WANITA BAB 4

28 2 10
                                    

Sudah menjadi kebiasaan buat Azza Ufairah pada setiap hari isnin , dia akan mulakan awal minggu ini dengan bekerja.Azman bapa tirinya juga akan hadirkan dirinya lebih awal untuk menghantarkan anak tirinya Azza Ufairah ke tempat kerja.Kemudian , dia juga akan pergi bekerja seperti biasa.Itulah rutin keluarga kecil mereka pada setiap hari.
 
 
Tetapi berlainan pada hari ini kerana Azza Ufairah ada temujanji bersama pengarah syarikat AU Empire.Dia telah mendapat tawaran untuk bekerjasama dengan syarikat hebat tersebut.Dia akan menghadap pengarah syarikat itu sendiri iaitu Datuk Azhar Uzair untuk membincangkan perkara lebih lanjut.Penampilannya pada pagi ini sangat kemas dan menarik.Pasti membuat orang jatuh cinta.
 
 
“Kakak , pagi ini lain macam saja pakaian kakak.Kakak tidak pergi kerja ke ?.” soal Aqmal yang perasan akan penampilan luar biasa kakaknya berlainan pada lain hari.
 
 
“Hendak pergi kerjalah ini.Sudah , cepat pergi sekolah.Bas sudah tunggu itu.” jelas Azza Ufairah kepada adik-adik lelakinya Aqmal dan Amri.Mereka berselisih dengan Azman bapa tiri mereka.
 
 
“Aqmal , Amri.” seru Azman sayu kepada anak-anak lelakinya itu.Tetapi tidak dilayan dan dibiarkan sahaja dia di situ.Mereka terus meninggalkannya lalu ke sekolah.
 
 
“Ayah , sini sarapan dulu.” ajak Azza Ufairah kepada bapa tirinya Azman.Lelaki itu melabuhkan duduknya dan dia dihidangkan sesenduk nasi goreng.
 
 
“Kakak , habis interview jam berapa ?.” soal Azman kepada anak tirinya Azza Ufairah itu.
 
 
“Kakak tidak tahu lagi ayah.Nanti apa-apa kakak maklumkan.Tapi kalau ayah sudah kerja , ayah tidak perlu ambilah.Nanti kakak balik sendiri.” jelas Azza Ufairah tenang kepada bapa tirinya Azman.
 
 
“Eh , janganlah balik sendiri.Bahaya , nanti ayah ambil.” jelas Azman yang akan risau akan keselamatan anak gadisnya itu.Azza Ufairah merungut manja di hadapan bapa tirinya.
 
 
“Ayah…kakak sudah besarlah.Biarlah kakak berdikari.” jelas Azza Ufairah dengan rengekan yang didengari.Azman laju mengelengkan kepala.
 
 
“Biar ayah lepaskan kakak pun di dalam keadaan selamat.Kakak kahwin baru hati ayah senang.Selagi tak kahwin , ayah akan terus risau pasal kakak dengan adik-adik.” jelas Azman tenang kepada anak perempuan tirinya Azza Ufairah.
 
 
“Ayah ini tidak sportinglah.” ujar Azza Ufairah selamba mengutuk bapa tirinya.Wajahnya masam dan memuncung.
 
 
“Tidak mengapa , kakak cakaplah ayah apa sekalipun.Keputusan ayah muktamad.Kakak , dunia luar sekarang ini terlalu bahaya.Ayah hendak lepaskan Aqmal dan Amri yang lelaki itupun ayah dua hati.Inikan pula kakak yang perempuan.Sebab itu ayah rela dibenci daripada ayah pertaruhkan keselamatan anak-anak ayah untuk mereka bertegur dengan ayah.” jelas Azman bersungguh menjelaskan tahap kerisauannya.Azza Ufairah memandang sayu wajah bapa tirinya itu.Dia menguis nasi goreng yang berada di dalam pinggan dengan sudu.
 
 
“Terima kasih ayah sebab jaga kami dengan baik.” ucap Azza Ufairah sayu.Terhenti suapan seterusnya oleh Azman.Dia memandang wajah anak tirinya Azza Ufairah dengan penuh kasih sayang.
 
 
“Ayah ini tidak sempurna kakak , banyak buat salah sampai dibenci.Tetapi , ayah tidak pernah putus asa untuk tunjuk kasih sayang ayah pada Aqmal dan Amri.” jelas Azman sayu kepada anak tirinya Azza Ufairah.
 
 
“Ayah sudah lakukan yang terbaik untuk kakak dan adik-adik.” ucap Azza Ufairah sayu kepada bapa tirinya Azman.Dia mengesat airmata yang mengalir.
 
 
“Sudahlah , cepat makan nanti terlambat pula.” ujar Azman memecahkan suasana sunyi di meja makan itu.Mereka menyelesaikan santapan masing-masing.
 
 
 
 
 
Setelah hampir 30 minit perjalanan , akhirnya kenderaan yang dipandu Azman semakin hampir dengan syarikat megah di dalam negara itu.AU Empire adalah sebuah syarikat yang menjual kenderaan mewah berjenama BMW.Dia juga adalah anak syarikat kepada Hasman Holdings yang juga menjual kenderaan mewah.Azza Ufairah bermain dengan jari jemarinya.Hatinya berdebar saat ini.
 
 
Akhirnya mereka selamat tiba di perkarangan AU Empire.Azza Ufairah menuruni kenderaan kancil bapa tirinya itu lalu membawa langkah menuju ke arah pintu utama bangunan tersebut.Dia telah bertemu dengan Aqilah yang membuat panggilan dengannya dan dia dibawa ke pejabat Datuk Azhar Uzair.Setibanya di hadapan pintu pejabat.Pintu diketuk terlebih dahulu.Azza Ufairah melangkah masuk.
 
 
“Assalammualaikum.” ucap Azza Ufairah memberi salam.Kerusi pengarah syarikat itu berpaling membelakanginya.Dia melangkah sedikit hadapan.Tiba-tiba kerusi yang membelakanginya berpusing menghadapnya.Datuk Azhar Uzair terpempan dengan kecantikan Azza Ufairah itu.Sehelai kertas yang berada di atas mejanya diambil.Bersilih ganti dia memandang kertas dan Azza Ufairah.
 
 
“Waalaikummusalam , awak Azza Ufairah ke ?.” soal Datuk Azhar Uzair dengan nada yang mengoda dan sering membuat wanita di luar sana terpikat.
 
 
“Ya saya , saya datang sebab saya akan ditawarkan sesuatu.” jelas Azza Ufairah kepada Datuk Azhar Uzair.Kertas yang berada di tangannya diletakkan di tepi.
 
 
“Sila duduk.” jemput Datuk Azhar Uzair kepada Azza Ufairah.Dia melabuhkan duduknya.
 
 
“Baik , saya tidak mahu berkias dengan awak.Pertama saya hendak tawarkan awak untuk menjadi peneraju syarikat AU Empire ini.Awak berminat ?.” soal Datuk Azhar Uzair serius membincangkan urusan kerja dengan Azza Ufairah.
 
 
“Tetapi kenapa saya ? Bukan ke peneraju kebiasaannya diberi kepada ahli keluarga ?.” soal Azza Ufairah kepada Datuk Azhar Uzair.
 
 
“Sebab saya tiada keluarga , saya anak tunggal.” jelas Datuk Azhar Uzair kepada Azza Ufairah dengan tenang.
 
 
“Baiklah kalau begitu saya setuju.Sebab saya tidak mahu ada masalah dengan sesiapa.” ujar Azza Ufairah jujur dengan Datuk Azhar Uzair.
 
 
“Saya pun tidak mahu beri awak masalah.” ujar Datuk Azhar Uzair selamba.
 
 
“Kedua , saya mahu awak jadi isteri saya yang sah.” ujar Datuk Azhar Uzair sekali lafaz.Azza Ufairah terdiam seketika.
 
 
“Datuk bergurau pun agak-agaklah.” ujar Azza Ufairah selamba kepada Datuk Azhar Uzair.
 
 
“Di dalam banyak hal saya tidak serius.Tetapi apabila melibatkan hati dan perasaan , saya serius.” ujar Datuk Azhar Uzair dengan kata-kata yang mendalam.Azza Ufairah ibarat dipaku.Dia rasa sedang bermimpi.Mahu saja dia tampar pipinya supaya dia tersedar dari lamunan tersebut.
 
 
“Datuk tidak bergurau ke ?.” soal Azza Ufairah inginkan kepastian.
 
 
“Saya serius.Jadi isteri saya.” sekali lagi perkataan isteri diucap oleh Datuk Azhar Uzair.
 
 
“Tapi kenapa ?.” soal Azza Ufairah kepada Datuk Azhar Uzair tanda meminta penjelasan lanjut.
 
 
“Saya rasa sudah sampai masa saya beristeri.Saya tidak pernah bercinta dengan mana-mana wanita.Jadi , awak adalah wanita pertama yang duduk dan bertapak di dalam hati saya.Sekarang ini , kita tidak kenal antara satu sama lain.Jadi selepas bernikah kita boleh buat apa sahaja yang kita mahu.Berkenalan , bercinta , berbulan madu.Kita bebas.” ujar Datuk Azhar Uzair kepada Azza Ufairah.Gadis itu terpinga-pinga dengan permintaan lelaki itu.
 
 
“Jadi isteri saya.” ujar Datuk Azhar Uzair lagi sambil menghulurkan sekuntum mawar kepada Azza Ufairah.
 
 
“Sebulan RM 10k saya akan beri awak.Buatlah apa sahaja yang awak mahu.” ujar Datuk Azhar Uzair bagi menambat hati Azza Ufairah.
 
 
“Saya tidak menjual diri.Saya akan berkahwin juga dengan Datuk kerana saya percaya pada jodoh walaupun saya rasa tidak masuk akal cara Datuk ini.” jelas Azza Ufairah yang kembali bersuara.

WANITA [ COMPLETE ] Where stories live. Discover now