Red roses
Tak terkata Hany dengan luahan dari Daniella. Yang berkaitan ibu dan ayah dani meninggal ketika dia masih kecil dia tahu. Tapi yang kematian di rancang ini tidak pula dia tahu. Setelah di desak kerana Daniella cerita hanya separuh jalan akhirnya Daniella membuka mulut untuk menceritakan segala tentang keluarganya. Sekarang baru dia faham kenapa Daniella selalu menghilang dan kemana perginya Daniella. Dulu selalu sangat acah-acah balik kampung. Padahal kampung dia tu dekat sini ja. Kawasan perumahan elit di teres Taman Aemon
"Kenapa kau tak bagitahu aku perkara yang sebenar. Kau anggap aku siapa sebenarnya Dani? "Sungguh dia agak terkilan dengan Daniella kerana merahsiakan perkara itu darinya. Dia sudah anggap Daniella lebih daripada kawan.
Hany berdiri lalu berura-ura untuk bergerak namun pergerakkannya terbantut apabila Daniella memegang pergelangan tangannya dan menarik Hany menghadap ke arahnya.
"Aku minta maaf, aku tak bermaksud nak merahsiakan semua ni dari kau. Tapi percayalah aku sayangkan kau" ucap Daniella lalu memandang ke dalam anak mata Hany.
"8 tahun persahabatan kita tau. Sekarang aku tak nak ada rahsia antara kita, aku sayangkan kau lebih dari seorang kawan " ucap Hany jujur yang turut memandang ke dalam anak mata Daniella. Lalu dia melarikan matanya. Mata Dani terlalu menawan baginya. Salahkah baginya untuk berperasaan begini sesama jantina?
"Yela aku janji. Dah jom kita pergi dekat wad nenda aku kita tunggu dekat sana. Rasanya lagi 3 jam lebih pembedahan tu siap la." Kata Daniella lalu bergerak mendahului Hany. Terkejar-kejar Hany menyaingi langkah Daniella dan tangan kiri gadis itu dipeluknya. Mereka berjalan seperti pasangan kekasih. Pandangan orang sekeliling tidak dihiraukan.
Sesampai di wad mereka melabuhkan duduk sementara menunggu pembedahan selesai.
"Kau takyah fikir sangat lah, nenek kau akan ok. Kita doa banyak-banyak. " pujuk Hany sambil menggosok belakang Daniella
"Emm "
Daniella yang selesa di perlakukan begitu mula melabuhkan kepalanya di bahu Hany. Zafrul yang setia menunggu sejak tadi hanya memandang sekejap ke arah dua gadis di hadapannya.
"Manja jugak kau rupanya. "
Daniella yang mendengar ejekan dari Hany laju mengangkat kepalanya dari bahu Hany.
"Amboi aku masih perempuan ok, walau pakaian aku takde macam perempuan, sifat semula jadi wanita tu masih ada dalam diri aku. "Hany tawa lepas dengan kata-kata dari Daniella. Sensitif jugak rupanya kawan aku sorang ni.
"Takde lah aku ingat kau ni kebal jugak. Jarang-jarang dapat tengok kau nangis. So aku kena menikmati saat ni elok-elok"
"Nikmati kepala hotak kau"
"Kau tau tak kau comel sangat bila marah dengan hidung merah, pipi merah, telinga merah. Eyy geram aku tengok" pipi Daniella dicubitnga tanpa sedar. Pandangan yang lunak ditalakan kearah Daniella.
"Eee ingat aku budak-budak ke main cubit-cubit" adu Daniella sambil menggosok pipinya.
"Haa ambik kau" di geletek bahagian pinggang Hany. Dia tahu itulah bahagian yang Hany paling sensitif. Tawa Hany bergema di ruang menunggu itu, nasib baik hanya mereka bertiga berada di situ ketika itu. Kedua mereka ketawa lepas
"Dah wei dah, aku rasa nak terkucil dah ni" halang Hany dengan tangannya, kedua-kedua tangan Daniella di pegang kejap dengan tawa yang masih bersisa.
"Thanks sebab happykan aku."
"No prob ingat, aku sentiasa ada untuk kau"
Pipi kiri Daniella dicium oleh Hany. Hany yang terkejut dengan tindakan sendiri berdiri dengan tiba-tiba. Tindakannya itu mendapat perhatian dari Daniella. Daniella mengangkat wajah memandang Hany.
YOU ARE READING
Wanna Be My(Red Rose)
RomanceEngku Daniella Arisya ialah seorang yang berpewartakan kasar atau lebih tepat tomboy. Tengok sekali imbas memang orang ingat dia lelaki. Dia menjadi tomboy atas kehendak nendanya demi menyorok identiti sebenar Daniella. Sebab yang kedua kerana kisah...