Red rose
Di dalam bilik masing-masing membisu. Lufias dengan perasaan bersalahnya manakala Daniella Arisya merebahkan dirinya ke atas katil dengan mata yang terpejam. Darah yang sudah kering di bajunya tidak dihiraukan.
'Salahkah keputusan yang di ambil untuk membawa Dani tinggal dengan keluarganya ' keluh hati Lufias Naufal.
Akhirnya Lufias Naufal keluar dari bilik. Seketika kemudian dia kembali dengan membawa peti kecemasan.
"Dani kau dah tidur ke"
"Em " sahut Daniella Arisya.
" tidur, boleh pulak kau jawab " sengih Lufias Naufal. Di labuhkan duduknya di sisi katil.
"Hish kau nak apa, boleh tak jangan kacau aku" Daniella Arisya memandang terus ke dalam matanya. Terus kecut perut sang suami.
"Woo janganlah marah, aku just nak kau cuci luka kau tu dulu je. Takut nanti kena jangkitan kuman makin bahaya. " kendur Lufias Naufal. Rasa bersalah pula kerana telah mengejutkan Puan Singa comel ni. Aik singa pun comel ke ? Tak kisahlah, asalkan singa ni comel.
Hampir tersembur ketawa Daniella Arisya namun masih sempat di tahan. Serious dia rasa kelakuan Lufias sekarang ni comel. Dengan wajah yang menunduk sambil bermain dengan jarinya. Suami siapa lah ni?
"Tak payah " matanya kembali di pejam.
Sebenarnya dia bukan kisahkan kelakuan mak mertuanya itu. Eh mak mertua? Tibai jela. Sejak dari awal lagi dia sudah menjangkakan perkara sebegini akan berlaku. Dalam kepalanya sedang memikirkan kenapa kali ini agak lama masa yang digunakan oleh Nendanya untuk berasa di London. Dan dia bukan taknak tinggal dengan Hany. Dia taknak mengheret Hany ke dalam situasinya. Risau jikalau Tan Sri Hamid akan mencederakan Hany. Dia tak nak melibatkan kawan-kawannya. Berbanding tinggal dengan Lufias Naufal itu lebih baik kut. Kerana keluarga mereka lebih kenal Tan Sri Hamid.
Tiba-tiba dia terasa seperti ada benda yang merayap pada bahagian perutnya. Terbuntang matanya dengan perlakuan Lufias. Butang-butang bajunya di buka satu persatu oleh Lufias Naufal.
"Eh kau nak buat apa ni " tangan Lufias Naufal di sekat.
Hampir separuh butang bajunya bermula dari bawah telah di buka.
"Kau duduk diam boleh tak, sekali je kau dengar apa yang aku cakap please " dengan kudrat lelakinya. Kedua tangan Daniella Arisya di tolak ke tepi dan di tekan sedikit ke tilam.
"Aku bo-boleh buat sendiri lah " berang Daniella Arisya. Ada perasaan halus hadir menusuk ke hatinya mungkin kerana keadaan mereka yang agak rapat begini.
"Nak harapkan kau. Memang tak tertukar lah bandage ni " bandage dibahagian perut Daniella Arisya di sentuh. Dengan matanya masih memandang terus ke dalam mata si isteri.
Daniella Arisya terasa seperti di pukau hanya membiarkan sahaja perlakuan suaminya. Baju di angkat sedikit dan membuka pembalut luka tersebut. Kesan luka tersebut di cuci dengan berhati-hati.
"Kenapa pipi kau merah? " tegur Lufias Naufal. Senyumannya ditahan melihat riaksi mak singa yang seperti nak membahannya.
"Kau tak payah banyak tanya boleh tak? Buat kerja kau " rambut pendeknya di tarik menutupi matanya. Serius comel...
YOU ARE READING
Wanna Be My(Red Rose)
RomanceEngku Daniella Arisya ialah seorang yang berpewartakan kasar atau lebih tepat tomboy. Tengok sekali imbas memang orang ingat dia lelaki. Dia menjadi tomboy atas kehendak nendanya demi menyorok identiti sebenar Daniella. Sebab yang kedua kerana kisah...