part 14 [ Caring ]

156 11 2
                                    

Red roses

Harini ialah hari kedua Daniella berada di hospital. Kepalanya masih terasa berat, mungkin kesan daripada tembakan ini kut tebaknya.

Baru dia cuba untuk  bergerak turun dari katil tiba-tiba pintu wad di tolak dari luar.
'cer teka sapa'

'tak bosan ke mamat ni datang wad ni je memanjang .Aku pun dah naik menyampah  duduk sini, dia boleh pulak buat hospital ni macam rumah kedua dia '

"Nak kemana ?" tanya si empunya badan.

"Nak ke tandas, kenapa nak ikut?"

"Boleh ke?"

"Kau teringin nak makan pakai wayar ke apa ni"

"Amboi sakit-sakit pun garang juga eh kau "

Jelingan maut di hadiahkan kepada sang suami yang tah lah dia pun pelik dengan mamat ni sekarang tiba-tiba baik semacam. Dulu kemain cakap jangan muncul depan dia lah apa lah. Alih-alih macam ni pulak jadi. Pening kepala nak fikir labu.

Aabila bayang-bayang Daniella menghilang di sebalik pintu tandas wad. Tersengih-sengih Lufias sambil tangan memegang dada.

'Sexy betul jelingan dia auch ' 

Tersengih-sengih Lufias macam beruk hutan. Nasib baik muka kau hensem.

"Dah kenapa sengih sorang-sorang pula ni. Haish pelik betul perangai manusia zaman sekarang. "

Tersedar Lufias dengan kelakuan diri sendiri.

'Haduh jatuh standard'

"Takde pape "dibantu Daniella untuk duduk semula di katilnya.

"Takpe aku ok lagi ni " Lufias hanya senyum sahaja dengan ayat yang keluar dari mulut si isteri. Petanda dia di tolak ke ni?. Takpe sabar itu indah babe. Sabar ye wahai hati .

"Nah aku ada belikan sarapan untuk kau makan lah " di hulur plastik makanan tersebut ke arah Daniella.

"Terima kasih" Daniella dah malas nak bahas apa-apa dah orang bagi makanan terima jela. Jangan nak banyak songeh. Apa-apa isi perut dulu. Kan kalau gaduh ke apa senang at least perut dah kenyang nak marah pun puas hati.

Dibuka plastik makanan tersebut dan....

'haish kenapa ada daging hmm aku tak makan daging '

"Kenapa tutup balik " Tanya Lufias pelik.

"Erk aku lupa aku dah makan tadi. MAKANAN HOSPITAL bapak power, sedap sampai menjilat ibu jari kaki ni hah "  di angkat kakinya ke arah Lufias. Terkejut beruk kawan tu. Bertuah punya isteri.

'Ya allah isteri aku ke ni dasyat beno '

" Ke ada yang tak kena dengan makanan ni? " soal Lufias musykil.

" Aku tak makan daging sebenarnya. Tapi takpe aku still boleh makan. Daging-daging tu nanti aku asingkan. "

"La. Yeke? Sorry Dani aku tak tahu. Aku pergi beli yang lain jela kau tunggu jap eh " baru Lufias nak bangun dirinya di tahan oleh Daniella.

Wanna Be My(Red Rose)Where stories live. Discover now