Termasuk hari ini sudah hari ke tiga Daniella tidak menjawab call daripada Tengku Lufias Naufal. Nampaknya kali ini dia betul-betul marah dengan Lufias Naufal. Yela siapa je tak marah, tiba-tiba kena berlakon mengandung walhal tak mengandung.
Hari ini Lufias Naufal membuat keputusan untuk mencari Daniella di rumah sewa isterinya.
"Assamualaikum "
Setelah salam diberi buat kali kedua akhirnya tersembul wajah Hany di balik pintu rumah.
"Waalaikumussalam" jawab Hany acuh tak acuh.
"Hany, Dani ada tak" Soal Lufias Naufal.
"Takde. Dia dah tak duduk sini dah" Ujar Hany dengan nada sedih. Sejak kawannya itu berkahwin dengan lelaki ini tersangatlah jarang Daniella Arisya pulang ke rumah sewa mereka. Sekarang ni lagi lah. Daniella dah pindah keluar dari rumah sewa mereka. Makin bertambah sedih Hany.
Baru sahaja Hany cuba untuk menutup pintu rumahnya, laju sahaja tangan Lufias Naufal menghalangnya. "Sekejap, jangan la tutup dulu"
"Kau nak apa lagi Lufias, kan aku dah cakap Dani takde dekat rumah ni". Kata Hany yang mula berang dengan kelakuan Lufias Naufal.
"Betul ke dia takde dekat sini? Tolong panggil dia, tolong la aku merayu dekat kau Hany" Rayu Lufias kali ini dengan suara yang lebih lembut. Tiada guna untuk dia terus berkeras dengan Hany. Makin susah jadinya nanti.
"Kau ni kenapa, aku cakap takde tu takde la. Kalau kau nak tahu, aku tak suka tengok muka kau. Tolong pergi dari sini."
BAMM
Terdiam terus Lufias apabila Hany menghempas pintu rumahnya dengan sangat lah kuat. Nasib baik tak tercabut pintu rumah ni. Akhirnya Lufias Naufal pergi meninggalkan rumah Hany dengan hati yang kecewa.
'Mana awak Dani tolong la jangan lari dari saya'
Hampir give up Lufias nak mencari isterinya. Benci betul dia dengan aku. Kalau la masa boleh di putar kembali tentu Lufias takkan buat perancangan bodoh sebegitu. Dia sudah buntu hendak mencari Daniella Arisya di mana.Ke office Daniella dia sudah pergi, namun Daniella juga tiada di sana. Kemana lagi dia hendak mencari isterinya ini. 'Ya Allah kau bantu lah hamba-Mu ini, kau kembalikan la dia ke sisi ku dengan selamat'.
Akhirnya, Lufias Naufal terus memandu ke Café Faruq untuk bertanya tentang keberadaan isterinya.
.......................................................
"Dani awak minta cerai je dengan Lufias kan senang, awak kahwin je dengan saya. " Rayu Faruq tanpa jemu.
Geram betul Danielle saat ini. Dahla sekarang ni mereka berdua di luar Cafe, semua orang yang melalui kawasan tersebut memandang kr arah mereka.
"Apa kau merepek ni Faruq, kau dah gila ke. Aku ni masih lagi isteri Lufias kau tau kan"
"Ye aku gilakan kau, tolong la Dani, kita kahwin jom"
"Dah la Faruq aku nak balik. Kau tak malu ke ramai orang tengah pandang kita sekarang ni" Baru sahaja Daniella cuba melangkah pergi, pergelangan tangannya di pegang oleh Faruq.
"Haish apa ni Faruq, lepas la" Kali ini Danielle betul-betul marah dengan kelakuan Faruq. Ingin sahaja dia menumbuk muka kawan lelakinya itu.
Tiba-tiba ada sepasang tangan yang datang merentap pergelangan tangan mereka berdua.
"Lepaskan dia"
"Lufias"
"Ha bagus la kau datang sini. Aku nak kau ceraikan Dani" kata Faruq dengan tanpa rasa bersalah.
YOU ARE READING
Wanna Be My(Red Rose)
RomanceEngku Daniella Arisya ialah seorang yang berpewartakan kasar atau lebih tepat tomboy. Tengok sekali imbas memang orang ingat dia lelaki. Dia menjadi tomboy atas kehendak nendanya demi menyorok identiti sebenar Daniella. Sebab yang kedua kerana kisah...