KAKI Eric laju mengorak langkah besar belari masuk ke dalam sebuah Hospital dimana tempat Claryssa dibawa selepas kemalangan.Sampai sahaja didepan pintu bilik wad Claryssa , Mata Eric melilar memandang sekeliling mencari doktor yang bertugas.
Leo dan Liam yang baru sampai juga turut mencari nafas baharu untuk bertenang.Tubuh Eric tidak berhenti melangkah ke kanan dan ke kiri dengan wajah kerisauannya.
Tidak lama kemudian , Keluar satu tubuh lelaki yang sudah berumur lingkungan 40-an dari bilik wad Claryssa.
Pantas Eric beralih dan menghampiri doktor itu."Doktor macam mana dengan keadaan Claryssa?"-Laju Eric bertanya dengan doktor lelaki itu.
"Keluarga?"-soalnya.
"Saya suami dia"-Jawab Eric selamba.
Liam dan Leo terus saling berpandang antara satu sama lain dengan kerutan dahi.
"Keadaan Cik Claryssa agak parah, Dia mengalami kecederaan yang agak teruk dibahagian kepala. Kemungkinan besar dia akan mengalami hilang ingatan buat sementara . Jadi Buat masa ini dia tidak dapat sedarkan diri lagi."-Terang doktor lelaki itu dengan tenang.
" Claryssa...."-Ucap Eric perlahan sambil meraup wajahnya.
"Dan boleh saya tahu kamu ada kaitan dengan Puan Khadijah dan mohd Azim ke?"-Tanya doktor itu lagi.
"Ha ye dia mak mertua saya kenapa ye?"-Balas Eric dengan wajah sedikit berkerut.
"Boleh ikut saya sebentar?..."
--------
HENRY dan Hayes yang baru tiba di hospital apabila Leo memberitahu tentang kemalangan Claryssa terus belari ke arah Leo yang masih duduk diluar wad dengan wajah menunduk.
Wajah panik dua beradik itu terserlah dengan berita yang dikhabarkan oleh Leo itu.
Sangat kebetulan kerana mereka memang sudah bercadang untuk pergi ke Malaysia semula bersama.
Tetapi tidak disangka kepulangannya kali ini dikejutkan dengan berita adik kesayangan mereka kemalangan.
"CLARYSSA!!,"-Jerit Hayes dari jauh.
"Macam mana dengan keadaan ryssa?!"-Tanya Hayes dengan panik.
Henry masih cuba beriak tenang dan menyilangkan tangannya sambil memandang tajam wajah Leo yang masih menunduk itu.
YOU ARE READING
CLARYSSA ROSE EVEFANIO
RomanceTujuan utamanya adalah mencari ibu bapa kandungnya . Gadis dingin dan berpendirian, Tidak semudah itu akan jatuh dengan perkara yang remeh. Claryssa Rose Evefanio Gadis dingin yang berkerjaya sebagai peguam dan penasihat atau lebih digelari consigli...