CRE . 36

1K 60 1
                                    



      ERIC berkerut dahi melihat sebuah kotak berbentuk hati tidak pernah dilihat berada di dalam tong sampah yang masih baru ditukar"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




ERIC berkerut dahi melihat sebuah kotak berbentuk hati tidak pernah dilihat berada di dalam tong sampah yang masih baru ditukar"

Tangannya mula mencapai kotak itu apabila dia ternampak sekeping gambar yang pernah dilihat olehnya.

Penutup kotak dibuka perlahan lalu terus Eric sedikit terkejut melihat isi kotak tersebut dipenuhi dengan gambar-gambar Claryssa.

Kad yang tertulis juga dibaca lalu dia mula mendengus geram.
Sama seperti kad yang pernah dijumpai olehnya sebelum bergelar suami Claryssa.

Lantas kakinya terus mengorak langkah mencari Claryssa dengan amarah yang sudah naik satu badan.

Sejurus sahaja dia melihat tubuh Claryssa yang sudah siap berpakaian kerja dengan tatapan mata helangnya.

"Claryssa rose.... What is this?"-Soal Eric dengan dingin. Tangannya naik menunjukkan kotak merah tetap ditangannya.

Claryssa yang baru berpaling terus terkejut kecil dan sedikit tergagap.

"Macam mana awak jumpa?"-Soal Claryssa dengan sedikit ketakutan.

Eric mengeluh berat sambil memejamkan matanya sebelum kembali memandang dingin wajah Claryssa.

"Ryssa i ask you one more time.... Siapa yang bagi?"-Soal Eric dingin kali ini cuba ditahan amarahnya daripada terus dilepaskan kepada Claryssa sebelum mendengar penerangan .

Claryssa masih mendiamkan diri dan sedikit ketakutan dengan tatapan mata helang Eric yang sebenar.

"Jawab Ryssa !!"-Ternaik senoktah suara Eric mengejutkan Claryssa dengan lantang.

"Hubby dah cakapkan.... Kalau ada apa-apa jadi bagitahu hubby...Kenapa ryssa"-Ujar Eric dengan nada sedikit kecewa dan lemah.

"Kenapa awak diamkan diri..."-Sambungnya lagi lalu kembali mengangkat wajah memandang lemah Claryssa.

"Kalau dia apa-apakan kau macam mana?!"-Soal Eric dengan penuh kerisauan.

"Kalau tiba-tiba dia datang serang kau masa seorang diri?... Siapa nak bantu kau masa tu?!"-Soal Eric lagi . Dadanya naik turun menahan amarah daripada terus menguasai dirinya.

"Ryssa memang nak tinggalkan hubby ke?!"-Tutur Eric dengan sedikit tegas.

"Hubby hantar orang untuk jaga Ryssa... Dan hubby percaya Ryssa akan beritahu semuanya dekat hubby"-Kata Eric lagi . Kotak ditangan sudah remuk di genggam kuat oleh Eric menandakan dia sedang meluahkan kemarahannnya dalam diam.

CLARYSSA ROSE EVEFANIOWhere stories live. Discover now