Hari demi hari berlalu.Tarikh untuk ke mahkamah bakal menjelang tidak lama lagi.Walaupun itu keinginannya , tetapi dia terasa berat hati hendak melalui semua ini.Perasaan sayang terhadap suaminya Datuk Azhar Uzair teramatlah besar dan tinggi.Ibarat dia menjunjung kasih dan cinta lelaki itu.Datuk Azhar Uzair juga sudah hampir tiga hari tidak pulang ke rumah di atas urusan kerjanya.Sesibuk mana pun dia dengan kerja pasti akan pulang ke rumah untuk berehat.Tetapi semenjak keputusan telah diputuskan oleh Azza Ufairah untuk berpisah.Dia sedikit berubah sehingga tidak pulang ke rumah beberapa hari.Sedang dia termenung melihat langit biru.Pintu rumahnya dibuka dari luar oleh seseorang.Wajah suaminya tertera di muka pintu.
“Abang.” berlari anak Azza Ufairah untuk mendapatkan suaminya.Suaranya sebak dan ceria bercampur.Dia memeluk erat suaminya.Datuk Azhar Uzair tersenyum nipis disebalik pelukan itu.Dia mengucup ubun-ubun isterinya dengan lembut.Paras ketinggian Azza Ufairah hanya sampai di dada bidang Datuk Azhar Uzair sahaja.
“Kau tunggu aku ke sayang ? Kan aku dah pesan jangan tunggu aku lagi.Kalau aku habis kerja aku baliklah.” ucap Datuk Azhar Uzair lembut dan sayu kepada isterinya Azza Ufairah.Pelukan terlepas seketika.Wajahnya diangkat memandang wajah suaminya Datuk Azhar Uzair.Wajah lelaki itu kelihatan tenang.
“Abang memang dah tak sayang ke pada saya lagi ?.” soal Azza Ufairah kepada suaminya Datuk Azhar Uzair dengan nada sebak.
“Aku sedag belajar pendam perasaan pada orang yang aku sayang.Supaya tiba masanya nanti aku tak rasa sakit.” ucap Datuk Azhar Uzair kepada isterinya Azza Ufairah.Mengalir air jernih dari tubir mata wanita itu.
“Saya tak tahu kenapa saya tak boleh terima perkahwinan ni lagi walaupun masih sayang dan cintakan abang.Apa perlu saya buat untuk saya pertahankan semua ini lagi.” ujar Azza Ufairah kepada suaminya.Datuk Azhar Uzair melepaskan pelukan bersama isterinya itu.Dia membawa langkah menuju ke kamarnya.Dia tidak menjawan soalan isterinya itu.Azza Ufairah mengejar suaminya dari belakang.
“Dulu kalau abang busy , abang tetap balik rumah.Kenapa sekarang tak ? saya tanya abang.Macam mana saya nak betulkan semua ni ? saya masih sayangkan abang.” jelas Azza Ufairah dengan tegas.Datuk Azhar Uzair masih membisu.Kad akses dan kunci kereta diletakkan di meja sisi katil bujangnya itu.Beg diletakkan di atas katil.Pakaian yang dipakai dibuka dihadapan isterinya.Azza Ufairah segera menjatuhkan pandangannya.
“Doa.” jawab Datuk Azhar Uzair ringkas dan padat kepada isterinya.Terdiam Azza Ufairah seketika.Dia menutup pintu bilik suaminya itu dan melabuhkan punggung di hujung kepala katil bujang itu.
“Bila saya nak ditamatkan dengan pelbagai ujian ni abang ?.” soal Azza Ufairah sayu kepada suaminya.Datuk Azhar Uzair melabuhkan duduknya dan merenung wajah sayu isterinya Azza Ufairah itu.
“Orang yang diuji ni orang yang allah sayang.Lagi kuat ujian dia.Lagi istimewa lah dia.” jelas Datuk Azhar Uzair kepada isterinya.
“Kadang-kadang rasa dah tak tahan nak… .” katanya terhenti apabila disampuk oleh suaminya Datuk Azhar Uzair.
“Kadang-kadang rasa give up dengan semua perkara ni tapi allah takkan pilih orang sebarangan untuk tempuh ujian yang diberi.” jelas Datuk Azhar Uzair lembut dan tenang.Azza Ufairah bangkit dari duduknya dan berdiri di hadapan suaminya.Datuk Azhar Uzair hanya berdiam diri seketika.Tanggannya naik merayap ke wajah tampan lelaki itu.Datuk Azhar Uzair terus menekap wajahnya pada perut isterinya.Pinggang Azza Ufairah dilingkari dengan tanggannya kemas.Lelah bekerja selama ini terasa hilang selepas memeluk isterinya itu.
Malam yang semakin dingin menemani Azza Ufairah di ruang balkoni seketika.Dia menghirup udara malam yang tenang dan sunyi itu bagi menenangkan hatinya yang gundah.Sayangnya pada Datuk Azhar Uzair tiada lagi batasan sebagaimana lelaki itu mencintainya.Dia mendiamkan diri sahaja.Tiba-tiba ada tangan yang naik menyentuh bahunya.Kepalanya pantas menoleh.Pantas juga bibir suaminya mendarat di dahinya yang luas itu.Badannya yang terasa dingin bertukar menjadi hangat selepas menerima kucupan tersebut.Airmatanya mengalir lagi tanpa sedar.Dia memusingkan tububnya menghadap suaminya Datuk Azhar Uzair.Dia mendongak memandang suaminya itu.Datuk Azhar Uzair tersenyum nipis.Seperti anak kecil sedang melihat lelaki itu.
“Apa sayang ?.” soal Datuk Azhar Uzair kepada isterinya dengan lembut.Bergetar jiwa Azza Ufairah apabila disoal lelaki itu dengan lembut.
“Awak tidur dengan saya boleh malam ni ? saya rasa kurang sihat.” ucap Azza Ufairah kepada suaminya Datuk Azhar Uzair.Lelaki itu tersenyum sinis.Ada sesuatu yang dia hendak nyatakan kepada isterinya itu.
“Boleh.Tapi aku nak tanya sesuatu.Kau cakap , borang mahkamah kau hilang dan tak jumpa kan ? Tapi kenapa borang tu ada dalam tong sampah bilik kau dan siap dikoyakkan lagi.Kau yang buat kan ? kenapa ?.” soal Datuk Azhar Uzair tenang dan menanti jawapan isterinya itu.Berdebar-debar jantung Azza Ufairah apabila taktiknya gagal.Dia memang sengaja buat begitu untuk terus bersama dengan suaminya.Jika mereka berpisah juga.Dia yakin.Dia pasti akan gila dan jatuh sakit kerana pertahankan egonya itu.
“Kenapa kau buat begini ? Apa yang kau mahu ?.” soal Datuk Azhar Uzair kepada isterinya sayu.
“Saya nak abang.Saya nak hidup dengan abang.” jelas Azza Ufairah sayu kepada suaminya Datuk Azhar Uzair.
“Satu perkara aku nak bertanya.Kau tak menyesal ke untuk terus bersama dengan aku , sayang ?.” soal Datuk Azhar Uzair untuk mendapatkan jawapan daripada isterinya itu.Matanya yang cantik itu menikam wajah isterinya.
“Tak.Awak sebenarnya yang bahagiakan saya.Walaupun saya kahwin dalam satu niat dendam antara awak dan kakak.Tapi sebagai isteri , saya sangat bahagia.Apa yang pernah berlaku antara awak dan Maryam.Itu semua satu paksaan oleh masa yang lalu.Saya tak ambil hati dengan awak.Saya pertahankan awak sebab saya sayangkan awak sangat.Hati perempuan saya tak mampu nak tipu sesiapa.Jangan pergi , bersama dengan saya sampai mati.” pinta Azza Ufairah sayu kepada suaminya Datuk Azhar Uzair itu.
“Betul sayang tak menyesal dengan abang ? Betul sayang masih nak hidup dengan abang ?.” soal Datuk Azhar Uzair dengan romantis.Azza Ufairah menekup mulutnya menahan tangis.Dia rindu akan bahasa-bahasa indah suaminya itu.Mereka berjuang demi cinta yang suci.
“Betul.Sayang tak menyesal lansung dengan abang.Macam mana kalau kehidupan sayang hancur tanpa abang selepas ini ? Abang sanggup lihat sayang sakit dan tak terurus sebab fikir pasal abang ?.” soal Azza Ufairah lembut kepada suaminya itu di dalam tangisan kecil.
“I love you so much Azza Ufairah.Cinta abang pada awak tiada sempadan.Takkan ada apa yang boleh pisahkan kita selain nyawa.Itu sahaja sayang.Abang pastikan kita akan hidup lebih tenang dan bahagia selepas ini.Sayang isteri abang sampai mati.” ucap Datuk Azhar Uzair romantis kepada isterinya Azza Ufairah.Pelukan terus menerjah suaminya.Rindu dia pada perkara-perkara romantis bersama suaminya itu.Malam yang tenang dan dingin itu menemani mereka seketika.
YOU ARE READING
WANITA [ COMPLETE ]
RomancePerkahwinan yang tidak dirancang adakah menjamin kebahagiaan rumahtangga ? tidak dapat diungkap sebarang kata-kata oleh Datuk Azhar Uzair dan isterinya Azza Ufairah.Bagaimana wanita yang masih di dalam usia remaja hendak mengatur rumahtangga yang he...