CRE . 11

1.3K 78 2
                                    


         CLARYSSA terus mengorak langkah laju dengan titisan air mata yang laju mengalir di pipi dan terus jatuh terduduk dihadapan tasik yang indah itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




CLARYSSA terus mengorak langkah laju dengan titisan air mata yang laju mengalir di pipi dan terus jatuh terduduk dihadapan tasik yang indah itu.

Air matanya terus laju mengalir dengan cepat membasahi pipi dengan esakkan kecil. Sungguh berat rasa hatinya menahan perasaan rindu dan keredhaan dengan kehilangan orang tersayang.

Sayu hatinya melihat keadaan ibu bapa kandungan yang hidup penuh dengan kesengsaraan dan kesusahan sedangkan dirinya hidup serba mewah dan bahagia.

Rasa bersalah mula menghantui dirinya, Luluh hati Claryssa melihat tubuh ibu dan adiknya kaku tidak bernyawa kerananya ditambah lagi dengan bapanya yang sudah jatuh sakit dan sedang menanggung hukuman yang tidak adil dalam hidup.

Claryssa terus menghamburi tangisan dengan laju , Diterkup mulutnya daripada mengeluarkan esakkan yang kuat dan juga dilentokkan kepalanya menunduk memeluk kaki.

Adrian yang sedang belari perlahan menghampiri tubuh gadis yang sedang menangis sendirian.

Adrian mula melabuhkan punggungnya di tanah bersebelahan dengan Claryssa. Tangannya naik mengosok lembut belakang Claryssa untuk menenangkan si gadis itu.

"Sekarang kau dah jumpa dia.... Dia ayah kau kan?"-Ujar Adrian lembut.

Claryssa mula mengangkat kepalanya dengan tangisan yang sudah mengalir banyak di pipinya.
Habis rosak semua solekan diwajahnya cair kerana tangisan

"Ian..... Kau rasa aku ni anak yang baik ke?"-Ujar Claryssa.

"Kau ialah anak yang paling baik aku pernah jumpa. Kau sanggup buat apa sahaja demi cari mak ayah kau. Kau juga sanggup buat apa sahaja untuk balas dendam atas kematian mereka. Kau anak yang terbaik Claryssa"-Kata Adrian dengan senyuman yang sangat lembut dan menenangkan.

Tangannya mula mengambil kain bersih di dalam poketnya lalu naik mengelap sisa solekan yang sudah comot di wajah Claryssa itu.

"Tapi.. Tapi aku ni... Macam tak berguna.. Kehadiran aku seolah-olah membawa nasib tak baik. Mak ayah aku hidup sengsara sedangkan aku bersenang lenang dekat itali"-Balas Claryssa lagi dengan tangisan yang semakin kuat.

Adrian hanya tersenyum nipis sambil mengosok lembut belakang Claryssa

"Aku.. Aku rasa macam berdosa sangat. Aku biarkan mak ayah aku menderita bertahun-tahun... Aku macam anak tak berguna"-Ujarnya lagi.

"Ryssa... Setiap apa yang jadi dalam dunia semua aturan Tuhan. Semuanya ada hikmah. Kau kan Claryssa.. Mana boleh lemah macam ni..."-Kata Adrian dengan lembut

CLARYSSA ROSE EVEFANIOWhere stories live. Discover now