CLARYSSA tersenyum sendiri sambil menongkatkan dagu dengan tangannya di atas meja menikmati pemandangan kosong dari luar tingkap luas bilik kerjanya.Jari sibuk bermain dengan pen sambil pemikiran jauh membuatkan dia mengelamun seorang diri.
Ketukan pintu langsung tidak didengar..
Leo yang sudah mengetuk beberapa kali tanpa jawapan akhirnya menguak perlahan pintu bilik kerja Claryssa.Berkerut dahi dia melihat Claryssa yang termenung seorang diri dengan senyuman tidak lekang di bibir membuatkan Leo menjongketkan bibirnya untuk mengacauz
"Woi !... Happy nampak"- Terjah Leo dengan lantang . Fail ditangan sengaja dihempas kuat di atas meja kerja Claryssa sehingga membuatkan bahu Claryssa terangkat sedikit
"Aish kau ni terkejut aku.."-Ujar Claryssa dengan tangannya naik mengusap dada perlahan.
"Berangan je kerja.. Siapkan kerja kau tu"-Kata Leo dengan selamba dia menarik kerusi dihadapan meja kerja itu dan duduk menyilang kaki.
"Eish kau ni potong la..."-Balas Claryssa dengan jelingan.
Leo tergelak kecil.
"kemain lebar suami kau senyum pagi tadi.. Apa cerita?"-Soal Leo sengaja mahu mengorek rahsia dengan senyuman mengejek.
"Dia dah tak merajuk dengan aku"-Balas Claryssa dengan senyuman melebar.
"Kau buat apa?"-Tanya Leo lagi dengan wajah teruja menunggu cerita selanjutnya.
"Rahsiaa .."-Kata Claryssa dengan senyuman.
Leo terus mencebik bibir
"Menyampah aku... Nah bukti yang kau minta tu.."-Kata Leo lalu mencampakkan fail hijau yang dipengang je atas meja kerja Claryssa.
"Thankyou Leo !"-Ucap Claryssa dengan senyuman manis.
"Em Leo... Brithday aku dah nak dekat... Jangan lupa hadiah tau!"-Kata Claryssa dengan senyuman melebar.
"Aku tak pernah lupa Claryssa.."-Balas Leo tenang dengan senyuman macho.
"Yang ke 25 tau !! bukan 20"-Sambung Claryssa lagi.
"Ergh aku ingat la..."-Kata Leo sambil memutarkan biji matanya.
"Hehehe bagus bagus!..."-Ujar Claryssa gembira.
"Janji ek kita sambut sama-sama.."-Kata Claryssa lagi sambil mengeluarkan jari kelingking tanda janji.
"Aku pernah ke tak sambut brithday kau?"-Soal Leo dingin.
"Pernah masa umur 18 haa !!"-Balas Claryssa selamba.
"Masa tu kan daddy bagi kerja ergh"-Ujar Leo dengan jelingan.
"Hehehe saja jer"-Kata Claryssa dengan senyuman.
"dah bla kau muhammad mikael !"-Halau Claryssa dengan selamba.
YOU ARE READING
CLARYSSA ROSE EVEFANIO
RomanceTujuan utamanya adalah mencari ibu bapa kandungnya . Gadis dingin dan berpendirian, Tidak semudah itu akan jatuh dengan perkara yang remeh. Claryssa Rose Evefanio Gadis dingin yang berkerjaya sebagai peguam dan penasihat atau lebih digelari consigli...