WANITA BAB 14

14 1 0
                                    

Hari demi hari menanti , kepulangan Datuk Azhar Uzair akan disambut hari ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur oleh isterinya Azza Ufairah serta ibunya Puan Sri Ayuni.Pakaian yang cantik dan solekan yang nipis didandankan pada dirinya untuk menyambut kepulangan suami tercinta.Tidak sabar rasanya untuk mendakap tubuh tegap itu erat setelah berminggu-minggu.
 
 
Hampir 45 minit perjalanan , akhirnya mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.Suasana yang riuh rendah dirasai di  dalam kawasan sesak itu.Kepala menjenguk mencari susuk tubuh suami tercinta.Dari arah jauh , wajah tampan Datuk Azhar Uzair sudah memberikan senyuman kepada isterinya Azza Ufairah.Tubuh sasa dipeluk kejap sekali.
 
 
“Sayang rindu abang.” ucapan yang terungkap oleh Azza Ufairah kepada suaminya sebaik sahaja tubuh lelaki itu didakapnya.Dahi luas Azza Ufairah dikucup lembut suaminya Datuk Azhar Uzair.
 
 
“Abang pun rindukan sayang.Sayang apa khabar ? Sihat ?.” soal Datuk Azhar Uzair lembut kepada isterinya itu.
 
 
“Sihat alhamdulillah.Lagi sihat bila dapat bersama dengan abang semula.” ujar manja Azza Ufairah kepada suaminya itu.
 
 
“Mari kita pulang abang.” ajak Azza Ufairah lembut.Mereka berdua beriringan menuju ke tempat parkir kereta yang telah ditunggu oleh pemandu.Beg bagasi di letakkan di dalam bonet kereta dan mereka berdua masuk ke dalam perut kenderaan tersebut.Sepanjang perjalanan , Datuk Azhar Uzair tidak melepaskan genggaman tangannya bersama isterinya Azza Ufairah itu.Dikucup berkali kali dengan lembut dan romantis.Wajah Azza Ufairah sesekali bertukar merah menahan malu.Dia terasa beruntung kerana dibelai dengan penuh kasih sayang dan rasa cinta oleh suaminya Datuk Azhar Uzair.
 
 
Hampir satu jam perjalanan mereka.Akhirnya mereka selamat tiba di rumah.Beg bagasi di bawa keluar dari bonet kereta dan ditarik masuk ke dalam kediaman mewah mereka.Puan Sri Ayuni yang menyusul dari arah belakang itu menepuk lembut bahu anak lelakinya.
 
 
“Azhar dengan Ufairah berehat dulu ya...nanti umi masakkan kegemaran kamu berdua.” ujar Puan Sri Ayuni kepada anak dan menantu kesayangannya itu.
 
 
“Takperlah umi , biar Ufairah bantu umi di dapur.” ujar Azza Ufairah kepada ibu mertuanya yang menawarkan pertolongan.
 
 
“Takper sayang , lagipun suami kamu baru balik.Utamakan suami dahulu ya sayang.” ujar Puan Sri Ayuni kepada menantu kesayangannya iituAzza Ufairah menoleh ke arah suaminya.Datuk Azhar Uzair membuat riak wajah nakal.Dikerling suaminya tajam.
 
 
“Baik umi , kalau perlukan apa apa panggil saja Ufairah ya umi.” pesan Azza Ufairah ringkas dan lembut kepada ibu mmertuanyaLalu , mereka berdua menuju ke kamar beriringan.Setibanya nereka tiba di kamar.Datuk Azhar Uzair menghempaskan badannya yang kepenatan setelah seminggu lebih berada di Dubai itu.Dia mengusap wajahnya lembut dengan kedua telapak tangannya.Azza Ufairah melabuhkan punggungnnya di sebelah suaminya itu.
 
 
“Sayang nak tanya abang sesuatu boleh ? Tapi abang janji jangan marah.” ujar Azza Ufairah kepada suaminya.Wajah isterinya itu ditenung dengan tenang.
 
 
“Apa dia sayang ? Tanya sajalah.” ujar Datuk Azhar Uzair kepada isterinya itu.
 
 
“Abang ada jumpa perempuan lain ke selain sayang dekat Dubai sana ?.” soal Azza Ufairah tanpa bersalah dan ragu ragu.Berderau darah Datuk Azhar Uzair mendengar soalan isterinya itu.Tetapi dia tetap lagak tenang.
 
 
“Lah kenapa sayang tanya macamtu ? Abang kan ada kerja dekat sana ?.” soal dan jelas Datuk Azhar Uzair.Wajah ayu dialihkan ke arah lain.Datuk Azhar Uzair bangun dari pembaringannya.Tangan dan wajah isterinya disentuh serentak.Dia mengusap lembut.Dia mendekatkan tubuhnya dengan isterinya itu.
 
 
“Kenapa ni sayang ? Kenapa tanya semua ni tiba tiba saja ?.” soal Datuk Azhar Uzair tenang walaupun di dalam hatinya sudah tidak rasa tenang dengan soalan yang diajukan oleh isterinya Azza Ufairah itu secara tiba tiba.
 
 
“Manalah tahu , abang ada jumpa perempuan lagi cantik dari sayang dekat Dubai sana.Orang sana kan lawa lawa.” ucap Azza Ufairah sayu.Nada cemburunya jelas untuk difahami oleh Datuk Azhar UUzair
 
 
“Mana ada abang jumpa perempuan lagi cantik dari isteri abang ni ? Isteri abang yang paling cantik di mata dan hati abang.Sayang jangan fikir bukan bukan ya.” ujar Datuk Azhar Uzair tenang.
 
 
“Sayang terlalu sayang dekat abang.Satu saja sayang minta.Jangan menduakan sayang.Kalau sayang ada kekurangan , tegur dan betulkan sayang tetapi bukan cari yang lain.” pinta Azza Ufairah sayu kepada suaminya Datuk Azhar Uzair.Terdiam lelaki itu apabila mendengar permintaan isterinya itu.Dia tahu apa yang sudah di lakukannya itu pasti akan menghancurkan hati isterinya jika wanita itu tahu.
 
 
“Abang janji.” ungkapan yang ringkas diucapkan kepada isterinya Azza Ufairah itu.Sudah tiada kata kata untuk diungkapkan llagi
 
Selepas maghrib , keluarga kecil Puan Sri Ayuni berkumpul untuk makan malam bersama.Azza Ufairah dan Datuk Azhar Uzair turun bersama untuk makan malam bersama Puan Sri AAyuniPunggung dilabuhkan serta pinggan mereka mula dicidukkan nasi putih.
 
 
“Sedapnya lauk umi masak.” puji Datuk Azhar Uzair kepada ibunya itu.Puan Sri Ayuni tersenyum manis sahaja.
 
 
“Tengoklah ibu mertua siapa ?.” ujar Azza Ufairah membalas pujian suaminya itu.Tertawa kecil Puan Sri Ayuni dibuatnya.Gelakkan kecil memenuhi ruang makan itu seketika.
 
 
“Sayang pun pandai masak macam umi.Tengoklah isteri siapa ?.” usik Datuk Azhar Uzair kepada isterinya Azza Ufairah iituPuan Sri Ayuni hanya menggeleng sahaja melihat telatah anak dan menantunya.Bacaan bismillah dimulakan lalu suapan pertama masuk ke mulut masing–masing.
 
 
“Emm sedapnya umi , nanti umi ajar Ufairah masak lauk macam ni.Boleh Ufairah masakkan untuk abang.” UujarAzza Ufairah kepada ibu mertuanya Puan Sri Ayuni.
 
 
“Boleh sayang.Nanti umi bagi resepi ya.” ujar Puan Sri Ayuni kepada menantu kesayangannya itu.Sedang mereka bersantapan bersama.Tiba–tiba mereka didekati oleh pemandu peribadi Puan Sri Ayuni.
 
 
“Maaf menganggu Puan , ada orang hendak berjumpa dengan Datuk.” ujar pemandu tersebut kepada mereka bertiga.Suasana sunyi seketika.
 
 
“Siapa ? Lelaki ke perempuan ?.” soal Puan Sri Ayuni ingin tahu.
 
“Perempuan , Puan.” jelas pemandu itu lagi.Renungan tajam dihadiahkan kepada anak lelakinya.Kecut perut Datuk Azhar Uzair melihat renungan ibunya itu.Pantas di kembali merenung nasi di dalam pinggannya.
 
 
“Siapa yang nak jumpa kamu tu Azhar ? malam–malam begini pula tu.” soal Puan Sri Ayuni tegas dan was–was dengan anak lelakinya itu.Azza Ufairah hanya diam membisu.Nasi di dalam pinggan dikuis tetapi tidak singgah lagi ke mulutnya.
 
 
“Takper biar Har tengok siapa.” ujar Datuk Azhar Uzair.Dia mencuci tangannya dengan menggunakan air di dalam kendi yang berdekatan lalu melapkan tangannya dan menuju ke pintu utamanya.
 
 
“Maryam ?.” soal Datuk Azhar Uzair kepada wanita yang berdiri jauh di pintu pagar elektrik rumahnya.Dia mendekati isteri keduanya itu.Ya , mereka sudah bernikah di luar negara dengan membawa segala dokumen ke sana.Dia telah mengupah seorang kadi di Malaysia dan menyiapkan segala kemudahan untuk bernikah di Dubai.

WANITA [ COMPLETE ] Where stories live. Discover now