Bab 4

1K 54 6
                                    

Hari yang dinantikan Helina . Disaat orang melihat hari kebahagiaannya di hari persandingan Ayden dan Helina . Tetapi tidak bagi Helina . Dia menyembunyikan kelukaan yang ada pada dalam dirinya . Senyuman yang tidak terlekat di bibir itu menyembunyikan seribu makna . Dia ingin nampak kuat di depan orang disebalik luka yang ada pada dirinya . Helina mengenakan gaun pengantin . Dia berpakaian serba putih . Rambut ikal mayang itu menambah seri di muka . Inai di jari bermaksud dia sudah bergelar isteri kepada Ayden . Helina berjalan diikuti dengan tiga orang flower girl dan juga flower boy . Dia melihat Ayden sudah duduk di atas pelamin dengan berpakaian Baju Melayu berwarna putih dan dikenakan sampin . Songkok hitam yang dipakai oleh Ayden menambahkan lagi sifat kemelayuan terakhir . Helina duduk di sebelah Ayden . Dia menampilkan senyuman demi terlihat bahagia . Apa yang dia rasa selepas majlis persandingan ini akan hilang semula kebahagian tetapi kesengsaraan buat Helina . Menikahi dengan orang yang membenci dirinya bukanlah yang diinginkan . Dia siap menerima kenyataan bahawa Ayden adalah jodohnya .

" Helina jangan impi kau akan bahagia bersamaku , kerana habis sahaja majlis ini kau akan sengsara ." Bisik Ayden di telinganya .

" Kau boleh seksa aku Ayden , mungkin aku bisa sekuat ini . Tapi mungkin suatu hari orang yang kau terlihat kuat ini bisa pergi dari hidup kau buat selamanya Ayden dan masa itu aku tak akan jadi seperti aku yang dahulunya dan aku akan jadi orang lain yang kau sendiri tak akan kenal siapa aku ." Dengan tenang Helina menjawab soalan Ayden . Dia kembali senyum semula .

Luca melihat Helina dan Ayden di atas pelamin . Dia melihat dari sudut wajah Helina tidak lekat dengan senyuman . Dia senang melihat Helina bahagia biarpun dia terpaksa melepaskan orang yang dia sayang bersama orang lain

" Kamu sangat cantik Helina . Jujur Luca . Dia merenjis tangan pengantin lalu mengucapkan tahniah untuk mereka . Dia terlanggar seorang gadis ketika hendak turun ke pentas . Gadis itu berpakaian seperti telanjang . Dia mengenakan makeup setebal inci dan kasut tinggi 3 inci . Senyuman yang menggoda itu langsung tidak menarik perhatian Luca . Gadis itu memandang sinis lalu memeluk Ayden .
" Selamat pengantin baru" . Dia mencium pipi Ayden tanpa menghiraukan perasaan Helina .
" Bye the way i Qistina kawan baik Ayden . You Helina kan ? Bye the way Ayden ada cita dekat i yang you ni orang gaji dia kan ." Helina hanya diam . Diam bukan bermakna iya kalah tetapi hatinya sangat hancur dan memilih untuk berdiam . Dia menahan air mata dari mengalir . " Kenapa diam ? Soal Qistina dia ingin tahu . " Jadi betul lah you ni orang gaji kan . kesian Ayden kan terpaksa kahwin dengan you demi tutup maruah you . You sedar tak you ni perempuan pelacur ! Apa yang dikatakan melalui mulut Qistina benar-benar menguji kesabaran Helina . " Ya memang saya perempuan pelacur , saya tidur dengan banyak lelaki tapi saya lakukan semua ni sebab Ayah dia punca saya jadi macam ni , dia dah jual maruah saya tak akan saya nak diam dan kalau awak datang sini semata nak rosakkan majlis saya baik awak beredar ." Kata-kata Helina membuat Qistina tergamam dia pergi meninggalkan majlis itu .

Majlis sudah berakhir . Helina menukar pakaian di dalam bilik . Dia duduk di atas katil menunggu Suaminya masuk ke dalam bilik . " Berani awak halau Qistina , dia kawan baik saya perlu ke awak halau dia . Helina bangkit dari katil lalu memandang muka Ayden . " Ayden ! saya tak akan diam kalau dia tak mulakan dulu . Helina meninggikan suara . " Dah pandai melawan sekarang , kalau dengan Luca bukan main lagi lembut bila bercakap ke awak ada hati dengan dia dasar perempuan miang . Helina menampar pipi Ayden .
" Berani awak tampar saya , sekarang ni awak tidur di bawah katil jangan ingat saya nak bagi tilam dan bantal awak tidur atas lantai ni sikit pun saya tak da rasa simpati dekat awak . " Helina menuruti kemahuan Ayden dia tidur mengiring di atas lantai tanpa beralaskan tilam dan bantal . Lebih menyakitkan Ayden sempat tidur bersama wanita lain depan isterinya sendiri . Kerana tidak sanggup melihat Helina menganggap kewujudan mereka tidak wujud . Dia memakan pil tidur bagi menenangkan fikiran . Kelihatannya mula kabur . Ubat tidur yang ditelan Helina menyebabkan dia mengalami depression .

  Helina bangun di awal pagi . Dia menyediakan sarapan untuk Ayden . Makanan sudah terhidang di atas meja kerana kelaparan dia menyuap sedikit roti tanpa pengetahuan Ayden .
" Helina ! Jerit Ayden . Helina pergi ke bilik Ayden . Dia melihat Ayden masih bersama Qistina berpelukan di atas katil . Dia menahan air mata dari mengalir . " Kau nampak tak baju kotor tu , nak tunggu siapa ambil ? " " Maaf Tuan tadi saya masak . Helina menundukkan kepala , dia mengambil baju kotor itu lalu memasukkan ke dalam bakul . " Aku nak kau cuci tangan jangan mimpi nak cuci pakai mesin !" Jelas Ayden nyata. Dengan rela hati Helina membasuh pakaian Ayden dengan menggunakan berus tangan . Selesai membasuh dia pergi ke halaman belakang untuk menjemur pakaian .

Darah mengalir keluar melalui kaki Helina . Helina menjerit meminta tolong namun tiada siapa yang menyahut . Dia meminta tolong Ayden tetapi Ayden hanya bermesraan dengan Qistina di atas katil . Helina pergi ke hospital sendirian dengan menaiki teksi . " Encik tolong bawa kereta dengan laju . "
" Baik Puan , bawa bertenang puan tarik nafas panjang . Pemandu itu cuba menenangkan Helina . Tiba di hospital Helina berlari ke kaunter pertanyaan . Dia mendaftarkan nama kemudian naik ke tingkat 2 . Dia menunggu giliran untuk bertemu dengan doktor .

" Helina saya minta maaf awak mengalami keguguran . Saya harap puan bersabar ya ." Helina seakan tidak percaya akan kata-kata doktor . Tetapi takdir menentukan segalanya dia reda mungkin ada hikmah disebaliknya . Dia keluar dari bilik dalam keadaan muka yang begitu pucat . Dia tidak tahu apa yang harus dia bagitahu pada Ayden bahawa dia keguguran . Dia benci hidup sebegini . Dia mengalami tekanan jiwa .

Hapuskan Dendam Ayden Where stories live. Discover now