part 13[ weak ]

159 10 5
                                    

Red roses

Hari ni pagi-pagi lagi Lufias sudah berada di wad yang menempatkan isterinya. Isterinya masih belum sedar. Risau dia dengan keadaan isterinya yang berbalut pada bahagian tangan kanan dan juga bahagian perut. Tangannya teragak-agak untuk menyentuh tangan si isteri. Akhirnya dia membuat keputusan untuk pergi membeli makanan. Manalah tahu dia sedar hari ni.

Semalam semasa berborak dengan nenek Dani. Nenek Dani meletakkan kepercayaan kepadanya agar menjagakan Dani sementara Neneknya ada urusan yang hendak di selesaikan. Tapi bukan dekat sini. Sebab itu Nenek Dani memintanya menjaga Dani sepanjang ketiadaan dia di sini.

"Lufias"

"ya nek"

" Tolong jagakan Dani untuk nenek boleh?"

"Insya Allah. Diakan isteri saya " balas Lufias pelik. Dah bini aku kena lah jaga.

"Baguslah kalau kamu anggap dia sebagai isteri kamu. " lemah senyuman yang menghiasi bibir Nenda.

"kenapa nek? Saya tahu perkahwinan kami bukan pilihan kami. Tapi kalau semua ini sudah tertulis, saya akan anggap dia adalah jodoh yang di hantar untuk saya " Jelas Lufias menerima segala kententuan yang telah di tetapkan untuk mereka.

"Takde apa-apa, sekarang Nenek yakin kamu adalah orang terbaik yang boleh jagakan cucu nenek. Kami ramai musuh, jadi Dani adalah mangsa semua orang. Tolong pastikan dia sentiasa selamat ya "

"Musuh.. " ayat Lufias tergantung apabila perbualan mereka di potong oleh satu suara

"Nenda, ayah saya sudah sedar " sampuk satu suara.

"Nenek pergi dulu ye, nanti kalau ada masa kita borak lagi "

'Nenda'

Perbualan mereka tamat apabila nenek Dani di bawa ke wad yang lain. Siapa di sana?

.............................

Pintu wad di tolak. Terkejut dia apabila matanya di sapa dengan susuk tubuh seorang wanita. 'Hany'

Hany mencium pipi kiri isterinya.
"Dani bangun lah, aku rindu kau wei. Asal la kau ni berani sangat " teresak-esak Hany menangis di bahu Daniella.

"Kau tau tak aku risau sangat bila dapat tahu kau kena tembak. Tolong jangan sakit lagi please" kedua- dua pipi Daniella di usap.

"Aku suka kau " bisik Hany namun masih dapat di tangkap oleh Lufias butir bicara Hanny. Sekali lagi dahi Daniella dikucup Hany.

Damm!!

Terus Lufias keluar dari wad tersebut dan bersandar di dinding. Betul ke apa yang dia dengar tadi? Mungkin suka sebagai kawan maybe. Pintu wad di ketuk sebelum memboloskan diri ke dalam wad.

"Eh Hany bila sampai " tegur Lufias acah-acah terkejut.

"Erk Lufias, baru je " kesan air mata di pipi di sapu dan mengundurkan diri setapak dari katil hospital.

Suasana mula menjadi janggal apabila masing-masing mendiamkan diri.

"Err kau dah makan? " tanya Lufias yang sedar akan pandangan Hany terhadap isterinya. Entah betul ke tidak apa yang dia nampak dari pandangan yang di hantar oleh Hany kepada isterinya.

Wanna Be My(Red Rose)Where stories live. Discover now