Red roses
Hari ini ialah hari terakhir Daniella berada di pusat latihan STAFOC. Menurut nendanya selesai sahaja latihan dia perlu segera melepaskan diri. Daniella mula menanggalkan segala pakaian seragamnya. Meletakkan pistol kembali ke tempat asalnya dan meninggalkan pusat latihan tersebut.
Kereta miliknya dipandu menuju ke rumah nendanya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Gagang telefon diletakkan ditelinganya.
"Hello"
"Hah what ? So nenda dekat mana sekarang ni? ""Haa ok saya datang segera"
Steteng keretanya dipusing untuk menukar arah perjalanannya. Kereta di pandu ke hospital. Hampir berhenti sahaja jantungnya apabila pembantu rumah nendanya menelefon, katanya nenda terkena serangan jantung. Punca berlakunya masih tidak di ketahui.
[Hospital Besar Cendana ]
Kakinya di hayung laju menuju ke arah wad peribadi neneknya. Apabila ternampak Zafrul laju bahu lelaki itu di tarik.
"Macam mana nenda boleh kena heart attack ?"
"Nenda tak pernah ada penyakit jantungkan?" Asak Daniella lagi dengan soalan kedua di ajukan kepada Zafrul. Orang kepercayaan nendanya.
"Cik muda, menurut pembantu rumah. Engku rebah sejurus mendapat panggilan telefon. Saya syak panggilan tersebut dari orang sama yang kita cuba jejak. Tapi Cik Muda jangan risau nombor yang digunakan untuk menelefon nendasedang saya kenal pasti. Tapi masih tidak ada jawapan sedang saya
"Hmm"
Keluhan berat terlepas dari bibir Daniella. Sungguh dia risaukan keadaan nenda. Hanya nendalah satu-satu ahli keluarganya yang tinggal. Tidak dapat dia fikirkan apa yang akan terjadi pada dirinya jikalau nendanya tidak ada. Nenda adalah segalanya bagi Daniella. Air matanya hampir menitis memikirkan keadaan nenda.
Air mata yang keluar disapu perlahan. Kepala ditundukkan bagi menyembunyikan matanya yang merah dari diketahui oleh zafrul. Malu untuk menangis di hadapan lelaki itu.
'Walawei tomboi pun ade perasaan ke? takyah lah kau nak malu dengan Zafrul tu'
Bisik hati Daniella.'Arhh jatuhlah imej aku nanti, '
'Tapi kau still pompuan , even takde dalam list pompuan melayu terakhir so buat apa nak malu'
Daniella berdebat dengan perasaan sendiri.
Sedang asyik berdebat seorang doktor muda keluar dari bilik rawatan nendanya. Bergegas Daniella bangun bagi mendapatkan doktor muda tersebut.
"Bagaimana keadaan nenek saya doktor" asak Daniella melulu. Orang suruhan nendanya hanya berdiri tegak sekadar memerhatikan tindak tanduk cucu majikannya.
"Jantungnya dalam keadaan lemah sekarang ini , dan kami perlu sentiasa membuat pemantauan. Jadi kami sarankan nenek kamu dilakukan pembedahan dengan segera kerana nenek awak belum melepasi keadaan kritikal.
YOU ARE READING
Wanna Be My(Red Rose)
RomanceEngku Daniella Arisya ialah seorang yang berpewartakan kasar atau lebih tepat tomboy. Tengok sekali imbas memang orang ingat dia lelaki. Dia menjadi tomboy atas kehendak nendanya demi menyorok identiti sebenar Daniella. Sebab yang kedua kerana kisah...