Red Roses
Gallery Niel
Pintu kaca Gallery miliknya di tolak perlahan, matanya melilau memandang setiap pelusuk Gallery Niel mencari keberadaan Hany.Badannya bergerak ke arah bahagian kiri Gallery menuju ke tempat di mana kebiasaan keberadaan Hany. Dan sangkaannya tepat sekali Hany tengah duduk di sofa sambil berborak dengan seorang customer. Dia berjalan dengan lebih dekat ke arah Hany. Matanya memberi isyarat supaya Hany datang ke arahnya.
"Maaf Encik sekejap ye " pinta Hany lalu datang ke arah Daniella. Setelah mendapat anggukan dari lelaki tersebut sosok badannya mula bangun menuju ke arah Daniella.
"Ada apa ? Jap-jap salah soalan. Kau nak pergi mana pulak kali ni?" Tanya Hany tanpa sempat Daniella memberitahunya hal sebenar.
"Hehehe aku kena balik Kg jenguk nenek aku. Tapi kau jangan risau tak lama pun 4 hari macam tu lah. So kau faham-faham lah eh" Di tangan Daniella terdapat segugus kunci lalu di serahkan kepada Hany.
"Yela aku faham sangat. Mesti kau nak aku dengan Faruq yang jaga Gallery kau kan?" Faham sangat dia dengan kawannya ini. Selalu menghilang .Dan kalau datang Gallery macam ni mesti ada amanat yang dia nak bagi ni.
"Tak bukan setakat jaga, tapi aku nak serahkan Gallery ni di bawah jagaan kau sepenuhnya sehingga masalah aku selesai boleh?"
"Apa masalah kau sebenarnya? Kau memangkan. Aku ni siapa pada kau? Kau memang tak percaya aku kan. Segala benda kau nak selesaikan sendiri " keluh Hany yang mula bengang dengan sikap Daniella.
"Tak bukan macam tu, aku dah anggap kau macam kakak aku. Tapi aku tak boleh nak cerita dekat kau. Nanti bila sampai waktunya aku akan bagitahu kau. So aku harap kau boleh handle Gallery ni. Tapi kau hanya boleh berada di Gallery ni paling lewat pukul 7 malam. And bilik 2002 tu aku tak benarkan sesiapa pun masuk faham"
"Hmm . K lah kesian customer tu tunggu lama-lama. "
"Thanks Hany. "
"No problem " balas Hany lalu melangkah meninggalkan Daniella yang masih tak berganjak dari tempat tersebut.
Kadang-kadang Hany sendiri pelik dengan sikap kawannya itu. Bila di tanya sepatah pun tak di jawab. Dia pasti ada sesuatu yang di sorokkan dalam bilik 2002 itu. Tapi dia sendiri tak boleh masuk kerana kunci tiada padanya.
°°°°°°°°°°°°°°°°
"Nenda tolong beritahu Dani dengan jelas siapa Tan Sri Hamid yang sebenarnya? Tolong lah nenda. Fine kalau nenda taknak cakap Dani taknak pergi London. "
"Umur kamu masih mentah Dani. Nenda takut kalau nenda beritahu kamu. Kamu akan buat perkara yang tak sepatutnya. " balas nendanya bukan dia tak kenal dengan cucunya itu. Seorang yang panas baran. Dia takut cucunya itu akan membuat kerja gila dengan membunuh Tan Sri Hamid. Apabila mengetahui perkara sebenar.
"Apa yang nenda takutkan sebenarnya? Cuba bagitahu Dani?" Desak Dani lalu bangun berdiri di depan nendanya.
"Nenda takut keselamatan kamu terancam. Nenda tak nak mereka kenal kamu. Nenda tak nak Tan Sri Hamid tahu kamu itu anak Engku Gabniel sebab itu nenda paksa kamu untuk ubah penampilan kamu. Kalau kamu nak tahu di mata semua orang kamu itu sudah mati. " kata nendanya keras.
"Maksud nenda?" Dani semakin pening dengan apa yang cuba Hamid sampaikan oleh nendanya.
"Kamu ikut nenda" Engku Zainun bergerak ke arah bilik tidurnya di ikuti oleh Daniella di belakang.
Bilik nendanya di masuki . Engku Zainun bergerak ke arah meja kecil. Lalu lacinya dibuka."Nah kamu baca" hulur nendanya.
Daniella menyambut keratan akhbar tersebut lalu memerhatikannya dengan lebih teliti.
"Apa semua ini nenda. Dani masih tak faham"
'TIGA BERANAK MAUT DALAM SATU KEMALANGAN'
' kejap nenda ada bagitahu arwah mummy dan daddy meninggal dalam sebuah kemalangan dan dia sempat terselamat kerana badannya tercampak agak jauh dari kereta mummy dan daddynya.' Kata Daniella dalam hati.
"Ini mummy dan daddy? " soal Daniella kepada nendanya.
Pertanyaan dari Daniella mendapat anggukan dari nendanya. Tapi yang membuatkan dia pelik kenapa dalam surat khabar ini tiga beranak yang meninggal?
"Tapi kenapa--
" Nenda beritahu pada semua yang kamu meninggal kerana tak nak orang yang merancang kemalangan ibu bapa kamu tu tidak tahu akan keberadaan kamu"
"Hah!! Di rancang? Maksud nenda"
"Kemalangan semasa kamu kecil itu di rancang oleh seseorang. Tapi nenda masih tidak tahu punca yang sebenar. Menurut dari penyiasat nenda. Orang yang merancang mempunyai dendam terhadap ayah kamu dan ingin membunuh semua keturunan Engku Gabniel termasuk kamu. Dulu ayah kamu menyedari hal ini lebih awal dan cuba menyelamatkan kamu dengan cuba menghantar kamu ke luar negara. Tapi tidak sempat kerana mereka merancang kemalangan itu."
Kini baru Daniella faham apa yang cuba di sorok oleh nendanya. Semuanya demi kebaikan dirinya sendiri.
"Adakah ini yang nenda hendak beritahu Dani apabila umur Dani mencecah 24 tahun?"
"Iya kerana pada umur itu segala harta arwah ayah kamu akan ditukarkan atas nama kamu"
"Adakah orang yang merancang kemalangan mummy dan daddy ada kena mengena dengan Tan Sri Hamid. " persoalan dari Daniella mendapat anggukan dari nendanya.
"Sebab itu nenda nak kamu ke London untuk menjejak orang suruhan Tan Sri Hamid supaya kamu mendapat lebih banyak bukti. Tapi orang mereka kuat-kuat. Sebab itu nenda asuh kamu dari kecil supaya menjadi sebagaian dari DAA . Di London kamu akan belajar serba sedikit tentang DAA. "
Dada Daniella terasa sesak dengan berita yang di beritahu oleh nendanya ini. Patut lah hampir setiap malam mimpi tentang kemalangan arwah mummy dan daddynya masih menghantui dirinya sampai kini. Air mata yang hampir menitis di tahan olehnya.
"Tapi kenapa nenda perlu sorok benda penting macam ni dari Dani?"
"Nenda tak nak menggangu pembelajaran kamu. Tapi yang buatkan nenda risau menurut dari apa yang Zafrul bagitahu nenda Tan Sri Hamid sudah tahu yang kamu masih hidup. Tapi tidak mengenali kamu. So nenda harap kamu berhati-hati. Kamu je satu-satunya cucu nenda yang tinggal" ucap nendanya lalu memeluk Daniella.
"Baik nenda, Dani akan berhati-hati. Dani nak orang tersebut mendapat hukuman yang setimpal seperti apa yang mereka buat pada keluarga Dani"
Matanya penuh dengan dendam sekarang ini. Dia tak akan sesekali melepaskan orang seperti Tan Sri Hamid itu hidup tenang dan selesa. Hutang nyawa di balas nyawa.
Tapi sebelum nyawa lelaki tersebut melayang dia nak pastikan lelaki tersebut di seksa terlebih dahulu. Dia nak lelaki tersebut rasa bagaimana rasa sakitnya kehilangan orang yang tersayang. Lagi-lagi kematian itu di rancang. Dia memang tahu jodoh, ajal, dan maut semua di tangan Allah dia tetap ingin menuntut keadilan untuk mummy dan daddynya.
Dia sendiri akan cuba merungkaikan apa alasan yang sebenar mendorong kepada penyebab Tan Sri Hamid benci terhadap daddynya.
Done vote pls
YOU ARE READING
Wanna Be My(Red Rose)
RomanceEngku Daniella Arisya ialah seorang yang berpewartakan kasar atau lebih tepat tomboy. Tengok sekali imbas memang orang ingat dia lelaki. Dia menjadi tomboy atas kehendak nendanya demi menyorok identiti sebenar Daniella. Sebab yang kedua kerana kisah...