" marah Azhar pada Hans.

Tapi Adi juga tidak sanggup membiarkan kawannya terus menerus diperlakukan begitu. Hans itu bukan hamba mereka.

"Oi, buat laju cepat!" tengking Faez.

"Apa tengok tengok pengawas? Kau pergila bertugas bongok!" arah Azhar sesukanya.

Adi mengetap bibir. Dia melangkah keluar daripada kelas. Bukan dia berniat mahu meninggalkan Hans tapi sejujurnya, dia juga takut kepada Brandon dan kawannya itu.

Mereka bertiga amat menakutkan!

...TBC

KNIGHT PRINCESS ✅️Where stories live. Discover now