part 15 [ follow ]

134 9 0
                                    

Red roses

Hari ini seperti yang dikatakan Lufias dia akan menjemput Daniella di hospital.

'Awal giler mamat ni datang. Pagi-pagi dah terpacak dekat sini '

Aku nak tidur pun tak senang. Pagi-pagi dah terpacak dekat sini. Tak kerja ke apa mamat ni.

"Awal datang? Kenapa takut aku lari?"

"Saje, nak jemput isteri " matanya ralit memerhati tingkah laku isterinya yang terkial-kial mengemas barang-barangnya.

Semalam Zalful ada datang melawatnya dan memberitahu serba sedikit keadaan Nendanya di luar negara. Beberapa beg pakaiannya turut di bawa oleh Zafrul. Oleh kerana itu dia tanpa bertanya lagi hanya setuju untuk tinggal dengan Lufias buat sementara waktu tambahan pula dengan keadaannya sekarang ini. Masih belum pulih sepenuhnya.

"Tik "

"Aduh!!" jerit Daniella. Di gosok dahinya yang di jentik oleh Lufias.

"Kau dah kenapa " marah Daniella.

"Yang kau mengelamun tu kenapa? Dari tadi aku bercakap sorang-sorang. " wajahnya di palingkan menghadap Daniella

"Dah kau yang banyak cakap. Dah lah jom balik, bosan duduk sini "

"Aikk macam tak sabar je " usik Lufias

"Kau fikir apa gila "

Dia ni memang kalau sehari otak tu tak biol memang tak sahkan

"Hahahaha. Kau fikir lain eh ? Aku maksudkan lain lah  " di tolak badan Daniella rapat ke dinding hospital. Nasib baik tempat yang mereka lalu tidak ada orang lain. So line clear.

"Pukk "

"Aduh!! "

"Haa tu makan dia kalau kau nak main-main dengan aku " Di tolak badan Lufias menjauh darinya. Lelaki ni memang gila. Dasar miang .

Tu lah kau dah tahu isteri tu bukan macam yang lain, nak juga main-main kan dapat makan siku free. Senak perutnya di siku oleh Daniella.

'Kalau lebam siap kau Dani '

Lufias yang ketinggalan di belakang hanya berjalan perlahan sambil menggosok perutnya. Bapak senak

Sampai di tempat parking matanya melilau mencari kelibat Daniella. Mana pulak dia menghilang ni. Ni yang bahaya biar dia jalan sorang-sorang. Daniella ni bukan boleh percaya sangat.

"Macam mana dengan Galeri .... "

"Macam suara Dani? Dia bercakap dengan siapa?" langkah di atur menuju ke arah suara tersebut. Selang dua kereta dari tempat Lufias.

'Hany '

" Dani " tegur Lufias.

"Eh sorry aku terserempak dengan Hany tadi. Kau masuk lah kereta dulu kejap lagi datang " balas Daniella lalu kembali fokus kepada Hany.

"Dani please, sampai hati kau tinggal aku sorang-sorang " rintih Hany dengan wajah cemberut.

"Sejak bila aku tinggal kau. Nanti ada masa aku datang melawat kau eh, jangan macam ni baby. " Badan Hany di peluk. Tanda memujuk.

Wanna Be My(Red Rose)Where stories live. Discover now