~⌨︎~
Hans pergi ke kelas tiga. Mahu bertanya jikalau Sara atau Ayda ada nampak Elly. Dia risau bila tidak nampak Elly awal pagi di kelasnya. Selalunya ada.
"Sara," panggil Hans.
Sara memandang ke arah Hans kemudian dia berjalan menuju Hans.
"Ya?"
"Awak ada nampak Elly tak? Sebab saya tak nampak dia pagi ni," tanya Hans.
"Elly? Em...tak nampak la. Kan dia selalu tunggu awak dekat kelas. Jarang Elly ke sini."
"Oh..." balas Hans.
"Kenapa? Korang ada gaduh ke?" tanya Sara.
Hans menggeleng.
"Mana ada. Kitorang tak pernah gaduh la. Kalau dia dengan Brandon, iyalah bergaduh."
Sara menjongket bahu.
"Kalau macamtu saya pun tak tau."
"Elly tak datang sekolah. Dia demam," celah Ayda.
Kedua mereka memandang serentak ke arah Ayda.
"Demam? Bila lagi?" soal Sara risau.
"Hmm sebab dia main hujan semalam. Aku cakap jangan dia degil juga nak main. Itu yang sampai demam tu hah."
Terkejut Hans mendengar. Jadi maknanya, Elly tidak datang ke sekolah lah?
"Berapa hari eh Elly tak pergi sekolah?" tanya Hans. Risau dia bila Elly tiada disisi.
"Mungkin dalam dua ke tiga hari. Elly tu kalau dah sakit konfem lambat baik. Tapi, kita doakan la untuk dia. Insya-Allah dia sembuh cepat," jawab Ayda.
Jelas terpapar riak risau di muka Hans. Bukan setakat risaukan tentang diri Elly, tapi juga pada dirinya.
Sara memandang wajah Hans.
"Kalau risau sangat Brandon cari awak, awak duduk je la dekat kelas ni ha," saran Sara. Dia tahu Hans tentu risau jikalau Brandon datang mencarinya.
Hans menggeleng.
"Takpe la. Saya balik kelas je. Terima kasih," ucap Hans kemudian dia berjalan balik ke kelasnya semula.
Sara dan Ayda saling berpandangan.
"Macam mana ni?" soal Sara.
Ayda menjongket bahu. Manalah dia tahu. Dia bukannya pesilat handal macam Elly. Yang Ayda tahu hanya minta maaf dan baik-baik dengan orang.
Kalau dia bercakap elok dengan Brandon pun tak akan Brandon dengar.
Kalau Sara pula. Dia ini bukannya reti sangat dalam bab lawan-lawan. Kalau sokong orang berlawan iyalah. Lagipun Sara ni celupar orangnya.
Karang tak pasal-pasal kena penampar daripada Brandon.
"Takpe. Kita doa untuk diorang," kata Ayda.
Hanya doa sajalah mereka mampu. Kalau nak bagi laporan dekat cikgu pun, cikgu semua kena rasuah dengan Cikgu Maria.
Mana nak dengar apa masalah murid sendiri. Kadang-kadang tu rasa tak logik sebab guru-guru dekat sini semuanya kurang prihatin dekat murid dia.
Jangankan prihatin. Kisah pun tidak.
-☯︎-
Elly terbersin-bersin. Suhu badannya bahkan mencecah sampai 41°C. Teruk? Ah memanglah.
Puan Haida menggeleng melihat anak daranya.
"Itulah, mak dah pesan banyak kali jangan main hujan tapi degil juga nak main. Sekarang tengoklah apa dah jadi."
Puan Haida duduk di samping Elly.
"Mak ni...orang tengah sakit pun mak nak bising-bising," rungut Elly.
"Memanglah mak bising. Dah engkau tu degil sangat. Dah kalau orang tua cakap jangan tu jangan la buat. Degil!"
Elly memuncungkan bibir. Dia bukannya apa. Dah lama sangat dia tidak main hujan. Sekali sekala nak juga main hujan. Tak sangka pula boleh sampai demam.
Ayda ada juga nasihatkan dia supaya jangan main hujan. Maklumlah, berjiran sahaja. Tapi Elly ini agak degil orangnya. Itulah sebab dia demam. Padanlah muka.
-☯︎-
Brandon menepuk-nepuk bahu Hans.
"Dah lama sangat rasanya aku tak kerjakan kau ni kan?" kata Brandon.
Hans menelan air liur. Manalah dia mahu lari sekarang? Lari keluar sekolah? Ke mana dia mahu tuju?
Brandon menarik baju Hans kemudian ditarik kasar Hans masuk ke dalam tandas.
"Kau nampak tak air dalam tandas ni hm? Haa, sekarang minum!!"
Brandon mencelupkan muka Hans ke lubang tandas. Hans cuba untuk melepaskan diri tapi Brandon ini tiga kali ganda lebih kuat daripada Hans.
Brandon mengetap gigi kemudian tersenyum sinis. Selama budak Elly itu tiada, akan dia kerjakan Hans cukup cukup.
"Inilah akibat dia sebab berani menentang aku. Sekarang kau minum semua ni!"
Azhar datang membawa dua kotak susu.
"Hahah, aku ada bawa special campuran!" kata Azhar menunjukkan dua kotak susu kepada Brandon.
Brandon kemudian mengambil kotak susu itu. Dituanglah susu itu ke dalam lubang tandas. Barulah dia menyuruh lagi Hans minum.
"Hahah! Dah macam babi kehausan dah! Fuh!" ejek Azhar.
Hans seketika itu termuntah.
"Bagus! Kau muntah? Kau jilat balik muntah kau!"
Brandon meletakkan wajah Hans ke lantai tandas yang sudah ada muntah Hans itu. Dia lap wajah Hans ke lantai dengan paksa
Hans sudah mengalirkan air mata. Katakan ini semua hanya mimpi ngeri yang akan berakhir sekejap lagi. Katakanlah!!
...TBC
YOU ARE READING
KNIGHT PRINCESS ✅️
Teen Fiction[ 09 | COMPLETE teenfiction - short ] *unedited* Ini kisah tentang Hans, si mangsa buli. Berjumpa dengan Elly, untuk meminta pertolongan. Mampukah Hans terus bertahan? start: 3.SEPTEMBER.2021 end: 8.SEPTEMBER.2021 ©nurshyn