WANITA BAB 12

13 1 0
                                    

Pada bari ini , Datuk Azhar Uzair akan berangkat ke luar negara bersama pasukan kerjanya untuk suatu mesyuarat yang besar di Kota London.Dia akan meninggalkan isterinya untuk beberapa hari.Berat sungguh hati Datuk Azhar Uzair untuk berjauhan dengan isterinya Azza Ufairah dalam beberapa hari.Rasa sayang itu benar memupuk rasa di dalam hatinya.
 
Dia bergerak menuju ke ruang bacaan untuk mendapatkan isterinya.Azza Ufairah sedang membelek buku-buku yang tersusun rapi di raknya tersebut.Lembut tangan suaminya meraangkul pinggangnya yang sudah agak berisi.Dia tersenyum lebar.Datuk Azhar Uzair tidak melepaskan peluang bersama isterinya.Leher jinjang isterinya dikucup lembut.Dagunya ditongkatkan di atas bahu isterinya itu.Azza Ufairah mengerling manja suaminya.
 
 
“Sayang buat apa di sini ? Abang dah nak pergi kejap lagi.Jomlah , lepak dengan abang sekejap.” ajak Datuk Azhar Uzair.
 
 
“Sekejaplah abang , sayang tengah pilihkan buku untuk abang.Abang kan suka membaca di waktu lapang.Nanti boleh abang baca buku yang sayang bekalkan ni.” ujar Azza Ufairah kepada suaminya Datuk Azhar Uzair.
 
 
“Terima kasih sebab jaga abang dengan rapi.Sampai ke hobi abang pun sayang jagakan.Luar biasa betul isteri abang ni.” ucap Datuk Azhar Uzair kepada isterinya Azza Ufairah.Tangan isterinya itu diraih lembut.Dia membawa isterinya ke dalam dakapannya.Azza Ufairah tersenyum manja dan malu.
 
 
“Nanti semasa abang tiada jangan nakal-nakal ya sayang.Always kena update dengan abang apa yang sayang buat sepanjang abang tiada di Malaysia.Okay baby !.” Noktah arahan Datuk Azhar Uzair tanpa membiarkan isterinya memberi jawapan.
 
 
“Iya abang , sayang tahu.Sayang akan selalu update abang untuk beritahu setiap apa yang sayang lalui di sini.” ujar Azza Ufairah manja dan lembut kepada suaminya itu.Lelaki berbadan tegap itu menolak isterinya ke atas sofa yang terletak di bilik bacaan miliknya dengan bersahaja.Tersentak Azza Ufairah dengan tindakan suaminya yang drastik itu.
 
 
“Abang , kenapa ni ? Sakitlah sayang.” rungut Azza Ufairah kepada suaminya yang sudah mula mendekatkan wajahnya itu.
 
 
“Tak faham lagi ke ?.” soal Datuk Azhar Uzair nakal.Kerlingan tajam menikam anak mata lelaki itu.Azza Ufairah merasa geram dengan suaminya.Kalau iya pun nak aku jangan sampai tolak-tolak macam itu , sakit tahu tak !.
 
 
“Takda mood.” ujar Azza Ufairah ringkas dan padat.Lantas dia bangkit dan laju membawa langkahnya ke kamar tidur mereka.Datuk Azhar Uzair terkaku melihat gerak geri isterinya sehingga hilang bayang wanita itu.Dia berdecit perlahan.
 
 
“Aduhh ! Kasar sangat ke aku buat tadi ? Merajuk lah pulak ? Memang tak dapatlah jawabnya.” bebel Datuk Azhar Uzair seorang diri.Kakinya terus diatur laju menuju ke kamar tidur mereka di tingkat tiga.Setibanya berdekatan dengan kamar , langkahnya dikawal perlahan dan terus terkaku di hadapan pintu kamar.Tangannya turun naik serba salah hendak mengetuk pintu kamar.Pasti sudah dikunci Azza Ufairah.
 
 
“Sayang.” panggil Datuk Azhar Uzair sayu kepada isterinya Azza Ufairah itu.Dia mencuba pulas tombol pintu tersebut dan ternyata isterinya itu mengunci dari arah dalam.Kepalanya disandarkan pelahan di muka pintu kamarnya itu.Sekali lagi dia menyeru isterinya dengan lembut dan penuh kasih.
 
 
“Sayang , bukalah pintu ni.Abang minta maaf kalau berkasar dengan sayang malam tadi.Abang minta maaf yer sayang.Please , open the door baby !.” pinta Datuk Azhar Uzair yang semakin lunak manja nadanya.Tiba-tiba kedengaran telapak kaki sedang berjalan mendekatinya disebalik pintu kamar.Tombol yang dipegang itu terpulas dari arah dalam.Pantas dia membuka dan mendapatkan susuk tubuh isterinya itu.
 
 
“I’m sorry baby ! Forgive me.” ucap Datuk Azhar Uzair lembut kepada isterinya itu.
 
 
“Sayang , jangan diam macam ni.Cakaplah dengan abang.Sakit sangat ke abang buat tadi tu ? Kita pergi klinik yer.Takpa , nanti kalau doktor tanya sayang kenapa , sayang cakap saja abang yang buat.Abang bertanggungjawab dengan apa yang sudah abang buat.” ucap Datuk Azhar Uzair sayu dan serius.Azza Ufairah mengangkat wajahnya yang sudah dibanjiri airmata itu.Dia menikam anak mata suaminya.
 
 
“Sebenarnya…sebenarnya…sayang sebenarnya… .” luahannya terputus-putus ketika dia hendak menjelaskan sesuatu kepada suaminya Datuk Azhar Uzair itu.
 
 
“Kenapa sayang ? Beritahu abang , apa yang sayang rasa ? Sakit dekat mana ?.” ujar Datuk Azhar Uzair gelabah apabila dia melihat isterinya itu sudah berjuraian airmata.
 
 
“Sebenarnya… .” terputus lagi katanya-katanya.Datuk Azhar Uzair sudah tidak keruan lagi.Tangan kirinya sudah naik mengusap hingga kebelakang kepala.Tangan kanannya pula sudah bercekak pinggang.
 
 
“….sayang lapar.” ucap Azza Ufairah lemah di dalam esakan yang kecil.Terus sahaja dia menekup wajahnya pada dada bidang suaminya itu.
 
 
PAP !.Tepuk dahi Datuk Azhar Uzair dibuatnya.Sudah matian dia ingat kerana tindakannya yang kasar tadi membuatkan isterinya itu mengalirkan airmata.Rupanya kerana perut wanita itu sudah memainkan lagu keroncong ana.
 
 
“Tapi , yang abang buat tadi tu sakit tak ?.” soal Datuk Azhar Uzair meminta kepastian daripada isterinya Azza Ufairah.
 
 
“Tak , saja jer.Sebenarnya abang tolak tak kuat pun tapi sebab tengah lapar.So , auto badmood.” ujar Azza Ufairah selamba kepada suaminya.Terkelip-kelip mata Datuk Azhar Uzair memandang isterinya itu.Kemana perginya airmata yang beria mengalir tadi ?.
 
 
“Sudah , jom pergi makan.Sayang ni suka mainkan abang macam ni kan ? Sampai hati.Suka ya tengok abang risau tak menentu ?.” soal Datuk Azhar Uzair dalam nada rajuknya.Terdiam pula Azza Ufairah apabila suaminya itu merajuk dengannya.
 
 
“Abang , sorrylah.Sayang tak sengaja.Sayang janji lain kali tidak buat lagi.Sorry okay !.” pinta Azza Ufairah lembut dan manja.Datuk Azhar Uzair menghempas badannya lembut di atas tilam tebal miliknya itu.
 
 
“Pergilah siap dulu , nanti abang pula nak bersiap.” ujar Datuk Azhar Uzair ringkas dan mendatar nadanya.Mata dipejam rapat dan tangannya bersatu di atas perutnya.Azza Ufairah terkebil-kebil pula melihat suaminya yang sudah rajuk dengannya.Kepala yang tidak terasa gatal digarunya laju.
 
 
“Okay.” jawab Azza Ufairah lemah kepada suaminya itu.Dia terus membawa langkahnya ke kamar mandi untuk membersihkan tubuhnya dan membuat gantian pakaian baharu untuk keluar makan bersama suaminya.Dia hanya mengenakan pakaian yang kasual.
 
 
“Abang , bangunlah bersiap.Nanti kita terlambat hendak pergi makan.Sayang dah lapar sangat.” kejut Azza Ufairah.Dia mengoncang lembut tubuh suaminya.Namun tidak bergerak lansung.Dia agak terkaku.
 
 
“Abang… .” panggil Azza Ufairah lembut dan perlahan.Dia sudah mengeletar kaki dan tangan.
 
 
“Abang , bangunlah…tak kelakar lah.” marah Azza Ufairah dalam tangisnya.Tidak dapat lagi menahan tawa.Terhambur juga tawa Datuk Azhar Uzair.Dadanya dipukul kuat oleh Azza Ufairah.
 
 
BUK !.Dia memegang dadanya kerana menahan sakit.
 
 
“Sayang sorrylah.Abang tidak tahu kenapa abang suka kacau sayang harini.” ujar Datuk Azhar Uzair dengan selamba.Dia tersenyum memandang wajah isterinya yang sedang marah itu.
 
 
“Suka buat sayang nangis ?.” soal Azza Ufairah di dalam baki tangisannya.Datuk Azhar Uzair lantas menarik isterinya itu ke dalam dakapannya.Hangat terasa.Airmata semakin deras mengalir.Dua perasaan berbeza sedang bersatu rasa.Marah dan rindu.Ya , dia akan rindu dengan gelagat dan ragam manja suaminya itu.Di dalam pada masa yang sama , dia juga marah kerana diperlakukan begitu.

WANITA [ COMPLETE ] Where stories live. Discover now