Sudah dua hari Maryam berada di kediaman agam dan mewah milik Datuk Azhar Uzair itu sebagai pembantu rumah.Mereka sudah berjanji untuk merahsiakan hubungan dan perkahwinan mereka dari semua pihak.Tetapi Datuk Azhar Uzair tetap mahu Maryam berada dekat dengannya.Jadi Maryam bersetuju untuk menjadi pembantu rumahnya.Supaya mereka boleh selalu mendekati antara satu sama lain.
Pada pagi ini sepatutnya Datuk Azhar Uzair perlu hadir ke mesyuarat khas tetapi dibatalkan oleh pihak syarikat kerana ada urusan yang penting.Dia mengambil insiatif untuk beristirahat di rumah sahaja.Dia menyisir rambutnya rapi.Minyak wangi disembur serata seluruh tubuh.Wajah yang tampan dipandang ke cermin.Telefon bimbitnya diambil dan dibawa bersama untuk ke tingkat bawah.
“Good Morning sayang.” ucap Datuk Azhar Uzair kepada isterinya Azza Ufairah.Dahi isterinya dikucup lembut.Ada mata sedang memerhati kemesraan mereka berdua tanpa disedari.Pandangan itu hanya merenung tajam.
“Good Morning abang , abang tak kerja ke harini ?.” soal Azza Ufairah pelik apabila melihat suaminya tidak berpakaian kerja pada hari ini.Tubuh sasa lelaki itu dipeluk dari hadapan.Datuk Azhar Uzair menyambut pelukan isterinya.
“Abang tak kerja sayang , harini mesyuarat dibatalkan lagi.Jadi abang nak luangkan masa dengan isteri abang saja.” ucap Datuk Azhar Uzair kepada isterinya Azza Ufairah.
“Emm , sebenarnya sayang baru nak minta izin abang.Sayang nak keluar jumpa kawan- kawan sayang.Dah lama tak jumpa dorang.Boleh tak abang ?.” pinta Azza Ufairah manja.Datuk Azhar Uzair mengeluh kecil.
“Baru nak luang masa dengan sayang.” ucap Datuk Azhar Uzair lemah.Dia memeluk tubuh isterinya erat dari sisi.Bahu isterinya dikucup lembut.
Alaa abang , sayang bukan selalu spend time dengan diorang.Nanti sayang balik kita spend time together okay.” pujuk manja Azza Ufairah kepada suaminya Datuk Azhar Uzair.
“Iyalah , tapi jangan lama ya..sebentar saja.Kemudian balik.Bila balik nanti , masa abang pula nak bersama dengan sayang.” ujar Datuk Azhar Uzair serius.Azza Ufairah pantas mengucup manja pipi suaminya.Dia memberi senyuman manis dan comel kepada suaminya itu.Senyuman yang membuat para wanita di luar sana cair dihadiahkan kepada isterinya Azza Ufairah.
“Thank you abang.Sayang abang.I love you husband !.” ucap Azza Ufairah romantis kepada suaminya Datuk Azhar Uzair.Tanpa disedari , Maryam sudah mendekati mereka berdua.
“Datin hendak saya persiapkan pakaian Datin ke ?.” soal Maryam lembut kepada Azza Ufairah.Terkejut wanita itu apabila perbualannya yang romantis bersama suami tercinta disampuk oleh orang asing.
“Takper , biar saya siapkan sendiri barang saya.Terima kasih.” ucap Azza Ufairah kepada Maryam.Datuk Azhar Uzair merenung wajah ayu Maryam.Dia sudah tahu apa hendak lakukan apabila isterinya yang pertama keluar sebentar sahaja lagi.Dia menghadiahkan senyuman nipis kepada Maryam.Disambut oleh Maryam dengan senyuman nipis juga.Azza Ufairah tidak menyedari kelakuan mereka berdua.
“Abang , sayang naik atas bersiap dulu ya.Nanti lambat pula jumpa kawan.” ujar Azza Ufairah lembut kepada suaminya Datuk Azhar Uzair.Kaki laju melangkah menaiki anak tangga , tidak sabar di dalam hati untuk bertemu rakan lamanya.Datuk Azhar Uzair berpatah balik menuju ke arah Maryam yang sedang lap meja kaca di ruangan menuju ke ruang makan.
“Saya minta maaf kalau buat awak cemburu.” ujar Datuk Azhar Uzair sayu.Dia menyentuh bahu Maryam lembut tetapi ditepis Maryam.Itu sudah cukup memberi tanda kepada Datuk Azhar Uzair bahawa dia perlu memujuk isterinya itu.
“Sayang… .” panggil Datuk Azhar Uzair dengan nada meleret yang sangat mampu membuat semua wanita cair.Maryam menoleh lembut wajah suaminya itu.
“Bukan main lagi awak layan Ufairah ya.Layanlah di tempat lain kenapa di hadapan saya ?.” soal Maryam manja dalam nadanya yang merajuk.Datuk Azhar Uzair tertawa sinis.Dia memegang kejap kedua belah bahu isterinya itu.
“Sayang , kita tunggu dia keluar lepastu saya bawa awak ke bilik okay.Hanya kita berdua.” ucap Datuk Azhar Uzair kepada Maryam dengan lembut.
“Peluk saya.” arah Datuk Azhar Uzair lembut kepada isteri keduanya Maryam.Permainan yang dibuat oleh Datuk Azhar Uzair sekarang ini sedang diperhatikan sepasang mata di tingkat atas.Maryam senyum sinis kepada gerangan tersebut.Perancangan demi perancangan sedang berjalan dengan lancar.Leher suaminya dikucup lembut.Mata Datuk Azhar Uzair terpejam seketika.
“Sayang.Nanti dia turun susah kita.Nanti ya.” ucap Datuk Azhar Uzair tenang.Maryam akur akan kata-kata suaminya.Dia menyambung semula melakukan tugas.
“Abang , sayang keluar dulu ya.” ucap Azza Ufairah kepada suaminya Datuk Azhar Uzair lembut dan manja.Tangan suaminya dikucup lembut.
“Sayang jangan lama-lama ya.” pesan Datuk Azhar Uzair ringkas kepada isterinya Azza Ufairah.Dia melambaikan tangannya kepada wanita itu.Diperhatikan sehingga kelibat Azza Ufairah hilang dari pandangan.
“Tadi awak cakap nak ajak saya ke bilik kan ? Bilik mana ? Saya ke awak ?.” soal Maryam dengan nada dan cara menggoda suaminya itu.Terkedu seketika Datuk Azhar Uzair dengan tindakan isteri keduanya Maryam itu.
“Kenapa awak hendak ke bilik saya ? kita ke bilik awaklah.” ujar Datuk Azhar Uzair kepada isterinya itu.
“Saya buatkan awak air nak ? awak tunggu kejap ya.” ujar Maryam lembut kepada suaminya Datuk Azhar Uzair.
“Boleh sayang , saya tunggu di sini ya.” ucap Datuk Azhar Uzair kepada isterinya itu.Maryam terus membawa langkahnya menuju ke dapur.Setibanya di dapur , dia terus membancuh secawan air dan meletakkan serbuk ubat tidur.Dia telah merancang sesuatu tanpa pengetahuan Datuk Azhar Uzair.
“Jom awak kita masuk bilik.” ajak Maryam menggoda.Sambil tangan sebelahnya memegang cawan yang berisi air panas yang dibancuhnya sebentar tadi.Datuk Azhar Uzair hanya menturuti ajakan dan pelawaan isteri keduanya itu.Setibanya di kamar bahagian dapur , tubuh Datuk Azhar Uzair ditolak lembut oleh Maryam sehingga jatuh terduduk di atas katilnya.Maryam menghulurkan secawan air panas tadi itu kepada suaminya dan menyuruh lelaki itu meminum air panas tersebut.Selepas beberapa minit dia menghabiskan air tersebut , kepalanya terasa berat dan berpusing seperti ada berlakunya gempa bumi.Kemudian , dia tidak sedarkan diri.
Mata yang rapat terpejam dibuka perlahan-lahan.Datuk Azhar Uzair melihat sekelilingnya.Berderau darahnya apabila melihat isterinya Azza Ufairah berada di sisinya.Tetapi dia masih berada di dalam kamar isteri keduanya Maryam.Airmata yang mengalir di pipi terlihat jelas.Hancur hati seorang isteri apabila mendapat tahu suaminya menduakan dirinya.Tidak tahu di mana silapnya sehingga sebegini sekali dihukumnya.
“Sayang… .” panggil Datuk Azhar Uzair sayu.
“Jangan panggil aku sayang kalau tiada rasa di dalam hati kau , jantan tak guna.” ujar Azza Ufairah kepada suaminya Azhar Uzair.Kata-katanya agak kesat dan kasar.Tetapi itulah sesuai untuk orang yang permainkan hati dan perasaannya.
“Sayang biar abang jelaskan dulu.” pinta Datuk Azhar Uzair merayu kepada Azza Ufairah.
“Engkau nak jelaskan apa lagi ?.” soal Azza Ufairah menjerit kepada suaminya.Terkedu lelaki itu dengan tindakan mengganas isterinya itu.Akibat yang dibuatnya bakal diterima mulai sekarang.
YOU ARE READING
WANITA [ COMPLETE ]
RomancePerkahwinan yang tidak dirancang adakah menjamin kebahagiaan rumahtangga ? tidak dapat diungkap sebarang kata-kata oleh Datuk Azhar Uzair dan isterinya Azza Ufairah.Bagaimana wanita yang masih di dalam usia remaja hendak mengatur rumahtangga yang he...