CRE. 9

1.5K 85 5
                                    

       KERUSI hitam yang diduduk dipusing berkali-kali dengan hamburan ketawa yang lantang memenuhi ruangan bilik gelap itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




KERUSI hitam yang diduduk dipusing berkali-kali dengan hamburan ketawa yang lantang memenuhi ruangan bilik gelap itu.

Dia bangun dari kerusi lalu mengorak langkah ke dinding yang dipenuhi dengan gambar Claryssa . Jari runcingnya menyentuh gambar-gambar tersebut dengan senyuman sinis terukir.

"Satu dah selesai... Tinggal lagi sorang je lepas ni.. Lepastu baru giliran kau sayang..."

"Eh tapi aku tak boleh biarkan kau mati dulu... kalau kau mati .. Tak dapat la aku tengok muka kau yang cantik tu..."

"Haih Claryssa... Bodonya la kau ni. Lemah pula tu... Baru kemalangan dah jadi beban macam tu . Hergh menyusahkan orang jer..."

"Tapi aku pelik la Claryssa.... Kenapa ada jantan lain yang sibuk jaga kau... ARGHH !! CLARYSSA AKU PUNYA LAAAA!!"

"Aku kena bunuh semua orang yang rapat dengan Claryssa... Sebab dia aku punya ... Lepas aku dah dapat dia baru aku boleh bunuh dia..."

"ARRRRRGHHHHHH!!!!, SEMAK LAAA JANTAN TAK GUNA NI!!!"

"Kau tunggu giliran kau pula..."

--------

ERIC yang baru pulang dari membeli makanan datang melabuhkan pungung disofa hitam berhadapan dengan Liam yang masih sibuk dengan laptopnya.

Makanan yang dibeli diletakkan di atas meja, Dia kembali bangun masuk ke dalam bilik dan menukar baju.

Baju kemeja hitam yang dipakai terus dibuka dan dicampakkan ke dalam bakul pakaian, Dia terus membuka almari miliknya dan mengambil sehelai hoodie hitam berserta dengan topi.

Dia kembali menyarung hoodie ke badannya dan memakai topi. Dikemaskan sedikit topi hitamnya lalu mengorak langkah keluar ke arah Liam.

"Macam mana dengan keadaan Claryssa?"-Soal Eric lalu mengambil tempat di sofa hitamnya kembali.

Kaki disilangkan dan mula menyelak kertas-kertas maklumat yang dicari oleh Liam.

"Kondisi Claryssa semakin baik.. Kemungkinan dia boleh sedar dalam masa yang terdekat ni"-Balas Liam

"Kau ada jumpa apa-apa maklumat tentang kemalangan ni?"-Tanya Eric lagi.

"Aku baru dapat maklumat tentang orang yang langgar Claryssa... Nampaknya dia bukan orang biasa..."-Jawab Liam sambil menghulurkan dua keping helaian kertas yang berisi maklumat kepada Eric.

CLARYSSA ROSE EVEFANIOWhere stories live. Discover now