Berada berjauhan dengan keluarga itu sudah menjadi perkara biasa buat Datuk Azhar Uzair.Tetapi bukan dengan wanita yang dicintainya.Azza Ufairah sudah membubar hatinya 100% untuk jatuh cinta terhadapnya.Destinasi yang hendak dituju telah bertukar ke Turki.Datuk Azhar Uzair menghirup kopi panas yang dibancuhnya sebentar tadi.Fikirannya terasa tenang apabila dapat melihat pemandangan yang indah.
Pintu kamarnya diketuk seseorang.Dia mengarahkan masuk ke dalam apabila mendengar ketukan tersebut.Seseorang yang hendak membersihkan kamarnya telah masuk ke dalam kamarnya itu lalu mula membuat sesi pembersihan.Dia merenung gadis muda yang sedang membersihkan kamarnya itu.Dia mendekati gadis itu dari arah belakang.Bahu gadis itu disentuh.Tersentak gadis tersebut dibuatnya apabila disentuh dari arah belakang.
“Are you malaysian ?.” soal Datuk Azhar Uzair ringkas kepada gadis tersebut.
“ Macam mana Encik tahu saya orang Malaysia ?.” soal gadis tersebut dengan riak wajah terkejut dan agak pelik.
“Saya boleh lihat air muka awak tu , macam orang melayu.Dah lama kerja sini ? Duduk dengan siapa ?.” soal Datuk Azhar Uzair kepada gadis tersebut.
“Dah setahun , duduk seorang diri.Saya lari dari negara saya sendiri Encik.” sayu kata-kata gadis itu diakhir kata.
“Nama siapa ?.” soal Datuk Azhar Uzair tenang kepada gadis muda itu.Wanita itu seakan baya isterinya Azza Ufairah.
“Nama saya Maryam.” ucap Maryam sayu.Nadanya tenggelam menahan sebak.Datuk Azhar Uzair mengambil batang penyapu yang berada di tangan Maryam lalu diletakkan ke tepi.Dia merangkul pinggang wanita itu lembut dan menarik ke dalam dakapannya.Terkedu Maryam.
“Awak sudi jadi isteri saya ?.” soal Datuk Azhar Uzair kepada Maryam tanpa berkias.Terkebil-kebil wanita itu dibuatnya.
“Tapi kenapa tiba-tiba saja Encik ? Apa yang Encik hendak lakukan ?.” soal Maryam kepada Datuk Azhar Uzair.
“Saya akan jalankan tanggungjawab saya sebagai seorang suami.” ucap Datuk Azhar Uzair dengan nada serak-serak basahnya itu.Tergoda juga Maryam dibuatnya.
“Saya sudi kalau Encik ikhlas dengan saya.Saya tiada sesiapa Encik.” rayu dan raih simpati Maryam kepada Datuk Azhar Uzair.Dia mendekatkan wajahnya ke dahi Maryam tetapi wajahnya menuruni dan berhenti di sebelah telinga kanan Maryam.Rangkulan dikemaskan lagi.
“Malam ni layan saya.Saya akan bagi saja apa yang awak nak Maryam.Yang penting awak dapat puaskan saya.Saya akan percepatkan perkahwinan kita.” jelas Datuk Azhar Uzair berbisik di telinga kanan Maryam.Wajah mereka hampir bersatu.Maryam merenung lembut wajah Datuk Azhar Uzair.
“Apa sahaja yang Encik minta akan saya turutkan.” ucap Maryam tenang dan bersahaja.Dia tidak terasa tersiksa dengan permintaan keterlaluan Datuk Azhar Uzair itu.Datuk Azhar Uzair mengucup hangat leher jinjang gadis muda itu.Mata Maryam terpejam rapat.Airmatanya mengalir.Dosa yang telah dipersetujui menyelubungi jiwanya.Adakah itu sahaja cara untuk dia dapat hidup mewah ?.
Datuk Azhar Uzair melepaskan kucupan di leher beralih ke bibir munggil Maryam.Dia bagai separuh sedar dengan tindakannya itu.Tanpa rasa bersalah dan berdosa terhadap cintanya kepada Azza Ufairah dia terus menikmati dosa yang dilakukannya.Entah apa yang ada di dalam fikirannya sehingga dia sanggup berbuat demikian.Andai hancur hati isterinya itu apabila dapat tahu tentang kelakuan keji suaminya ini.Tubuh Maryam dibaringkan di atas tilam empuk.Butang pakaian wanita itu ditanggalkan satu persatu.Kucupan mereka kembali bersatu.Wajah tampan Datuk Azhar Uzair menjadi sasaran Maryam meraba seluruh muka.Mereka sedang melayari bahtera dosa dengan nikmatnya.Datuk Azhar Uzair kembali ke perangai asalnya !.
Langit petang menghiasi dada langit dengan warna jingga yang sangat indah.Pada jam 6 petang itu , Azza Ufairah melabuhkan duduknya di kerusi yang terletak di balkoni kamarnya.Hatinya tiba-tiba terasa tidak sedap.Tetapi dia sendiri mengabaikan rasa itu.Inilah waktu yang selalu dia bersama dengan suaminya setiap hari untuk minum petang.Tetapi dia terasa sunyi apabila Datuk Azhar Uzair berjauhan dengannya.Terasa dia mahu membuat panggilan tetapi dia takut menggangu suaminya yang sedang bekerja.Pandangannya dilepaskan bebas ke dada langit yang sangat indah warnanya itu.Kenangan baru berkahwin bersama Datuk Azhar Uzair dikenang semula.Sesekali bibirnya mengukir senyum apabila teringatkan dia boleh menerima lelaki yang tidak pernah dia kenal di dalam hidupnya.
“Umi menganggu Ufairah ke ?.” soal Puan Sri Ayuni kepada menantu tunggalnya itu.Azza Ufairah berpaling dan menghadiahkan sebuah senyuman manis kepada ibu mertuanya Puan Sri Ayuni.
“Tidak umi , marilah duduk minum sekali.” ajak Azza Ufairah ramah dan hormat kepada ibu mertuanya itu.Punggung dilabuhkan di kerusi yang menghadap Azza Ufairah.Air teh panas di tuangkan kedalam cawan yang beralaskan piring.
“Termenung jauh umi tengok.Fikir apa ? Rindu ke ?.” soal Puan Sri Ayuni mengusik menantunya itu.Azza Ufairah tersipu malu.Malu mahu akur apa yang ditebak oleh ibu mertuanya itu.Puan Sri Ayuni tersenyum nipis.
“Abi memang jarang balik ke rumah ke umi ?.” soal Azza Ufairah mengubah topik.
“Pandai ubah tajuk ya.Abi memang jarang balik.Maklumlah , kita dah bermadu.” sayu nada Puan Sri Ayuni ketika melafazkan perkataan ‘madu’ dihadapan menantunya itu.Azza Ufairah terdiam.
“Sakitkan bila kita diduakan.Apa salah kita sebagai seorang wanita ?.” soal Azza Ufairah kepada ibu mertuanya Puan Sri Ayuni.
“Umi memang banyak kelemahan dan kekurangan... .” kata-katanya dipotong oleh Azza Ufairah.
“Tetapi bukan cara begini menghukum.Dengan berkahwin lain ? Adakah abi dapat apa seperti yang abi mahukan di dalam perkahwinan kedua dia ni ? Sempurna yang bagaimana isteri dia itu ? Atau lebih teruk daripada umi ?.” soal Azza Ufairah mempertahankan haknya sebagai seorang wanita dan isteri.
“Uzair tu ada ciri-ciri ikut perangai abi , tapi umi dah halang dia sekeras-kerasnya.” ujar Puan Sri Ayuni.Bagai hilang darah Azza Ufairah dibuatnya.Terkejut dan terkedu dengan penjelasan ibu mertuanya itu.
“Maksud umi ? Abang kaki perempuan jugak ke ?.” soal Azza Ufairah berani untuk mengetahui dan menerima hakikat tentang sikap buruk suaminya itu.
“Dia pernah masuk club malam..Setiap masa.Perempuan bertukar-tukar.Kadang-kadang jumpa perempuan tu dalam keadaan tanpa sehelai benang atas katil dia tu.” jelas Puan Sri Ayuni sambil matanya memberi isyarat ke arah katil yang kini ditiduri oleh Azza Ufairah.Rasa mahu pecah jantungnya apabila dapat tahu yang tempat tidurnya itu pernah menjadi kandang maksiat antara suaminya dan perempuan yang pernah ditiduri oleh lelaki itu.
“Habis macam mana dia boleh berubah umi ?.”soal Azza Ufairah berani walaupun dalam keadaan mengeletar.
“Umi ugut dia , kalau dia tak mahu berubah , dia akan jumpa mayat umi sahaja.Sebab umi tidak mahu dia jadi seperti abi.Alhamdulillah , dia akur.” ucap syukur Puan Sri Ayuni sambil tersenyum nipis.Azza Ufairah menelan liur kesat.
“Umi ugut dia suruh berubah dan abang berubah.Dia betul-betul berubah ke ? Sebab itu bukan dari hati dia umi.” ujar Azza Ufairah sayu dan lemah.Terkedu Puan Sri Ayuni dengan soalan menantunya itu.
YOU ARE READING
WANITA [ COMPLETE ]
RomancePerkahwinan yang tidak dirancang adakah menjamin kebahagiaan rumahtangga ? tidak dapat diungkap sebarang kata-kata oleh Datuk Azhar Uzair dan isterinya Azza Ufairah.Bagaimana wanita yang masih di dalam usia remaja hendak mengatur rumahtangga yang he...