Perkahwinan yang dibina semakin ke terasa bahagia dan nikmat.Apatah lagi mempunyai pasangan yang terlalu mencintai antara satu sama lain.Tetapi , walaupun mereka nampak bahagia di khalayak umum , rumahtangga mereka tetap diuji hebat dengan kehadiran orang ketiga tanpa pengetahuan sesiapa.Qairina adalah nama yang menjadi perdebatan diantara Datuk Azhar Uzair dan Azza Ufairah.
Wanita itu sering memberi pesanan ringkas dan romantis kepada Datuk Azhar Uzair.Sesekali , Azza Ufairah terjumpa pesanan tersebut di telefon pintar suaminya.Walaupun pesanan itu tidak dibalas suaminya Datuk Azhar Uzair tetapi hatinya tetap pedih melihat pesanan yang dihantar oleh Qairina kepada suaminya Datuk Azhar Uzair itu.Dia hanya berdiam dahulu.
“Sayang , buat apa ni ? Kenapa tak rehat lagi ni ? Dari tadi pagi sayang buat kerja tanpa henti.Sudahlah , nanti abang sambung kemaskan semua ni.Pergi rehat sana.” arah Datuk Azhar Uzair kepada isterinya Azza Ufairah.Tangannya mula menjalar menyentuh bahu isterinya lalu diurut perlahan dan lembut.Azza Ufairah terbuai dengan urutan suaminya itu.Itu yang diharapkan sebenarnya tetapi segan hendak meminta bantuan suaminya.
“Takpalah abang , sayang okay.” jawab Azza Ufairah ringkas kepada suaminya Datuk Azhar Uzair.Tangannya masih membuat kerja di dapur.
“Abang , sayang nak tanya sesuatu boleh ?.” soal Azza Ufairah dengan nada sesuatu yang mencurigakan.Datuk Azhar Uzair tenang hendak menjawab bakal soalan isterinya Azza Ufairah itu.
“Apa dia sayang ?.” soal Datuk Azhar Uzair lembut kepada isterinya Azza Ufairah.Tangannya yang sedang mengurut di bahu itu terhenti lalu menjalar ke pinggang isterinya dan dipeluk kejap pinggang wanita itu.Dagu ditongkatkan pada bahu isterinya Azza Ufairah.
“Qairina tu kawan abang ke ?.” soal Azza Ufairah kepada suaminya Datuk Azhar Uzair.Senyuman nipis terukir di bibirnya.
“Kenapa sayang tanya ? Kenal ke ?.” soal Datuk Azhar Uzair mengusik.Azza Ufairah menampar lengan suaminya lembut.
“Tak kenal pun tapi tengok macam penyibuk saja ?.” kutuk Azza Ufairah selamba kepada suaminya Datuk Azhar Uzair.
“Penyibuk rumahtangga orang ?.” soal Datuk Azhar Uzair lagi untuk kepastian di sebalik kata isterinya Azza Ufairah itu.
“Tahupun.” ujar Azza Ufairah kepada suaminya Datuk Azhar Uzair selamba.
“Dia tak tahu ke abang dah kahwin ada isteri ?.” soal Azza Ufairah kepada suaminya Datuk Azhar Uzair dengan serius.Tetapi suaminya itu hanya tersengih-sengih sahaja.
“Tahu sayang , tapi mungkin dia ingat isteri abang tak campur urusan kerja abang.” ucap Datuk Azhar Uzair selamba kepada isterinya Azza Ufairah.
“Memang sayang tak masuk campur pun , tapi satu syarikat abang dah tahu yang abang dah ada isteri.” ucap Azza Ufairah bersahaja nadanya kepada Datuk Azhar Uzair.
“Kuat betul sayang punya cemburu ni , abang tak mampu nak ubah dia sebab itu cara dia sayang.Dia memang gedik.” ujar Datuk Azhar Uzair kepada isterinya Azza Ufairah.Dia tenang sahaja memandang wajah tampan suaminya.
“Tak kisahlah abang , tapi dia tak perlu mengedik dengan suami orang.Memang ada cita-cita nak jadi perampas ke ?.” soal Azza Ufairah selamba.Terdiam Datuk Azhar Uzair memandang isterinya itu.
“Sayang tak baik cakap macam tu.” ujar Datuk Azhar Uzair menasihati suaminya Azza Ufairah.
“Memang nampak tak baik , tapi hati perempuan sayang siapa yang tahu ?.” soal Azza Ufairah mempertahankan suaminya Datuk Azhar Uzair.
Suasana petang menemani Datuk Azhar Uzair dan Azza Ufairah di halaman kediaman banglo mereka.Semenjak dari pertelingkahan lidah antara Datuk Azhar Uzair dan isterinya itu , Azza Ufairah lebih banyak berdiam diri daripada terus berkata-kata dengan suaminya Datuk Azhar Uzair.Air panas yang dibancuh di dalam teko itu dituang ke dalam cawan beralaskan piring lalu dihulurkan kepada suaminya Datuk Azhar Uzair.
Datuk Azhar Uzair hanya perhatikan tindak tanduk isterinya Azza Ufairah itu.Dia beralih tempat duduk lalu duduk disebelah isterinya Azza Ufairah.Dia memaut lembut bahu isterinya itu.Lalu diusap-usap manja.Matanya tidak berkelip memandang wajah isterinya dari sisi.Azza Ufairah berlagak selamba sahaja dengan suaminya Datuk Azhar Uzair.
“Abang tahu sayang marah dengan abang.” ujar Datuk Azhar Uzair.Hanya bunyi kicauan burung yang berterbangan bebas sahaja menghiasi suasana petang mereka.Azza Ufairah tidak membalas penyataan suaminya Datuk Azhar Uzair itu.
“Sayang… .” panggil Datuk Azhar Uzair meleret.Dia mengusap lembut pipi isterinya dari sisi.Tetapi dia terasa tangannya basah dengan air.Laju dia menarik lembut dagu isterinya supaya memandang wajahnya.Alangkah terkejutnya Datuk Azhar Uzair apabila melihat wajah isterinya sudah basah dibanjiri airmata.
“Sayang !.” seru Datuk Azhar Uzair kalut melihat isterinya yang sudah menangis.Airmata wanita itu laju mengalir tanpa henti walaupun tiada esakan kedengaran.
“Qairina suka abang kan ? Abang tak boleh tipu sayang lagi.Jujur.” ujar Azza Ufairah memaksa suaminya Datuk Azhar Uzair membuat pengakuan.
“Tidak sayang , abang sayangkan awak sangat-sangat.Mana ada perempuan lain di dalam hati abang ini.Ya , Qairina tu memang begitu perangainya.Tapi abang tidak tertarik pun.Tolong faham abang , abang cuma sayangkan sayang abang ni seorang saja.” ucap Datuk Azhar Uzair memujuk cinta hatinya Azza Ufairah.
“Abang boleh tahan ke dengan godaan perempuan macam Qairina itu ? Sayang tak percaya sedikit pun perempuan macam dia itu.Sayang pernah berada di dalam pengalaman yang pahit melibatkan orang ketiga.Abang tidak perlu pujuk sayang untuk berdamai dengan dia.” ucap Azza Ufairah kepada suaminya Datuk Azhar Uzair mendatar.
“Jadi sayang memang tidak percayakan abang lansung ? Marah sangat ke dengan abang disebabkan Qairina ? Abang boleh buat apa saja dengan sikap dia macam itu sayang ?.” soal Datuk Azhar Uzair agak tegas kepada isterinya Azza Ufairah.
“Takpalah abang.Sayang minta maaf kalau bangkitkan isu ini dengan abang.” ucap Azza Ufairah lemah dan sayu lalu dia bangkit dari duduknya dan hendak membawa langkah ke ruang tamu.Terhenti beberapa langkahnya apabila ditangannya ditarik lembut oleh Datuk Azhar Uzair.Tubuhnya di bahagian belakang menghempas dada suaminya.
“Sayang , tiada niat di dalam hati abang hendak lukakan hati sayang.Cuma abang minta , jangan sayang ungkit lagi perkara ini.Janji dengan abang , please.” ucap Datuk Azhar Uzair meminta isterinya Azza Ufairah berjanji dengannya untuk berdamai tanpa bercerita tentang wanita lain.
“Baik.” jawab Azza Ufairah sekilas.Dia terus menarik lengannya yang digenggam erat Datuk Azhar Uzair lalu meninggalkan lelaki itu dengan suasana yang sepi.
“Kalau dia tahu apa yang Qairina tuntut pada aku mesti dia tinggalkan aku.Ya allah , kau selamatkanlah rumahtangga aku yang telah aku bina dengan perasaan sayang dan cinta ini ya allah.” pohon Datuk Azhar Uzair di dalam hatinya yang lara.Dia mengeluh kecil.Senja menghiasi langit petang.Datuk Azhar Uzair membawa langkah ke dalam kediamannya.
YOU ARE READING
WANITA [ COMPLETE ]
RomancePerkahwinan yang tidak dirancang adakah menjamin kebahagiaan rumahtangga ? tidak dapat diungkap sebarang kata-kata oleh Datuk Azhar Uzair dan isterinya Azza Ufairah.Bagaimana wanita yang masih di dalam usia remaja hendak mengatur rumahtangga yang he...