part 1[ first meet]🌷

581 23 4
                                    

Dumm shrekkk!!!!

"Mummy!! Daddy!!" Panggil seorang anak kecil dalam esakan akibat luka di bahagian badan dan kepalanya.

"Mummy " ujar anak kecil itu lagi. Matanya cuba dicelik walaupun dalam kepayahan kerana terhantuk dengan kuat. Dengan sisa kekuatan yang masih berbaki anak kecil itu cuba menggagahkan dirinya untuk bergerak ke arah ibu bapanya.

Akibat dari pertembungan antara dua buah kereta tersebut menyebabkan tubuh anak kecil itu tercampak agak jauh dari keretanya. Dapat di lihat secara samar-samar tubuh ibu bapanya yang tak bergerak dan dipenuhi dengan darah.

"Mummy! Daddy no jangan tinggal isya" jerit anak kecil itu dengan lantang apabila kereta milik kedua ibu bapanya meletup di depan matanya.

"Argghh...."

"Weh kau kenapa? Mimpi benda sama lagi" kata Hany dengan tiba-tiba di muka pintu bilik aku.

Aku hanya mampu menganggukkan kepala mengiyakan pertanyaan Hany. Jantung aku terasa berdegup dengan laju, sungguh aku takut dengan mimpi tersebut. Muka aku pun aku rasa dah pucat ni. Kalau di toreh belum tentu keluar darah.

"Kau ok tak ni? " Tanya Hany lagi apabila dia mula melabuhkan punggungnya di atas katil ku. Pertanyaan dari Hany aku biarkan sepi.

"Dah dah Aku Ade ni. Malam ni aku tidur sini teman kau eh" Hany memberi kata putus apabila melihat aku hanya membatukan diri di dalam pelukannya. Tangan Hany setia menggosok belakang badan ku. Cuba untuk menyalurkan kekuatan pada diri ku.

Hiks hiks

"Weh kau nangis ke wei? Asal kau nangis? Hodoh lah giler muka kau time nangis tak payah nangis wei sumpah muka kau hodoh" kata Hany cuba untuk membuang perasaan sedih dalam diri ku.

Papp

"Aduh"

"Sampai hati kata muka aku hodoh, padahal kau tu yang lagi hodoh dari aku" balas aku apabila mendengar apa yang di katakan oleh Hany tadi.

"Haha dah kau memang hodoh masa nangis hahaha. Kau comel masa senyum je. So kau stop nangis sekarang senyum. Aku tahu kawan aku kuat." Ucap Hany sambil mendodoikan badan aku. Hany sudah mengetahui kisah hidup aku tapi tidak sepenuhnya. Jauh di sudud hati Hany kesian dengan nasib kawannya. Nama Engku Daniella Arisya cantik kan. Tapi kehidupan tak secantik namanya.

"Senyum sikit macam ni eeeee" kata Hany lagi sambil jarinya mula membuat senyuman pada bibir ku.

'Ceh main paksa-paksa pulak'

"Dah jom tidur Aku ngantuk ni. Dah lah penat aku lari tadi nak datang bilik kau" badan Hany mula berbaring di atas katil aku bersebelah dengan aku.

"Cehh jauh menda kau. Bilik kau sebelah bilik aku je 3 saat je kau nak sampai bilik aku. Agak-agak lah nak kelentong aku pun. Aku takde lah bodoh tahap kau" balas aku sambil mula memeluk badan Hany. Rasa tenang dapat memeluk Hany walau aku tau dia tak mandi lagi sejak petang semalam hmm

"Hahaha aku gurau jela. Ni apa peluk-peluk ni ingat free ke. Kena bayar ni 50 hinggi bangla " Hany mula merepek memalam buta ni.

Papp

"Aduh sakitlah dani " adu Hany sambil menggosok kepalanya yang diketuk oleh aku.

"Tu ubat untuk kau yang merapu malam-malam buta ni. Kang aku doa kau tidur dalam pelukan bangla kan"

"Eyyy kau ni agak-agak arrr tak sayang kawan weh. Tak nak aku seram syeton" kata Hany sambil buat muka geli geleman

"Haa tau takut dah tidur-tidur tadi kata mengantukkan" balas ku sambil mengetatkan lagi pelukan pada badan Hany. Bertuah aku rasa mempunyai sahabat seperti Hany. Even kami sama-sama kasar tapi aku tahu dia sayang aku. See bukti dia sanggup teman Aku tidur dalam ni huhu terharu.

Wanna Be My(Red Rose)Where stories live. Discover now