part 19 [ Hany ]

75 6 2
                                    

tukRed Roses

Daniella yang baru sedar setelah hampir 3 hari selepas kejadian di bar The Wain terpinga-pinga memandang ke arah sekeliling hospital. Bau ubat yang sangat kuat menusuk kedalam rongga hidungnya. Fikirannya menerawang mengimbas kembali kejadian beberapa hari yang lepas.

Zafrul yang perasan akan pergerakan yang di lakukan oleh Engku Daniella Arisya mula bergegas ke arah katil Daniella.

" Dani... Dani dengar tak suara saya ni?" tanya Zafrul yang cemas melihat keadaan Daniella yang senyap itu. Dia yang mula panik menekan butang merah di bahagian kepala katil Daniella. Setelah itu seorang doktor datang diikuti beberapa orang nurse di belakang doktor.

"Bagaimana keadaan dia doktor ?" tanya zafrul dengan tergopah-gopah. Yela dia masih lagi rasa bersalah kerana gagal melindungi majikannya. Cik Muda sanggup menggadaikan nyawanya untuk menyelamatkan ayahnya daripada mangsa penculikan oleh Tan Sri Hamid. Tapi dia sebagai orang yang di amanahkan untuk melindungi majikannya telah gagal untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut. Sungguh dia kesal.

"Alhamdulillah pesakit telah sedar sepenuhnya, tapi beri pesakit sedikit masa untuk pulih sepenuhnya". Ujar doktor kepada zafrul

"Baik doktor, terima kasih "

"Sama-sama "

Setelah itu nombor telefon Nenda di cari untuk memaklumkan Nenda berita gembira ini.

Bunyi pintu wad di tolak mengejutkan Zafrul.

'Sape pulak yang datang ni. Takkan nenda awal betul. Takkan Nenda race atas jalan tu'

Seketika tersembul wajah Tengku Lufias Naufal suami kepada Daniella. Dengan teragak-agak Lufias melangkahkan kaki ke arah katil Daniella.

"Nenda call aku cakap Dani dah sedar" ujar Lufias setelah mendapat tatapan maut daripada Zafrul menandakan
'kau pehal datang sini '

Haa pandai kau cipta dialog sendiri ekk. Padahal Zafrul tu ok je sebenarnya.

"Oh ok laa kalau macam tu aku tinggalkan korang sekejap. Aku pergi cari makanan mana tahu lepas sedar nanti dia lapar. Aku gerak dulu bro " bahu Lufias di tepuk sekali sebelum Zafrul melangkah keluar dari wad tersebut.

Kata-kata dari Zafrul hanya mendapat anggukan daripada Lufias.

Setelah itu katil yang menempatkan si isteri di dekati. Wajah putih pucat itu di tenung. Rindu sangat dia pada wajah cantik itu. Tangannya naik membelai wajah si isteri. Sungguh dia rasa bersalah sebagai seorang suami kerana gagal melindungi isteri yang di amanahkan kepadanya. Dengan lebam di bahagian dagu, kesan biru di leher dan banyak lagi.

"Awak cepat sembuh tau. Saya nak minta maaf atas kelakuan saya sebelum ini. Saya sedar saya tak sepatutnya berkasar dengan awak masa tu. Tapi hati saya sakit sangat masa tu. Sakit melihat awak isteri saya berada dalam dakapan lelaki yang mencintai awak. " Sebak tiba-tiba menyebu di dada mengingati kejadian di hadapan Galeri Niel.

Tiba-tiba terdapat pergerakan dari tangan Daniella.

"Dani... Dani " panggil Lufias setelah melihat Dani yang cuba membuka matanya dengan susah payah.

"Erkk.. uhhhh Ha... Hany dekat mana " Hanya nama Hany yang terlintas di kepalanya sekarang ini. Sesungguhnya dia risaukan keadaan sahabatnya itu.

Halai sedar-sedar je cari orang lain dulu. Suami dekat depan ni dah tak kenal ke macam mana?. Mohon bertabahlah wahai hati.

"Dani" panggil Lufias lembut. Pandangan matanya lunak memandang ke arah si isteri.

"Hany mana? Kau buat apa dekat sini? Mama kau tak marah ke kau datang melawat aku " tanya Dani bertalu-talu.

Wanna Be My(Red Rose)Where stories live. Discover now