Part 22 [ Pregnant ]

22 0 3
                                    

Red Roses


Semalam Daniella mendapat call daripada Zafrul yang mengatakan Tan Sri Hamid sudah meninggal dunia kerana terlibat dengan kemalangan yang membabitkan kereta dan juga bas.

Kini Daniella merancang untuk memulakan hidup baru bersama dengan nendanya dan juga kawan-kawannya. Dia juga ingin berubah ke arah yang lebih baik. Sejak mendapat berita kematian Tan Sri Hamid dia terus melupakan dendamnya terhadap Tan Sri Hamid. Walaupun kematian tersebut tidak di jangka namun dia sedar dia juga tidak mahu lagi terlibat dengan benda kotor ini lagi.

Kini dia cuba untuk mencari cara agar Lufias melepaskannya secepat mungkin. Memandangkan lelaki itu akan berkahwin lagi dua hari, lebih baik dia undurkan diri.

Ring----

"Hello" ucap Daniella.

"Hello Dani, ni saya Lufias. Boleh kita jumpa kejap. Please sekejap pun okey la" rayu Lufias lagi.

"Yela hantar location"

Bagus juga dia call alang-alang dia pun ada benda yang nak di beritahu kepada suaminya.

...................................

Akhirnya mereka berdua membuat keputusan untuk berjumpa di dalam kereta sahaja. Kerana taknak ada mana-mana wartawan melihat mereka berdua. Memandangkan hubungan mereka berdua tidak pernah baik.

"So apa awak nak dari saya ni?" Tanya Daniella tanpa berselindung."

" Tolong saya. Culik saya" Rayu Lufias. Tangan isterinya di genggam.

Laju Daniella menarik kembali tangannya dari pegangan Lufias.

"Awak ni dah kenapa nak suruh saya culik awak pula. Dah buang tebiat ke apa?"

"Tolong saya taknak kahwin dengan Needznen" Rayu Lufias kali ini dengan lebih bersungguh-sungguh.

"Awak ni dah macam kena kahwin paksa pulak"

"Memang terpaksa pun, saya tak rela menikah dengan orang yang saya tak cinta"

"Ye tak ye juga lupa"

"Lah habis tu saya pun sama laa"

"Tak awak lain. Yang pasti saya taknak kahwin dengan needzeen. Saya taknak madukan awak" kata Lufias lagi.

Dia bernekad kali ini dia akan cuba untuk memikat hati isterinya.

"Dah macam suami mithali je bunyinya." ejek Daniella.

"Tak sekarang ni awak boleh tak tolong saya?" soal Lufias lagi.

"Saya nak tolong awak macam mana, cuba cakap?"

"Jangan risau saya sudah ada perancangan, awak ikut je plan saya okey" ucap Lufias ceria.

"Okey boleh dengan syarat awak kena lepaskan saya"

Lufias dah agak mesti isterinya tidak akan setuju dengan mudah. Mesti akan ada agenda di sebaliknya. Takpe kita follow je Daniella.

"Okey saya setuju"

"So plan dia macam mana"

"Plan dia nanti saya bagitahu. Saya nak awak datang rumah saya pagi besok, pakai cantik-cantik okey."

"Dah kenapa pula nak pakai cantik-cantik. Biasa-biasa tak boleh ke?" tanya Daniella bersahaja.

"Awak ni kan. Boleh tak sekali ni je awak dengar cakap saya" rayu Lufias. Nasib badan laa dapat bini macam ni. Nasib baik cantik.

Wanna Be My(Red Rose)Where stories live. Discover now