WANITA BAB 7

20 2 8
                                    

Sudah tiga hari berlalu majlis perkahwinan Datuk Azhar Uzair dan Azza Ufairah.Sudah tiga hari juga mereka bergelar suami dan isteri.Apabila berada di kediaman , Datuk Azhar Uzair tetap tidak lekang dengan telefon pintarnya di atas urusan kerja.Sesekali , Azza Ufairah menjauhi suaminya itu kerana rasa tidak mendapat perhatian lansung daripadanya.
 
 
Datuk Azhar Uzair baru sahaja selesai berbicara di dalam ganggang telefon di atas urusan kerja.Dia terkebil-kebil mencari isterinya Azza Ufairah yang hilang dari pandangannya tiba-tiba.Sedangkan mereka berduaan tadi di dalam kamar kerja.Lega hatinya apabila melihat susuk tubuh isterinya berada di halaman kediaman.Dia mendekati isterinya itu dan menyentuh bahu dengan lembut.
 
 
“Sayang buat apa di sini ? Jom masuk dalam.” ajak Datuk Azhar Uzair kepada isterinya Azza Ufairah dengan lembut dan romantis.
 
 
“Tak apalah , abang pergilah buat kerja.Sayang nak duduk di sini.” ujar Azza Ufairah sayu.Datuk Azhar Uzair terkedu seketika.Dia dapat menghidu sesuatu daripada nada isterinya bercakap.Dia menarik kerusi bersebelahan isterinya itu lalu melabuhkan duduknya.
 
 
“Sayang okay ke tak ni ? Lain saja nada sayang tu ?.” soal Datuk Azhar Uzair perangkap isterinya Azza Ufairah.Wanita itu tersenyum kelat.Dia sambung mengelamun ke arah pokok bunga yang menjadi hiasan di sisi kediaman mereka.
 
 
“Sayang marahkan abang ya ? Kenapa ? Sebab abang sibuk bekerja ?.” soal Datuk Azhar Uzair meneka dan memujuk isterinya Azza Ufairah sekali gus.
 
 
“Sayang taknak apa-apa pun , cuma nak luangkan masa dengan abang saja.Tapi nampaknya , itupun susah nak dapat.” luah Azza Ufairah yang akhirnya bersuara meluahkan rasa di hatinya di hadapan suaminya Datuk Azhar Uzair.Suaminya itu tertawa kecil.Dari riak wajah yang tenang berubah marah oleh Azza Ufairah.
 
 
“Sayang janganlah marah abang.Bukan apa sayang , cara sayang merajuk tu macam budak-budak.” ujar Datuk Azhar Uzair selamba.Dia sambung tertawa dengan gelagat riak wajah isterinya itu.
 
 
“Kau yang gatal nak kahwin dengan aku , lepastu kau cakap aku budak.Memanglah budak , pakcik.” bebel Azza Ufairah di dalam hatinya.Dia mula bangkit untuk meninggalkan suaminya Datuk Azhar Uzair bersendirian.
 
 
“Sayang , merajuk ke dengan abang ? Janganlah macam ni sayang.Abang tiada kawan nanti.” ujar Datuk Azhar Uzari memujuk isterinya.Dia mula berdiri dan berdiri di belakang isterinya.Pinggang Azza Ufairah dirangkul lembut.Dagunya ditongkatkan di atas bahu isterinya itu.Azza Ufairah berasa kurang selesa.
 
 
“Abang ada Handphone , buat apa nak sayang lagi ?.” soal Azza Ufairah selamba.Datuk Azhar Uzair tersenyum dibalik isterinya itu.
 
 
“Handphone dengan isteri mana sama sayang ?.” jelas Datuk Azhar Uzair.Azza Ufairah menahan rasa geram dengan sikap suaminya itu.Dia menepis kasar rangkulan Datuk Azhar Uzair.Wajah suaminya dipandang dengan mata yang berkaca.Dari sesi bergurau sudah bertukar serius.
 
 
“Jadi sayang pun keperluan abang seperti handphone ya ? Bila abang rasa perlu ? Abang akan guna , bila tidak perlu abang campak ke mana saja abang suka ? Begitu ke ?.” soal Azza Ufairah kepada suaminya Datuk Azhar Uzair.
 
 
“Sayang , kenapa serius sangat ni ? Abang gurau sajalah ?.” soal Datuk Azhar Uzair yang mula mengendurkan nadanya.Dia cuba mendekati dan meraih isterinya tetapi penjarakan dilakukan oleh Azza Ufairah.
 
 
“Sayang nak masuk bilik.” ucap Azza Ufairah mendatar kepada suaminya Datuk Azhar Uzair.Langkah terus diatur ke kamarnya.Terkebil-kebil Datuk Azhar Uzair memandang isterinya Azza Ufairah.
 
 
 
 
 
Pada waktu tengahari yang lepas , Datuk Azhar Uzair menerima panggilan daripada pembantu peribadinya Aqilah yang memintanya hadir ke pejabat atas urusan penting.Dia bergegas bersiap dan mengajak isterinya sekali untuk mengikutnya ke pejabat.Dia memandu laju menuju ke AU Empire dengan segera.
 
 
Datuk Azhar Uzair kini sudah berada di meja pejabatnya , dia meneliti segala kerja yang dimaklumkan oleh Aqilah dan turut dibantu oleh isterinya Azza Ufairah.Dia termenung memandang wajah ayu Azza Ufairah.Isterinya sudah mula tersedar mata suaminya yang pandangnya tidak berkedip.Azza Ufairah memetik jari untuk menghentikan lamunan jauh suaminya yang mengelamun itu.
 
 
“Abang termenung apa ? Suka sangat mengelamun ya ?.” marah manja Azza Ufairah kepada suaminya Datuk Azhar Uzair.
 
 
“Mata abang ni jahat sikit sayang , suka pandang perempuan cantik.Tapi versi halal punyalah.” ujar Datuk Azhar Uzair selamba.Isterinya Azza Ufairah menepuk bahunya kasar.
 
 
“Nakal abang ni ya.” bebel Azza Ufairah kepada suaminya Datuk Azhar Uzair.Pinggang isterinya dirangkul pantas.Jarak mereka hanya satu inci sahaja.
 
 
“Sayang , abang nak tanya sesuatu boleh ?.” soal Datuk Azhar Uzair lembut dan romantik.Azza Ufairah mengangguk tanda memberi ruang untuk suaminya bertanyakan sebarang soalan.
 
 
“Apa perasaan sayang terhadap abang sekarang ni ? Cinta ? Suka ?.” soal Datuk Azhar Uzair kepada isterinya Azza Ufairah.Pipi mulus isterinya diusap manja.
 
 
“Masa kita baru kenal sayang rasa benci dengan abang.Tapi sekarang… .” kata-kata Azza Ufairah terhenti.Wajahnya menekur ke lantai dengan leret senyuman nipis di bibir.Dia malu hendak mengakui tentang hati dan perasaannya.
 
 
“Cintakan abang ?.” soal Datuk Azhar Uzair yang dapat membaca riak wajah isterinya Azza Ufairah.Perlahan-lahan pandangannya menikam wajah tampan suaminya Datuk Azhar Uzair.Lalu dia menganggukkan kepalanya.
 
 
“Pertama kali sayang jatuh cinta pada abang pada malam pertama kita bersama sebagai suami isteri.Abang pesan pada sayang masa tu , sayang masih ingat lagi.” ucap Azza Ufairah lembut dan romantis kepada suaminya Datuk Azhar Uzair.
 
 
“Sayang masih ingat pesanan abang tiga hari lepas tu ? Ulang balik , abang nak dengar.” usik Datuk Azhar Uzair kepada isterinya Azza Ufairah yang sudah mula tersipu malu.
 
 
“Cepatlah sayang , abang nak dengar ni.” usik Datuk Azhar Uzair lagi.
 
 
“Abang cakap kalau nak jadi isteri abang kena kebal.Sebab ramai perempuan di keliling pinggang abang.Mereka dah macam saka abang.Asyik nak dekat dengan abang saja.” ujar Azza Ufairah dan dia tidak dapat menahan tawa di akhir katanya.Datuk Azhar Uzair turut meletuskan tawanya apabila melihat isterinya sudah tidak dapat menahan tawa.Dia mengucup lembut dahi isterinya Azza Ufairah.
 
 
“Sayang tak takut ramai perempuan dekat dengan abang ?.” soal Datuk Azhar Uzair selamba.Dia mengangkat-angkat keningnya.
 
 
“Buat apa nak takut.Biarlah jadi macam mana sekalipun.Jika abang telah ditakdirkan jadi milik sayang pasti akan jadi milik sayang.” ujar Azza Ufairah matang dari segi permikiran sebagai seorang wanita dan isteri.Dia percaya teguh pada ketentuan ilahi tentang jodohnya.
 
 
“Untung betullah abang dapat isteri budak ni.” usik Datuk Azhar Uzair selamba sambil mencuit batang hidung isterinya Azza Ufairah.
 
 
“I love you sayang.” ucap Datuk Azhar Uzair romantis.
 
 
“I love you too.” balas Azza Ufairah tersipu malu.Dia hendak berlalu pergi dari pejabat suaminya itu sempat dia melagakan batang hidungnya sekilas.Datuk Azhar Uzair tersenyum nakal.

WANITA [ COMPLETE ] Where stories live. Discover now