CRE . 26

1.2K 76 0
                                    

           SEJURUS sahaja pergi kereta Eric meninggalkan rumah agam yang luas itu, Claryssa terus kembali melangkah naik ke biliknya semula

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




SEJURUS sahaja pergi kereta Eric meninggalkan rumah agam yang luas itu, Claryssa terus kembali melangkah naik ke biliknya semula .

Pintu bilik di kuak perlahan lalu kakinya terus mengorak langkah menuju ke rak buku yang tinggi tersusun cantik dengan pelbagai jenis buku dan novel yang dikumpul oleh Eric.

Claryssa mula mencapai salah satu novel cinta yang menarik perhatiannya dan terus mengambil tempat duduk di kerusi di luar balkoni biliknya.

Claryssa hanya berdiam diri dan mula menyelak satu persatu helaian buku itu dengan senyuman nipis tetap di bibir membaca setiap butir manis yang ditulis di dalam novel yang dibaca itu.

Matanya kemudian beralih ke arah pemandangan luar balkoninya.
Mata Claryssa terus tertacap ke arah lelaki yang berdiri tegak serba hitam dari jauh memerhatinya.

Claryssa mula berkerut dahi dengan tatapan mata helangnya yang mula keluar menangkap wajah lelaki yang tertutup itu.

"Siapa kau? ..."-Ujar Claryssa sendiri.

Matanya kembali beralih ke arah cahaya telefon yang mula keluar dari skrinnya menandakan satu mesej masuk ke dalam notifikasi telefonnya.

"Tak guna punya Kevin... Berani kau jejak aku sampai sini"-Ujar Claryssa dengan senyuman sinis selepas membaca butiran mesej dari Kyle.

Claryssa mula bangun dari kerusi yang diduduk dan kembali masuk ke dalam biliknya.
Tangannya menyelok dalam di bawah bantal mencari-cari sesuatu dengan penuh dingin.

Akhirnya Claryssa berjaya mengeluarkan sebuah pistol yang disorok di bawah bantalnya setiap hari dan mula memasukkan satu persatu peluru ke dalamnya.

Dia kembali mengorak langkah keluar dan terus menepatkan hujung pistol itu ke arah lelaki yang masih leka di bawah tanpa menyedari Claryssa.

BAMMM !!!

Satu das tembakan dilepaskan oleh Claryssa dengan laju tepat mengenakan kaki lelaki itu membuatkan Claryssa tersenyum sinis.

BAMMM !!

Satu lagi das tembakan dilepaskan ke kaki kiri lelaki itu mengelakkan dia melarikan diri apabila dia menyedari yang menembaknya itu Claryssa.

"Tepat..."-Ujar Claryssa dengan senyuman sinis.

Leo dan Liam yang duduk dibahagian bawah juga turut terkejut mendengar dua das tembakan yang dilepaskan tanpa dijangka dari tingkat atas bilik Claryssa.

CLARYSSA ROSE EVEFANIOWhere stories live. Discover now