WANITA BAB 8

21 2 6
                                    

Suasana di kediaman kondominium Datuk Azhar Uzair berada di dalam suasana romantis.Dia memasangkan lagu ‘Beautiful In White’ nyanyian kumpulan Westlife.Datuk Azhar Uzair meraih tangan isterinya untuk menari bersama dengannya.Azza Ufairah tertawa dengan gelagat suaminya itu.Dia hanya melayankan sahaja karenah suaminya Datuk Azhar Uzair.Tubuhnya terpusing-pusing kerana menari bersama suaminya Datuk Azhar Uzair.
 
 
Azza Ufairah kembali ke dapur untuk meneruskan sesi memasak.Dia hanya membuat intaian dari pintu dapur melihat gelagat suaminya itu.Datuk Azhar Uzair tersenyum-senyum memandang wajah isterinya Azza Ufairah dengan nakal sambil menari.Akhirnya , dia mematikan radio yang terpasagnya lagu romantis ‘Beautiful In White’ itu dan mendekati isterinya yang sedang memasak di dapur.
 
 
“Sayang masak apa tu ? Sedap saja baunya.” soal Datuk Azhar Uzair mesra kepada isterinya Azza Ufairah.
 
 
“Masak lauk kegemaran abanglah , umi kata abang suka makan nasi lemak.Sekarang sayang tengah masak sambal paru dia.Kenapa abang tak makan lauk biasa dia tu saja ? Kenapa paru ?.” soal Azza Ufairah yang ingin tahu selera suaminya yang pelik itu.
 
 
“Dulu abang sendiri pelik , kenapa dengan paru ? Bukan dengan ayam atau telur ? Tetapi bila umi yang mulakan ajar kami makan nasi lemak sambal paru , sedap dia tahap kayangan sayang.” ujar Datuk Azhar Uzair dengan gaya kecurnya itu.Tertawa Azza Ufairah melihat suaminya itu.
 
 
“Dulu arwah ibu sayang pun ada masak lauk sambal paru tapi tidak pula dia kombinasikan dengan nasi lemak.Jadi memang sayang agak pelik dengan cara masakan umi ni.Tapi tidak apa , janji suami sayang terjaga.” ujar Azza Ufairah selamba kepada suaminya Datuk Azhar Uzair.Terangkat-angkat kening Datuk Azhar Uzair meminta isterinya menjelaskan maksud di sebalik kata-katanya itu.
 
 
“Maksud sayang , tidaklah abang nak cari perempuan lain sebab sayang tak pandai masak.Ibu pernah cakap , kalau nak bahagia dengan suami jaga perut suami dulu.” ujar Azza Ufairah kepada suaminya Datuk Azhar Uzair.
 
 
“Jadi sayang mahu abang gemuk ke ?.” soal Datuk Azhar Uzair inginkan kepastian daripada penjelasan isterinya Azza Ufairah sebentar tadi.
 
 
“Suka hati abanglah.Kalau rasa nak jaga penampilan , lepas makan pergilah gym kalau malas biarlah perut tu buncit.” ujar Azza Ufairah selamba kepada suaminya Datuk Azhar Uzair.
 
 
“Tapi abang banyak urusan luar , so kenalah jaga perut ni supaya tak buncit sayang.” ujar Datuk Azhar Uzair kepada isterinya Azza Ufairah.
 
 
“Suka hati abanglah , janji apa yang sayang masak abang makan dan sedap.” jelas Azza Ufairah yang menamatkan pertelingkahan manja antaranya dan suaminya Datuk Azhar Uzair.
 
 
“Sayang , malam ni sayang rajin tak ?.” soal Datuk Azhar Uzair lembut kepada isterinya Azza Ufairah.Tangannya sudah menjalar terlebih dahulu merangkul pinggang isterinya itu.
 
 
“Kenapa tanya macam tu ?.” soal Azza Ufairah.Dia sudah berasa seram sejuk dengan tindakan suaminya Datuk Azhar Uzair itu.
 
 
“Tidaklah , abang ingat nak bawak sayang keluar makan malam.” jelas Datuk Azhar Uzair tenang kepada isterinya Azza Ufairah.
 
 
“Oh , ingatkan nak apa tadi ?.” soal Azza Ufairah selamba.
 
 
“Oh sayang nak ke ? Takpa nanti habis dinner abang bagi.Sayang nak abang kan ?.” soal Datuk Azhar Uzair mengusik isterinya Azza Ufairah.
 
 
“Abang , please not today.Harini sayang penat sangat.Behave.” amaran keras diberi kepada Datuk Azhar Uzair oleh isterinya Azza Ufairah.
 
 
 
 
 
Senja menjelang , Datuk Azhar Uzair dan Azza Ufairah menunaikan fardhu maghrib terlebih dahulu sebelum mereka bersiap untuk makan malam di luar.Bacaan ayat-ayat suci dialunkan oleh Datuk Azhar Uzair.Azza Ufairah berasa tenang mendengar alunan daripada suaminya itu.Mereka selesai berjemaah fardhu maghrib.Mereka mula bersiap untuk ke sesi makan malam.
 
 
Setibanya mereka di tempat makan mewah itu , dua orang penyambut tetamu telah menyambut kehadiran mereka.Sebuah slot mahal dan mewah telah ditempah oleh Datuk Azhar Uzair.Merek dibawa ke tempat makan yang berada di sisi kolam renang.Terlalu romantis buat Azza Ufairah dan Datuk Azhar Uzair.Makanan juga telah tersedia.
 
 
“Abang ke yang buat semua ni ?.” soal Azza Ufairah seakan tidak percaya dengan aturan makan malam yang diketuai oleh suaminya Datuk Azhar Uzair.
 
 
“Ya sayang , abang yang buat ni.Abang tahu kita susah nak luangkan masa bersama.Jadi abang rancang untuk adakan makan malam buat kita berdua.Saya suka tak ?.” soal Datuk Azhar Uzair yang ingin kepastian daripada isterinya Azza Ufairah.
 
 
“Suka sangat abang , tak pernah sayang sampai ke tempat begini.Mewah sangat.Selalu dapat tengok dalam tv saja.Sekarang dapat lihat depan-depan.” luah Azza Ufairah rasa seronok dan teruja di hatinya kepada suaminya Datuk Azhar Uzair.
 
 
“Alhamdulillah , abang happy bila lihat isteri abang happy.Nanti abang belanja sayang macam-macam lagi ya.” ucap Datuk Azhar Uzair kepada isterinya Azza Ufairah.Dia menghulurkan tangannya dan berharap isterinya menyambut kembali.Azza Ufairah menyentuh tangan suaminya kembali.Tangan lembutnya itu diusap manja oleh Datuk Azhar Uzair.
 
 
“Abang ada sesuatu untuk sayang.” ucap Datuk Azhar Uzair kepada isterinya Azza Ufairah.
 
 
“Apa dia abang ?.” soal Azza Ufairah kepada suaminya Datuk Azhar Uzair.Sebuah beg kertas berwarna biru diraja dihulurkan kepada isterinya Azza Ufairah.Terkedu Azza Ufairah apabila melihat jenama beg tersebut adalah  sebuah jenama yang mahal.Pandora.
 
 
“Abang , mahal ni.” ucap Azza Ufairah seakan tidak percaya dengan pemberian suaminya Datuk Azhar Uzair itu.
 
 
“Abang cuma nak sayang happy.Abang tahu bukan ini yang sayang mahu.Tapi sekurang-kurangnya abang tahu yang bila sayang dapat hadiah daripada abang sayang happy.” ucap Datuk Azhar Uzair tenang dan lembut kepada isterinya Azza Ufairah.
 
 
“Boleh buka ke ?.” soal Azza Ufairah yang meminta izin suaminya Datuk Azhar Uzair untuk membuka bungkusan hadiah tersebut.
 
 
“Boleh sayang.” ucap  Datuk Azhar Uzair dengan nada romantis.Dia melepaskan genggaman tangannya itu dan membiarkan isterinya Azza Ufairah membuka hadiah tersebut.
 
 
“Bismillah.” ucap Azza Ufairah sebelum membuka bungkusan hadiah Pandora daripada pemberian suaminya Datuk Azhar Uzair itu.Dia menekup mulutnya sedikit kerana terlalu cantik hadiah sebentuk cincin yang diberi oleh suaminya.Batu permata yang berada di atas bentuk cincin itu kelihatan manis dan cantik.
 
 
“Pakailah sayang , mesti sayang pakai cantik.” arah Datuk Azhar Uzair manja dan lembut kepada isterinya Azza Ufairah.Tanpa berlengah , Azza Ufairah terus menyarungkan cincin tersebut ke jari manisnya.Dia sendiri berkali-kali merenung ke arah cincin tersebut.
 
 
“Cantik tak abang ?.” soal Azza Ufairah lembut dan manja kepada suaminya Datuk Azhar Uzair.Dia menghulur sedikit tangannya supaya suaminya melihat cincin Pandora itu terletak cantik dijari manisnya.
 
 
“Cantik sayang.Isteri abang ni pakai apa pun cantik.” ucap Datuk Azhar Uzair memuji kecantikan isterinya Azza Ufairah itu.
 
 
 

WANITA [ COMPLETE ] Where stories live. Discover now