Readers sekalian boleh imagine rambut Miley cyrus as Engku Daniella Arisya 👆
Selepas berjumpa dengan Nakif dan Faiq. Daniella memandu keretanya ke arah vila nendanya. Walaupun jam sudah menginjak ke pukul 2 pagi. Di gagahkan dirinya untuk memandu walau dalam keadaan penat. Setelah hampir 30 minit memandu. Akhirnya kereta milik Daniella masuk ke perkarangan vila Nendanya."Assalamualaikum"
Kakinya melangkah masuk ke dalam Vila milik nendanya. Kediaman ruang tamu yang dilengkapi dengan barang yang serba mewah itu sudah cukup menunjukkan siapa diri nendanya.
Tiba-tiba baru dia teringat. waktu sudah larut malam. Sudah pasti Nenda dan juga pembantu rumah sudah enak di ulit mimpi. Lalu dia bergerak menuju ke bilik tidurnya. Selesai membersihkan diri badan di rebahkan ke atas katil miliknya.
Skip
"Morning nenda" ucap Daniella lalu melabuhkan duduk di meja makan.
"Morning eh bila sampai?" Tanya Engku Zainun yang pelik dengan kehadiran cucunya secara tiba-tiba.
"Semalam nak dekat pukul 2 pagi juga lah" cerita Daniella sambil mulutnya mula mengunyah sandwich yang di hidangkan oleh pembantu rumah.
Nendanya hanya menggelengkan kepala dengan telatah cucunya. Lewat malam baru nak datang. Siang-siang hari sibuk sangat.
"So nenda nak bincang apa? Sampai suruh Dani segera datang sini " tanya Daniella tanpa perlu tangguh-tangguh.
"Macam mana temuduga kamu? Dapat"
"So far so good Dani akan mulakan latihan dalam unit STAFOC dan bersama dengan unit tindakan Khas. Latihan akan di mulakan minggu depan. So Dani akan stay rumah nenda sebab Dani nak gunakan bilik White clone tu untuk sementara waktu. " menurut perancangannya. Latihan untuk unit STAFOC mungkin mengambil masa 4 minggu. Lagi pun sebelum-sebelum ini dia banyak berlatih untuk menggunakan senjata dan berlatih untuk berlawan. Sejak dari kecil nendanya banyak memberi didikan kepadanya supaya sentiasa mempertahankan diri. Cekalkan hati.
"Baguslah macam tu. Ingat kamu sertai unit STAFOC ni selama 4 bulan je lepas kamu dapat lesen terus letak jawatan faham" kata nendanya dengan tegas.
Dia sendiri masih belum faham sepenuhnya apa yang hendak disampaikan oleh nendanya. Menurut nendanya. Dia perlu menunggu sehingga umurnya mencecah 24 tahun. Lagi 8 bulan umurnya akan mencecah 24 tahun.
"Baik nenda. Nenda boleh Dani tahu apa yang Tan Sri Hamid lakukan pada keluarga kita?"
"Nanti kamu akan tahu. Nenda nak kamu bersabar, bila tiba waktunya. Nenda yakin kamu sendiri yang akan menuntut bela untuk keluarga kamu." Dani masih kurang mengerti dengan apa yang cuba di sampaikan oleh nendanya.
Dani hanya mengangguk pasrah dengan keputusan nendanya.
"So benda tu je nenda suruh Dani datang sini?" Soal Daniella.Soalan dari Daniella mendapat gelengan dari nendanya.
"Nenda nak kamu ke London Malam besok ""Hah? For? "
"Dapatkan bukti" jawapan dari nendanya sungguh membuatkan Daniella semakin pelik. Seketika baru dia faham apa yang cuba disampaikan oleh nendanya.
"Ok Dani faham. Dani pergi sorang?"
"Tak, nenda akan minta Zafrul teman kamu" sekarang baru Dani faham apa yang menyebabkan nendanya memanggil dia ke mari. Dia sendiri cuba untuk memastikan kesahihan benda tersebut.
"Nenda ada perkara lain yang hendak di beritahu lagi?" Pertanyaan dari Dani mendapat gelengan dari nendanya. Lalu lekas dirinya berjalan keluar dari Vila tersebut.
YOU ARE READING
Wanna Be My(Red Rose)
RomanceEngku Daniella Arisya ialah seorang yang berpewartakan kasar atau lebih tepat tomboy. Tengok sekali imbas memang orang ingat dia lelaki. Dia menjadi tomboy atas kehendak nendanya demi menyorok identiti sebenar Daniella. Sebab yang kedua kerana kisah...