WANITA BAB 1

57 2 4
                                    

Datuk Azhar Uzair adalah seorang yang disegani di kalangan para jutawan dunia dan negara.Kekayaan yang dia miliki melebihi dari yang sepatutnya.Kekayaan yang dimiliki olehnya lebih daripada kekayaan bapanya Tan Sri Hasman.Mereka berdua terlalu cinta akan bisnes kereta mewah.Tetapi mempunyai citarasa yang berbeza.Datuk Azhar Uzair lebih menyukai kereta mewah berjenama BMW.


Usianya telah mencecah 30an genap.Lelaki ini sangat mempunyai rasa tanggungjawab yang hebat.Dia sudah puas dengan kehidupannya yang membujang.Sudah tiba masa dia memikirkan untuk berumahtangga.Tetapi , dia tidak mempunyai seorang pun calon isteri untuk diperisterikan.Padanya , hendak mengenal hati budi ini adalah suatu perkara yang membazir masa.Jika berkenan lebih baik halalkan sahaja hubungan.


"Uzair , bangun nak.Hari-hari sekarang ini , umi lihat Uzair selalu bangun lambat.Buat apa waktu malam ? Kamu bukan jenis keluar malam pun ?." soal Puan Sri Ayuni ibu kepada Datuk Azhar Uzair.Anak lelakinya itu mula tersedar dari lena dan mengeliat kecil.


"Semalam banyak fikirlah umi." jelas Datuk Azhar Uzair selamba.Berkerut dahi Puan Sri Ayuni.


"Fikir tentang apa ? Ada masalah dalam bisnes ke ?." soal Puan Sri Ayuni yang ingin mengetahui masalah yang telah menghantui fikiran anak lelaki tunggalnya itu.


"Fikir tentang kahwinlah umi." jujur Datuk Azhar Uzair tanpa berkias dengan ibunya Puan Sri Ayuni sambil dia bangkit dari pembaringannya.Tergelak kecil Puan Sri Ayuni mendengar pengakuan anak lelaki tunggalnya itu.Secawan susu segar diberikan kepada Datuk Azhar Uzair.Sudah menjadi rutin harian dirinya menyedia dan menjaga pemakanan anak lelakinya itu.


"Apa yang merunsingkan kamu Uzair sampai tidak boleh tidur malam ?." soal Puan Sri Ayuni kepada anak lelakinya Datuk Azhar Uzair.


"Fikirlah umi , di mana hendak cari jodoh ?." soal Datuk Azhar Uzair melawak.Puan Sri Ayuni tidak dapat menahan tawa dengan lawak yang cuba dibuat oleh anak lelaki tunggalnya itu.


"Kenapa kalut sangat kamu hendak cari jodoh , Uzair ? Ada apa yang kamu fikirkan tentang hidup kamu ?." soal Puan Sri Ayuni kepada anak lelaki tunggalnya Datuk Azhar Uzair.


"Uzair sudah 30 tahun umi , sampai bila hendak membujang ? Budaj umur 21 tahun pun sudah berkahwin dan ada anak.Uzair ini ? Calon pun tiada lagi." luah Datuk Azhar Uzair kepada ibunya Puan Sri Ayuni.Punggung dilabuhkan di hujung kepala katil membelakangi anak lelakinya itu.Kepala anak lelakinya diusap lembut.


"Jodoh kamu itu ada , Uzair.Cuma Uzair perlu bersabar dan bertenang.Doalah banyak-banyak.Jangan pertikaikan jodoh kita dengan jodoh orang.Allah itu sudah aturkan yang terbaik buat anak umi ini.Umi dan abi tidak pernah putus berdoa untuk anak umi ini.Umi tahu anak umi ini adalah lelaki terbaik." ucap Puan Sri Ayuni sayu diakhir katanya.Ada sesuatu yang tersirat cuba disampaikan oleh Puan Sri Ayuni.


"Uzair tidak mahu jadi macam abi.Tidak pandai menghargai isteri." jujur Datuk Azhar Uzair tentang ketidaksukaannya terhadap sikap bapanya yang curang itu.Tan Sri Hasman sudah berlaku curang terhadap isterinya secara terang-terangan sekian tahun.


"Tidak baik , Uzair.Itu abi Uzair.Uzair perlu hormat dia walaupun kesilapan jelas terbukti." pesan Puan Sri Ayuni keras kepada anak lelakinya Datuk Azhar Uzair.


"Kalau umi carikan jodoh mahu ?." soal Puan Sri Ayuni membuat tawaran kepada anak lelakinya Datuk Azhar Uzair.Lelaki itu tersenyum dengan senyuman tersirat.





Rutin harian Datuk Azhar Uzair adalah melawat pejabatnya yang berdekatan dengan kondominiumnya.Dia akan memantau pekerjaannya terlebih dahulu.Dia akan memastikn semua pekerjanya mengikut etika kerja dan perniagaan.Datuk Azhar Uzair seorang majikan yang sangat baik.Dia mempunyai pekerja wanita berbanding lelaki , dia juga menjadi kegilaan pekerja wanitanya.Ketampanannya membuat wanita di luar sana tidak keruan.


Datuk Azhar Uzair telah merancang untuk mencari calon isteri dan bernikah pada tahun ini.Hampa hati-hati wanita di luar sana.Dia pandai menjaga kehormatan wanita dan menghormati kaum wanita.Tindakannya sebagai lelaki sejati adalah impian semua wanita.Datuk Azhar Uzair , memasuki ruang pejabatnya.Punggung di labuhkan di atas kerusinya yang tersedia khas.


"Selamat pagi , Datuk." ucap pembantu peribadinya Aqilah.Dia adalah orang kepercayaan Datuk Azhar Uzair.


"Selamat pagi , Aqilah.Harini saya ada appoiment apa-apa ke ?." soal Datuk Azhar Uzair lembut kepada pembantu peribadinya itu.Pantas Aqilah terus melihat jadual yang disediakan di dalam Ipad yang dipegangnya di tangan itu.


"Alhamdulillah , hari ini Datuk tiada apa-apa pertemuan.Datuk mahu saya buatkan sesuatu untuk Datuk ke ?." soal Aqilah mesra kepada majikannya itu.Datuk Azhar Uzair memandang Aqilah dengan seribu satu persoalan di dalam kepalanya.


"Betul awak mahu tolong saya ?." soal Datuk Azhar Uzair bersoal jawab dengan pembantu peribadinya itu.Aqilah mengerutkan dahinya sedikit kerana pelik.


"Tolong apa Datuk ? Macam pelik saja soalan Datuk itu ?." soal Aqilah yang mula rasa was-was dengan majikannya Datuk Azhar Uzair.


"Aqilah , tolong carikan saya jodoh." ucap Datuk Azhar Uzair selafaz.Tergamam Aqilah apabila mendengar permintaan majikannya itu.


"Kenapa macam tergesa-gesa Datuk ? Ada masalah ke ?." soal Aqilah kepada majikannya Datuk Azhat Uzair itu.Dia menarik kerusi yang dikhaskan buat tetamu itu lalu melabuhkan duduknya.


"Saya rasa sudah masanya saya perlu dirikan rumahtangga." jelas Datuk Azhar Uzair kepada pembantu peribadinya Aqilah itu.


"Tetapi Datuk , jika hendak kahwin.Kenapa tidak kenal hati budi dahulu ? Bukankah itu lebih baik ?." soal Aqilah kepada majikannya Datuk Azhar Uzair.


"Cukup saya tahu siapa keturunan dia.Saya akan kenal lebih dalam selepas bernikah.Lagipun , saya tidak mahu ada majlis sanding.Nikah semata.Itu saja.Saya kahwin bukan untuk bergaya tetapi saya kahwin kerana cinta dan tanggungjawab." jelas Datuk Azhar Uzair kepada pembantu peribadinya Aqilah.


"Kalau itu cara Datuk , saya akan mula carikan Datuk calon tetapi saya tidak berjanji boleh dapat dalam masa terdekat ataupun tidak.Cara Datuk suruh saya cari calon ini seperti cari barang.Pening saya Datuk." ujar Aqilah sambil menepuk dahinya.


"Saya harap awak bantu saya Aqilah , saya ada awak untuk bantu saya sekarang.Kalau boleh saya tidak mahu libatkan Puan Sri dalam hal peribadi saya ini.Saya perlukan seseorang yang pandai menjaga hal rumahtangga." ucap Datuk Azhar Uzair kepada pembantu peribadinya Aqilah itu.


"Insyaallah , saya akan bantu Datuk.Datuk memang pelik.Macam-macam perkara saya pernah selesaikan buat Datuk , tetapi ini memang rare." ujar Aqilah kepada majikannya Datuk Azhar Uzair.


"Saya pun tidak tahu , sudah beberapa hari ini hati saya tidak tenang memikirkan hal ini." ucap Datuk Azhar Uzair.


"Saya rasa , Datuk memang patut nikah senyap-senyap.Datuk itu ramai peminat." usik Aqilah kepada majikannya Datuk Azhar Uzair.


"Banyaklah awak." ujar Datuk Azhar Uzair menepis kata-kata Aqilah.

WANITA [ COMPLETE ] Where stories live. Discover now