Red rose
"Assalamualaikum ayah " ucap Zafrul melalui telefonnya.
"Waalaikumussalam ada apa Rul?" tanya ayahnya Encik Zulkarnain.
"Ayah tolong sampaikan kepada Engku ye. Zaf--Zafrul malu nak bersua dengan Engku kerana gagal melindungi Cik Muda " Terketar-ketar Zafrul meluahkan rasa yang terbuku di hatinya.
"Sampaikan apa? Ayah tak faham ?"
"Engku Daniella dia dekat hospital " terasa beban di bahunya hilang sedikit. Apabila dapat memberitahu ayahnya tentang perkara ini.
"Hah kenapa boleh jadi macam tu?". Bingung ayahnya.
Akhirnya Zafrul memberitahu ayahnya segala apa yang telah berlaku. Ayahnya kini berada di London bersama Nenda Daniella Arisya bagi meninjau keadaan hotel di sana.
"Ok nanti ayah cuba sampaikan kepada Engku. Kamu jaga Engku Daniella baik-baik dekat sana " pesan Encik Zulkarnain.
"Baik ayah "
"Zafrul bagaimana keadaan Dani? Dia ok tak?" Tegur Faruq tanpa sempat dia melabuhkan punggung di sebelah Zafrul.
Semalam selepas kejadian tersebut dia tidak pergi kemana hanya setia menunggu di luar wad yang menempatkan Daniella. Dia rasa bersalah kerana gagal menjalankan amanah yang di beri oleh Engku. Rambut di raup ke belakang.
"Dani belum sedar lagi . Hany macam mana ok ?"
"Dia baru je sedar. Tapi dia masih trauma. Kesian dia. Kau daripada semalam tak balik ke ?" Tanya Faruq yang perasan akan keadaan Zafrul yang masih sama seperti semalam. Tapi masih mengekalkan imej kacaknya. Rambut masih kemas.
"Tak " balas Zafrul sepatah.
"Kau balik lah dulu. Aku tolong perhatikan Dani. Aku tengok kau macam tak mandi lagi ni. Makan pun belumkan "
"Takpe aku ok " balas Zafrul.
"Percaya dekat aku bro. Aku akan jaga Dani seperti nyawa aku sendiri. Aku sayang dia. Kau balik mandi makan-makan apa semua then kau datang balik " ucap Faruq lagi. Kini dia sudah mengetahui tentang keluarga Dani. Itupun dari Hany. Daniella Arisya datang dari keluarga Engku. Dan Zafrul adalah orang yang di upah oleh Nendanya untuk menjaga keselamatan Daniella Arisya.
Akhirnya Zafrul akur dengan arahan Faruq. Betul juga. Lebih baik dia membersihkan dirinya dahulu. Kembalikan tenaga lepas tu baru boleh nak jaga Daniella Arisya balik.
..........................
"Naufal tak nak makan dulu ke ?" tegur Tengku Hanifah kepada anak lelakinya yang sedang menuruni tangga.
"Takpe lah mama Naufal breakfast dekat office. Naufal ada meeting pagi ni " tie di betulkan sedikit sebelum coat di sarungkan ke badannya.
"Naufal, kamu tak payah nak fikirkan sangatlah pasal perempuan tu. Mama nak kamu fokus dekat Needznen faham " dalam kekalutan anaknya itu sempat dia memberi pesanan. Dia melihat apa yang berlaku semalam. Senang hati dia melihat menantunya itu akhirnya keluar dari rumah ini. Tidak perlu dia memikirkan rancangan lain untuk menghalau menantu tak di iktirafnya itu.
YOU ARE READING
Wanna Be My(Red Rose)
RomanceEngku Daniella Arisya ialah seorang yang berpewartakan kasar atau lebih tepat tomboy. Tengok sekali imbas memang orang ingat dia lelaki. Dia menjadi tomboy atas kehendak nendanya demi menyorok identiti sebenar Daniella. Sebab yang kedua kerana kisah...