Part 9 [ Hotel ]

227 14 2
                                    

Red roses

Hari ini seperti yang di janjikan oleh Daniella. Dia akan turut serta dengan program yang di anjurkan oleh syarikat Dy Holding. Macam nak terHold je kepala hotak Daniella. Nak buat macam mana terlanjur perahu boleh di undur, terlanjur kata beginilah nasibnya. Segala barang-barang keperluan sudah di packing. Rasa malas la pulak nak pergi. Hatinya rasa lain macam je harini. Nasib lah 2 hari 2 malam je dekat sana.

"Hany? Mana kau, lambat lah kau ni bersiap macam pompuan" laung Daniella dari ruang tamu.

"Hello aku memang perempuan ok dan KAU PUN POMPUAN, SEDAR DIRI SIKIT. " bidas Hany dari dalam bilik.

"Eh ye tak ye jugak "

"HA-HA-Ha" gelak Daniella. Bunyinya agaklah menyakitkan hati pendengar, kerana kedengaran sangat tidak ikhlas.
Dia nak gelak tapi malas, haa begitu lah jadinya. Fikirannya mula mengimbas kembali perbualannya dengan nenda beberapa hari lepas.

Alhamdulillah nendanya sudah sedarkan diri dan sudah hampir sembuh sepenuhnya. Umur nendanya yang hampir mencecah 58 membuatkan jantung nendanya agak rapuh akibat di mamah usia, kut!

Menurut nenda orang yang menelefon nenda itu adalah Tan sri Hamid sendiri. Terkejut juga dia dengan perkhabaran itu. Katanya dia akan membunuh cucu kesayangan Nenda. Walaupun nenda sangat pasti yang Tan sri hamid masih belum dapat mengenalpasti wajah cucunya. Jikalau tidak sudah tentu Daniella telah di apa-apakan. Nendanya kenal sangat dengan perangai Tan sri Hamid. Tidak ada istilah 'belas kasihan'. Namun dia pasti lambat laun lelaki itu akan mengetahui siapa anak kepada Engku Gabniel .Maknanya Daniella lah, kerana dia je satu-satunya cucu nenda.

Nendanya ingin mengupah bodyguard untuknya. Namun dia menolak kerana dia rasa dia mampu untuk menjaga diri sendir, dengan segala seni mempertahankan diri. Lagi pula dia sudah mengupah Faiq dan naqif untuk menjaga dirinya.

Nenda yang tidak bersetuju pada mulanya, akhirnya bersetuju dengan pilihan cucunya.

"Tapi kamu harus janji dengan nenda. Jangan ada walau satu kesan luka pun pada badan kamu, Nenda tak nak kehilangan satu-satunya cucu nenda"

Itulah pesanan terakhir dari nenda untuknya. Sebelum dia memberitahu dia akan turut serta dengan aktiviti yang di dilakukan oleh Dy Holding. Menurut Lufias di majlis tersebut akan ada satu slot untuk Tan sri Hamid bermadah kata. Sebagai orang yang telah berjasa besar menyumbang share kepada Syarikat Dy Holding sehingga maju kini.

Kata Lufias Jasa Tan Sri Hamid sangat besar kepada syarikatnya.

"Oii makcik dah sampai mana ? " teguran dari Hany mematikan lamunannya.

Patutlah dari tadi aku duk laung nama dia, tak bersahut. Rupa-rupanya tengah mengelamun tak hingat dunia. Aku rasa makcik yang jual dekat seberang jalan sana pun dengar aku jerit nama minah ni. Nasib baik sayang.

" Hah? Sampai mana apa? Kita belum pergikan" balas Daniella dengan polos. Muka acah-acah suci di tayangkan kepada Hany.

"Ee kau ni kan memang, benci ah macam ni" Rajuk Hany lalu duduk di sofa yang bertentangan dengan Daniella. Mukanya sengaja di palingkan dari Daniella.

Wanna Be My(Red Rose)Where stories live. Discover now