WANITA BAB 2

31 2 8
                                    

Azza Ufairah bukanlah hadir dari keluarga yang mewah tetapi agak berada.Dia seorang anak yatim yang kehilangan ibunya beberapa tahun yang lepas.Dia kini hanya tinggal bersama bapa tirinya serta adik lelakinya dua orang.Aqmal dan Amri adalah dua orang lelaki yang tiada ibu dan bapa seusia mereka masin anak kecil dan remaja.Kini mereka bergantung harap dengan kakak mereka Azza Ufairah.
 
 
Gadis muda ini ialah seorang model produk kecantikan dan solekan.Dia sudah dua tahun bersama syarikat tersebut.Setiap kali dia menjadi dandanan pada papan iklan , pasti produk keluaran syarikat tersebut menjadi popular dan laku keras dijual.Dia juga pernah berurusan beberapa kali bersama Datuk Azhar Uzair di dalam hal perniagaan.
 
 
“Baik Ufairah , kontrak awak untuk bulan ini sudah tamat dan kita akan ke kontrak seterusnya pada bulan hadapan.” jelas penganjur kontrak Azza Ufairah itu.Gadis itu tersenyum riang , rezekinya tidak pernah putus semenjak ketiadaan ibunya di dalam hidup mereka tiga beradik itu lagi.
 
 
“Baik Encik , nanti apa-apa maklumkan kepada pengurus saya sahaja.” jelas Azza Ufairah kepada penganjur kontrak itu.
 
 
“Ufairah , congrats sebab awak berjaya selesaikan kontrak awak dengan penuh disiplin.” ucap Haziq kepada gadis itu.Haziq ialah seorang jurugambar yang bekerja di bawah syarikat tersebut.Dia dijadikan jurugambar khas untuk bahagian pengambaran itu.
 
 
“Terima kasih , Haziq.Awak juga sangat cemerlang di dalam bidang ini.Jadi saya senang bekerja dengan awak kerana mudah memahami.Semoga awak lebih berjaya pada masa akan datang.” ujar Azza Ufaira memuji Haziq juga.Lelaki itu tersenyum manis kepadanya.
 
 
“Awak free tak sekarang ni ?.” soal Haziq kepada Azza Ufairah dengan ramah.
 
 
“Mesti nak ajak saya keluar minum ni ?.” soal Azza Ufairah meneka.
 
 
“Saya tanya saja.Kalau sudi , marilah.Sekejap saja.Nanti saya hantar awak balik.” jelas Haziq kepada Azza Ufairah.
 
 
“Tak apa Haziq , nanti lepas kita habis minum awak terus hantar saya ke sini semula sebab ayah saya yang akan ambil saya nanti.” ujar Azza Ufairah kepada Haziq itu.Lelaki itu membuat wajah yang kurang suka.Dia tidak berkenan dengan bapa tiri Azza Ufairah itu.
 
 
“Mari.” ajak Haziq kepada gadis itu.
 
 
Selepas 20 minit perjalanan di dalam kenderaan , mereka tiba di sebuah cafe.Haziq berkelakuan romantis membukakan pintu kenderaan bahagian penumpang buat Azza Ufairah.Gadis itu hanya mengucapkan terima kasih dan menghadiahkan seukir senyuman di bibir.Walaupun dia kurang selesa dengan cara Haziq itu.Kerana mereka bukan pasangan bercinta.
 
 
“Order air , dekat sini pada saya air coffe latte dia memang terbaik.” jelas Haziq mempromosikan minuman yang sedap kepada Azza Ufairah.Gadis itu terus membuat pesanan air tersebut.
 
 
“Ufairah , saya hendak bertanya sedikit.Kenapa awak masih berhubung dengan bapa tiri awak itu sedangkan ibu awak sudah tiga tahun meninggal dunia.Dia bukan tua sangat pun.Dia masih berkudrat untuk menyara diri dia.” Haziq mempersoalkan tentang hubungan Azza Ufairah bersama bapa tirinya.
 
 
“Pertama , sebab itu ayah tiri saya walaupun dia bukanlah ayah kandung saya.Kedua , dia tidak pernah tinggalkan atau abaikan kami adik-beradik semasa ibu sakit.Dia bekerja siang dan malam untuk mencari rezeki.Susah payah sekolahkan kami.Sedangkan dia hanya ayah tiri sahaja.Tetapi dia sangat bertanggungjawab.Ketiga , saya sayang dia macam ayah saya.Ya saya akui usia belum cecah 40an lagi.Hendak cukupkan lagi dua tahun itu sudah tidak lama lagi.Tetapi , dia sudah bekerja dari usianya remaja.Jadi bila usianya baru cecah 38 tahun pun , dia sudah nampak seperti 40an.Saya mahu jaga dia selagi saya ada daya.” ucap Azza Ufairah kepada Haziq dengan tenang.
 
 
“Tetapi bukan ke awak patut lebih ambil hati adik-adik awak ? Mereka bukan sukakan ayah tiri awak pun.” Haziq mempersoalkan sekali lagi.
 
 
“Ya betul , demi menjaga hati adik-adik saya perlu ke saya biadab dengan dia ? Seperti abaikan dia ? Kurang beri perhatian pada dia ? Saya perlu didik adik-adik saya untuk menjadi orang yang beradab.Siapa pun dia , dia tetap ayah kami.” jelas Azza Ufairah tenang.
 
 
 
 
 
Azman ialah bapa tiri kepada Azza Ufairah , Aqmal dan Amri.Dia berkahwin dengan ibu mereka bertiga kerana suka sama suka.Dia tidak pernah meninggalkan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa kepada anak-anak tirinya itu.Dia hanya melakukan tanggungjawabnya sahaja tanpa menganggu anak-anaknya.Kasihnya seperti ayah kandung.
 
 
Selepas pulang dari kerja , sudah menjadi kebiasaannya untuk mengambil anak perempuannya Azza Ufairah dengan kereta kancil yang agak lusuh di luar itu.Gadis itu sangat baik dengannya.Tetapi lain pula dengan sikap Aqmal dan Amri yang sentiasa dingin dengannya.Panggilan ayah tidak pernah keluar dari mulut mereka berdua.Melainkan Azza Ufairah sahaja yang memanggil.
 
 
“Kakak , maaf ayah lambat ambil kakak.Tadi jalan dekat depan sana tu sibuk.Banyak sangat kereta.” jelas Azman tentang kelewatannya kepada anak tirinya Azza Ufairah selepas gadis itu melangkah masuk ke dalam kenderaan.
 
 
“Tak mengapalah ayah , kakak faham.Ayah dah makan ke ?.” soal Azza Ufairah kepada bapa tirinya itu.Dia tahu sikap mengikat perut bapa tirinya itu.Dia lebih rela tidak makan di luar demi menyimpan duit buat anak-anak lelakinya belajar dengan duit simpanan tersebut.Walaupun , pulang ke rumah dia perlu makan nasi dan kicap sahaja.
 
 
“Nanti balik ayah makanlah.” ujar Azman lemah.Dia tahu apa yang ada di dalam fikiran anak tirinya itu.Kenderaan bergerak laju di atas jalan raya dengan cermat yang dipandu oleh Azman.
 
 
“Ayah ni pun , janganlah ikat perut sangat.Buat apa simpan duit untuk diorang ? Kakak ada boleh tanggung.Duit ayah tu , ayah guna sajalah.” jelas Azza Ufairah kepada bapa tirinya itu.
 
 
“Tak apalah kakak , kakak pun dah banyak bantu keluarga.Bagilah ayah bantu juga.” ujar Azman sayu nadanya.Pandangannya hanya tumpu pada pemanduan sahaja.Tetapi riak wajah sayu dapat dilihat oleh Azza Ufairah dari sisi.
 
 
“Ayah sudah banyak berkorban untuk kami.Tetapi ayah lihatlah sendiri Aqmal dan Amri buat apa pada ayah ?.” soal Azza Ufairah kepada bapa tirinya terhadap sikap adik-adik lelakinya itu.
 
 
“Tak apalah kakak , ayah tidak harapkan apa-apa balasan.Nanti mereka boleh terima ayah juga.Ayah okay saja.” jelas Azman menenangkan keadaan yang mula hendak tegang diantaranya dan Azza Ufairah.
 
 
“Susahlah ayah ni , baik sangat sampai kena pijak kepala.Ramai tak suka ayah pun ayah okay.” ujar Azza Ufairah bengang.
 
 
“Kakak kerja baik-baik.Nanti ada jodoh kahwin sajalah.” ujar Azman kepada anak tirinya itu.
 
 
“Kalau kakak kahwin siapa yang hendak tengokkan ayah dan adik ?.” soal Azza Ufaira kepada bapa tirinya Azman.
 
 
“Doalah dapat orang kaya.Belikan adik-adik rumah.Kakak duduk dengan suami pun tidaklah risau sangat.Ayah jangan dipikirkan lagi.Nanti pandailah ayah jaga diri.” ujar Azman tenang kepada anak tirinya Azza Ufairah itu.
 
 
“Kalau begitu cara ayah , kakak tidak mahu kahwin.” jelas Azza Ufairah tegas.Sedikit pertelingkahan berlaku diantaranya dan Azman.
 
 
 

WANITA [ COMPLETE ] Where stories live. Discover now