part 6 [ Identity]

173 14 3
                                    

Red Roses

"Hello Lufias? Kau dekat mana "

"Dah nak sampai ni tengah cari parking. Syuk dah sampai belum?"

"Belum aku sorang-sorang je ni"

"Dia tu memang selalu lambat. Gaya macam ada bini dekat rumah" bebel Lufias

"Kau pun sama" Bidas daniella

Tanpa menunggu balasan dari lufias terus di off panggilan tersebut.

Terus senyap Lufias apabila Daniella berkata begitu. Sejak kejadian Daniella menyelamatkan hubungan mereka semakin rapat. 

Untuk seketika kerusi di hadapan Daniella di tarik. Tidak perlu dongakkan kepala dia sudah daniella tahu gerangan yang duduk di hadapannya ini.

"Kita nak tunggu syuk or order dulu ni? " tanya Daniella kepada Lufias

"Kita order dulu lah, kalau tunggu dia tidak tahu bila dia datang tu"

"Yela"

.........

"So apa benda ajak aku dengan Daniel datang ni? " soal Syukri memulakan perbualan setelah selesai makan.

"Begini syarikat aku ade buat aktiviti macam tahun lepas-lepas la. Tapi tahun ni aku ingat nak buat dekat pulau lah"

"Ohh aku dah faham" Syukri faham sangat apa yang nak di sampaikan oleh Lufias. Tahun-tahun sebelum ini pun Lufias wajib mengajak dia untuk sertai aktiviti yang di anjurkan oleh syarikat tersebut.

"Aku tak faham " sampuk daniella tiba-tiba. Sungguh dia tak faham, kalau ajak dia datang ni sebab nak cakap pasal kerja baik dia tak payah datang. Menyesal pulak setuju nak jumpa.

"Begini aku nak ajak korang berdua untuk sertai dalam aktiviti tu nanti. Kalau kau orang nak ajak family or kawan-kawan korang pun boleh, lagi pun aktiviti tu di sertai oleh semua kaki tangan syarikat aku. So dorang pun bawak family masing-masing. So aku ni cuma ada korang je so aku nak ajak korang lah" terang Lufias mengharapkan persetujuan dari Daniel

Mata Lufias masih tidak lepas dari memandang Daniel.Dengan cap di atas kepala, lengan baju kemeja yang di lipat hingga paras siku. Tiba-tiba pandangan mata Daniel terarah tepat pada matanya membuatkan hatinya terasa sesuatu. Dia sendiri pun tidak pasti dengan perasaan tersebut.

Hubungan dia dengan Daniella baru mencecah 2 bulan tapi dia selesa dengan perwatakan lelaki tersebut. Walau kadang-kadang dia pelik dengan tingkah laku lelaki itu. Tapi dia cuba berfikiran positif.


"Aku perlu datang ke? Kalau tak datang? " tanya Daniella lalu menyisip minuman miliknya.

"Perlulah kau kan kawan aku" balas Lufias laju.

"Tapi aku kan orang luar. Tak pelik ke?"

"Aku pun orang luar rilek ah, aktiviti tu macam aktiviti rehatkan minda je. " kata Syukri cuba meyakinkan Daniella bagi pihak Lufias.

"Nanti lah aku fikirkan" balas Daniella.

Daniella sendiri mengaku dia agak selesa dengan dua jejaka di hadapannya kini. Walaupun dia seorang wanita tapi dia rasakan dirinya benar-benar seorang lelaki sekarang ini. Walaupun dia mempunyai sebab tersendiri untuk dekat dengan Lufias.

"Ala kau ni macam ade bini dekat rumah. Jom lah join kitorang. Kau duduk rumah bukan buat apa-apa pun kan hujung minggu macam ni ." gila aku ni perempuan nak ada bini menda kalau suami takpe lah juga. Tapi bukan salah dorang aku yang merahsiakan identiti diri sendiri.

"Yela. So bila benda ni?"

"Sabtu ni, tak lama pun 3 hari 2 malam. Ala kira macam pergi bercuti je" balas Lufias

Syukri sekadar menganggukkan kepala menyokong kata-kata Lufias. "Eh papa kau tak balik lagi ke?" Tanya Syukri tiba-tiba mengubah topik perbualan mereka.

"Dah 3 hari lepas dia balik sekali dengan Tan Sri Hamid. Kenapa kau tanya? "

"Takde lah saja lama dah aku tak jumpa papa kau. Maklumlah papa kau tu selalu sangat ke luar negara." Tanya Syukri

"Nak buat macam mana dah tu memang kerja dia. Sampai anak sendiri terabai. Sibuk sangat kejar harta duniawi. "

"Tan Sri Hamid tu bekerja dalam satu syarikat ke dengan ayah kau" tanya Daniella tiba-tiba.

"Tak lebih kepada rakan kongsi " jelas Lufias.

Ring ring

"Sekejap aku jawab call "

Tertera nama Faiq pada paparan skrin telefon pintarnya. Pasti ada sesuatu yang hendak di beritahu.

"Ada apa kau call aku " tanya Daniella setelah kedudukannya agak jauh dari Syukri dan Lufias.

"Saya dapat maklumat dari Amirul. Dia kata anak-anak buah Tan Sri Hamid sedang berusaha mencari anak Engku Gab sekarang ni. Tapi mereka masih tidak mengetahui siapa gerangan tersebut. Bos nak saya bagitahu hal ini kepada Engku ke?"

"Tak payah, aku taknak dia risaukan keselamatan aku nanti " balas Daniella
"Selain dari tu Amirul takde bagi apa-apa maklumat lain?" Tanya Daniella lagi.

"Takde lagi setakat ni. Itu saja bos" balas Faiq

Sekarang Daniella perlu berhati-hati supaya identitinya tidak terdedah dengan begitu senang. Silap-silap nyawanya akan melayang dengan begitu sahaja. " ok aku nak apa-apa maklumat kau maklumkan pada aku awal-awal "

Setelah menamatkan perbualan Daniella kembali ke meja mereka bertiga tadi.

"Sorry "

"Takde hal lah " kata dua jejaka itu serentak.

°°°°°°°°°

"Dani kau dari mana?  " tanya Hany apabila melihat kelibat Daniella di muka pintu rumah sewa mereka.

"Balik dari jumpa Lufias " jawab Daniella lalu merebahkan dirinya di atas sofa.

"Kau ada apa-apa ke dengan dia? Ada jugak selera dia tengok kau eh"

Terdengar Hany gelak selepas mengeluarkan ayat terakhir dari mulutnya.

"Dia belum tahu lagi lah aku ni perempuan. Biarlah aku lagi selesai kalau dia kenal aku sebagai Daniel"

"La bukan kau kata hari tu nak bagitahu dia diri kau yang sebenar?" Tanya Hany yang musykil dengan sahabatnya itu.

"Kan aku dah kata aku lagi selesa kalau dia kenal aku macam tu"

Terangguk-angguk Hany mendengar kata-kata dari Daniella.
"Kau ni sejak ada kawan baru lupa kitorang ekk. Faruq tu selalu datang cari kau dekat Gallery "

"Hah cari aku buat apa? " kata-kata kiasan dari Hany di abaikan dia lebih tertarik dengan nama Faruq.

"Tah mana aku tahu. " akhirnya Hany bangun menuju ke arah dapur meninggalkan Daniella merehatkan diri di ruang tamu.

Daniella sedar dia kurang meluangkan masa dengan Hany mahu pun Faruq. Tapi kengkangan masa yang di hadapi membuatkan dia tidak sempat walaupun kadang-kadang sekadar berbual-bual. Dengan latihan untuk STAFOC. Dengan keselamatan dirinya sendiri. Lagi pun dia baru balik dari London. Yang membuatkan dia kesal dia tak sempat menjejaki keberadaan musuhnya. Lagi dua minggu dia akan mula berasa agak lega kerana latihan untuk unit Polis persendirinya akan tamat pada minggu depan dan selepas seminggu dia akan meletakkan jawatan. Dia akan memulakan latihan dengan pasukan DAA. Ini semua atas kehendak nendanya supaya dia mendapatkan lesen kebebasan memiliki pistol.

Done

Wanna Be My(Red Rose)Where stories live. Discover now