WANITA BAB 3

24 2 6
                                    

Indah pagi hari di kediaman agam mewah milik Datuk Azhar Uzair.Dia mempunyai sebuah rumah banglo empat tingkat dan sebuah kondominium.Tetapi dia kerap pulang ke kondominumnya pada hari bekerja.Manakala kediaman banglo empat tingkat itu akan menjadi tempat istirahatnya pada hujung minggu hari cuti.Datuk Azhar Uzair akan memastikan kedua-dua kediamannya tidak kosong tanpa penghuni.
 
 
Pada hari ini , Aqilah pembantu peribadinya meminta untuk berbincang mengenai hal peribadinya itu di pejabat.Dia meminta Datuk Azhar Uzair hadir ke pejabat walaupun hari ini adalah hari ahad cuti umum.Dia terus bersiap mengenakan pakaian yang segak dan memandu kenderaan mewahnya iaitu BMW ke pejabatnya.Dia selamat tiba di AU Empire.
 
 
“Ada apa awak minta saya datang pada hari cuti ini , Aqilah ?.” soal Datuk Azhar Uzair kepada pembantu peribadinya Aqilah yang sedang berjalan beriringan dengannya menuju ke bilik mesyuarat.
 
 
“Tentang calon isteri Datuk.” jelas Aqilah senada.Dia membukakan pintu sebaik mereka tiba di hadapan bilik mesyuarat tersebut.Mereka melabuhkan duduk di tempat masing-masing.
 
 
“Datuk , saya ada beberapa calon untuk Datuk tetapi mungkin Datuk akan buat pilihan yang tepat dalam ramai-ramai calon ini.” ujar Aqilah menjelaskan kepada majikannya Datuk Azhar Uzair.Dia terus menghulurkan biodata beberapa wanita yang hendak dijadikan calon pilihan buat Datuk Azhar Uzair.
 
 
“Apa latar belakang mereka semua ini ?.” soal Datuk Azhar Uzair sebelum melihat biodata calon-calon isterinya itu.
 
 
“Mereka semua model.” jelas Aqilah kepada majikannya Datuk Azhar Uzair.Dia mula membuka sampul surat yang berisi lima helai kertas yang bercetakan gambar serta biodata calon-calon isterinya.Satu persatu diteliti dengan tenang dan fokus.Berkali-kali dia melihat kerana tidak tahu hendak memilih yang mana.
 
 
“Kenapa ? Sukar hendak buat keputusan ke ? Meletop sangat ke mereka semua itu ?.” soal Aqilah mengusik Datuk Azhar Uzair.Dia memandang lama biodata Azza Ufairah.Wajah bercetak ditenung dalam.Ada sesuatu yang menjentik hati kecilnya.
 
 
“Saya pilih dia.Minta dia hadir pada hari esok.” jelas Datuk Azhar Uzair kepada pembantu peribadinya Aqilah itu.Kertas yang bercetakan biodata calon dihulurkan semula kepada Aqilah.Gadis itu menyambut dengan tenang.Aqilah mencebik sedikit bibirnya.
 
 
“Boleh tahan ya citarasa , Datuk.” ujar Aqilah selamba.Datuk Azhar Uzair merenung tajam ke arah Aqilah.
 
 
“Yang lagi empat itu , awak cari lagi tua daripada saya.Biarlah saya pilih nombor lima itu , walaupun budak tapi nampak perwatakan macam matang.” jelas Datuk Azhar Uzair kepada pembantu peribadinya Aqilah.
 
 
“Jadi , kalau model itu setuju dengan tawaran Datuk ? Boleh kita teruskan hal perkahwinan pula ?.” soal Aqilah kepada majikannya Datuk Azhar Uzair.
 
 
“Yes ! Tetapi saya tidak mahu ada acara bersanding.Cukup nikah saja.Itu sudah mematuhi syariat.” jelas Datuk Azhar Uzair kepada pembantu peribadinya Aqilah.
 
 
“Kenapa pula , Datuk ? Kahwin ini hanya sekali seumur hidup ?.” soal Aqilah yang sedikit hampa dengan penyataan majikannya itu.
 
 
“Awak pasti saya hanya kahwin sekali seumur hidup ?.” soal Datuk Azhar Uzair mengusik pembantu peribadinya itu.Lalu dia mengeyitkan mata nakal.
 
 
“Datuk jangan buat hal Datuk.Saya ini PA Datuk.Segala peribadi Datuk saya simpan.Datuk cubalah main kayu tiga ? Saya hendak tengok isteri Datuk bantai Datuk dengan kayu golf ke kayu besball ?.” soal Aqilah selamba kepada majikannya Datuk Azhar Uzair dengan berani.Datuk Azhar Uzair tertawa.
 
 
 
 
 
Rutin Azza Ufairah setiap hari ahad adalah , dia akan mengemas sedikit kediaman teresnya dan menyediakan sarapan buat bapa tirinya serta Amri dan Aqmal.Bapa tirinya Azman tidak lagi tinggal sebumbung dengan mereka tiga beradik.Tetapi , dia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa yang bertanggungjawab.Setiap hari dia akan datang ke kediaman teres anak-anak tirinya itu.
 
 
Azza Ufairah baru sahaja selesai memasak sarapan pagi buat ahli keluarganya.Semenjak ketiadaan ibunya , dia mengambil alih tugasan di dalam kediamannya itu.Sesekali dibantu oleh adik-adik lelakinya Amri dan Aqmal.Dia mencapai telefon pintarnya , terdapat ada satu panggilan yang tidak dikenali telah membuat panggilan.Dia membuat panggilan semula kepada pemanggil tersebut.
 
 
“Assalammualaikum , boleh saya tahu siapa yang call saya ini ?.” soal Azza Ufairah kepada pemanggil yang membuat panggilan singkat dengannya sebentar tadi.
 
 
“Waalaikummusalam , saya Aqilah.Dari syarikat AU Empire.Boleh saya tahu , saya sedang bercakap dengan Cik Azza Ufairah ke ini ?.” soal Aqilah disebalik pemanggil yang membuat panggilan terhadap gadis itu.
 
 
“Ya saya , Cik Aqilah ada apa ya call saya ?.” soal Azza Ufairah sambil dia melabuhkan duduknya di atas sofa di ruang tamu.Dia mula memberi tumpuan kepada panggilan tersebut.
 
 
“Saya sebenarnya ada tawaran yang hendak saya beri kepada Cik Azza Ufairah.Jika berminat kita boleh bincangkan serba sedikit , selebihnya kita berjumpa esok di AU Empire dan berbincang dengan boss saya Datuk Azhar.Macam mana ? Cik Azza Ufairah berminat ke ?.” soal Aqilah kepada Azza Ufairah dengan lembut.
 
 
“Boleh , saya berminat.” jawab Azza Ufairah tanpa berfikir panjang.
 
 
“Baiklah , Cik Azza sudah berkahwin ke ?.” soal Aqilah kepada gadis itu dengan mesra.
 
 
“Belum lagi , saya masih bujang.” jelas Azza Ufairah kepada Aqilah di dalam panggilan itu.
 
 
“Jadi Cik Azza ada apa-apa tanggugan ke ?.” soal Aqilah kepada gadis itu.
 
 
“Saya ada dua adik dan ayah tiri.Jadi adik-adik saya itu di bawah tanggugan saya dan ayah tiri saya.” jelas Azza Ufairah kepada Aqilah dengan mesra dan tenang.
 
 
“I see , ayah tiri Cik Azza tinggal sekali dengan Cik Azza ke ?.” soal Aqilah lagi.
 
 
“Ayah saya itu tidak lagi sebumbung dengan saya dan adik-adik tetapi kami masih berhubung , sewaktu saya bekerja pada waktu siang dia juga yang banyak bantu jaga adik-adik saya.Adik-adik saya berada di tingkatan lima.” jelas Azza Ufairah lagi.
 
 
“Oh begitu , baiklah Cik Azza , saya rasa sampai di situ sajalah perbualan kita pada hari ini.Selebihnya , Cik Azza akan berurusan dengan majikan saya Datuk Azhar.Saya rasa dia cukup dikenali di kalangan wanita.” ujar Aqilah kepada Azza Ufairah selamba.
 
 
“Ya betul , saya kenal dia.Tapi kenapa dia cari model ya ? Setahu saya AU Empire tidak pernah menggunakan model perempuan.Ini atas urusan perniagaan atau lain ?.” soal Azza Ufairah yang cuba menebak sesuatu.
 
 
“Saya hanya ditugaskan di dalam pertanyaan ini sahaja Cik Azza , selebihnya Cik Azza boleh bertanya dengan Datuk pada esok pagi di pejabat.” jelas Aqilah dengan tenang walaupun perasaannya rasa mahu pecah dengan tekaan tiba-tiba Azza Ufairah itu.
 
 
“Baiklah , saya harap tiada apa-apa penipuan di dalam perjumpaan esok ya.” ujar Azza Ufairah mengharap yang baik-baik sahaja.
 
 
 
 

WANITA [ COMPLETE ] Where stories live. Discover now